Wednesday, 16 January 2013

Nursing in public! Anda berani?


Nursing in public?? 

Apa yang anda faham dengan istilah ini? Nursing in public adalah penyusuan susu ibu di khalayak umum namun tetap tidak terdedah di mana2 dan TETAP menutup aurat. 
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html
Pernah tak anda menyusu anak anda di KLCC? Bukan di dalam bilik baby’s room atau parent’s room tetapi di tempat duduk menunggu di depan Kinokuniya misalnya. Anda biasa lakukan? Breastfeeding in public? Apa perasaan anda? Malu? Tidak selesa?Atau sudah biasa? :)
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html

Bagi rakyat Malaysia breastfeeding in public adalah suatu yang jarang dilakukan atau masih baru dikalangan kita. Namun adakah salah menyusu di khalayak ramai? Saya sendiri menyusu in public. Pada mulanya agak segan. Tetapi setelah beberapa ketika saya sudah biasa. Lagipun saya terfikr saya sedang menganjurkan para ibu yang melihat untuk menyusu anak mereka. Dapat pahala. Tiada apa yang hendak dimalukan. Tetapi bagi mereka yang masih malu untuk breastfeed in public jangan pulak anda terus tidak breastfeed sebab xnak breastfeeding in public tapi carilah baby’s room. Anak anda berhak mendapatkan nutrien terbaik dari anda. Ingatla Human milk only for human babies!!

Ada beberapa tips untuk breastfeeding in public:

http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html
boleh dapatkan nursing ponco yang cantik ini di Eve Love Sdn Bhd

  1. Dapatkan bra yang di’design’ untuk nursing.
  1. Re’design’ baju anda. Mak saya redesign balik baju kurung saya. Ada zip di sebelah kiri kanan. mudah untuk menyusu. Tak payah bukak atau selak besar-besar.
  1. Dapatkan selendang atau nursing cover atau poncho atau gunakan tudung anda sebagai pelindung. Kalau anda bertudung labuh lebih mudah.
  1. Dapatkan sling baby untuk memudahkan penyusuan sambil anda shopping! Tangan anda bebas untuk bershopping.
  1. Latih anak untuk menyusu dengan senyap dan tak banyak bergerak. Biasakan dgn nursing cover atau ponco sejak kecil. Amru banyak bergerak. Jadi agak mencabar untuk menyusu in public lagipun selepas dia setahun dah tak mahu sangat ditutup dengan ponco. Tapi tak ada masalah cuma perlu lebih berhati-hati dan kena lebih cerdik untuk mencipta helah buat si kecil sabar sehingga ada tempat yang lebih tertutup.

Saya pernah menggunakan poncho dan nursing cover dahulu tetapi Amru rimas dan berpeluh sebab panas dekat dalam. Jadi saya mempertingkatkan skil nursing in public saya dan sekarang saya tak perlu menggunakan poncho atau nursing cover lagi. Cuma gunakan tudung yang lebih labuh sahaja. Saya juga tak gunakan sling. Kalau nak menyusu saya akan berhenti buat kerja lain dan fokuskan untuk breastfeeding sahaja. Takut-takut tak perasan baju terbukak sebab sibuk shopping. Amru aktif masa breastfeeding. 
Jadi kepada ibu-ibu di luar sana yang masih ragu-ragu untuk brestfeeding in public, yakin pada diri anda mampu lakukannya. Jangan risau apa orang kata. Di USA mereka ada undang-undang yang mempertahankan hak para ibu menyusu di tempat awam.
p/s:Tengok petikan berita di bawah. Baru saya tahu ada jugak para ibu yang dihalau pak guard sebab breastfeeding in public.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html
Anda ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pendapat atau apa sahaja berkenaan breastfeeding dengan saya? sila hubungi saya di https://www.facebook.com/pages/Be-Healthy/349720521785433 atau email www.xercestouch@gmail.com.
JOM MENYUSU ANAK SEHINGGA DUA TAHUN!! :)

Sakit sendi atau arthritis dan rawatan dengan Advanced Joint Health tablet


Arthritis atau radang pada sendi seringkali dihidapi golongan pertengahan dan golongan berumur. 

Arthritis adalah subjek umum yang merangkumi hampir 100 penyakit berkenaan sakit sendi. Antaranya yang biasa dihidapi adalah osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juvenile arthritis.

Osteoarthritis dan rheumatoid arthritis adalah kumpulan paling ramai. Namun osteoarthritis lebih terkenal dan dihidapi oleh ramai pesakit di Malaysia mahupun Negara-negara membangun, besar kemungkinan disebabkan cara hidup moden. Jadi saya bercadang untuk bersembang berkenaan osteoarthritis (OA).
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html


Osteoarthritis adalah kumpulan arthritis paling kerap ditemui dan disifatkan sebagai arthritis yang kronik disebabkan tulang rawan pada sendi yang semakin rosak dan hancur. Tulang rawan pada sendi atau pada istilah perubatan joint cartilage adalah bahagian pada hujung tulang di dalam sendi yang melindungi dan memberi kesan kusyen untuk menyerap hentakan dan memudahkan pergerakan pada sendi. Kerosakan dan rawan yang semakin hancur akan menyebabkan hujung tulang terdedah kepada tulang yang menyambung sendi tersebut. Setiap pergerakan akan menyebabkan tulang-tulang bersentuhan ini bergeser di antara satu sama lain dan menyebabkan kesakitan teramat, pergerakan yang terhad dan sendi yang keras dan tidak boleh bergerak.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html

Risiko untuk mendapat OA antaranya adalah:

Umur. Semakin berumur semakin berisiko untuk mendapat OA. Konsep “wear and tear” memainkan peranan penting dalam terjadinya OA. Semakin berumur semakin kerap anda menggunakan sendi maka semakin berisiko mendapat OA. Tetapi ini tidak bermaksud anda hanya perlu duduk diam di rumah dan tidak banyak bergerak. Terdapat beberapa faktor lain yang juga perlu ada untuk seseorang itu mendapat OA.


Obesiti. Berat badan yang tidak dijaga adalah faktor yang sangat penting untuk seseorang mendapat OA. Lutut terutamanya terdedah kepada OA. Setiap pound berat badan meningkat akan meningkatkan tekanan 4 pound kepada lutut dan 6 pound tekanan kepada sendi pinggul (hip joint). Kajian juga menunjukkan lebihan lemak badan akan menghasilkan bahan kimia yang akan bergerak ke seluruh badan dan merosakkan sendi-sendi. Maka obesity bukan sahaja memberi kesan mekanikal malah memberi kesan systemik yang buruk kepada terjadinya OA.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html

Kecederaan dan ‘Overuse’ atau terlalu kerap mengguna sendi. Para atlet dan sesiapa sahaja yang kerja sehariannya memerlukan pengulangan pergerakan yang berlebihan seperti landscaping, menaip atau mengendalikan mesin akan terdedah kepada bahaya kecederaan kepada sendi yang kerap digunakan serta meletakkan sendi tersebut kepada stres berlebihan seterusnya membawa kepada OA. OA juga sering berlaku pada sendi-sendi dimana tulangnya pernah patang suatu ketika dahulu dan juga tulang yang pernah dilakukan pembedahan ke atasnya.

Genetics. Genetik memainkan peranan yang penting dalam OA terutamanya sendi-sendi pada tangan.

Lemah Otot. Kajian menunjukkan otot-otot sekitar lutut yang lemah meningkatkan risiko untuk mendapat OA pada sendi lutut. Malah senaman yang menguatkan otot peha akan mengurangkan risiko OA pada lutut. Ini menunjukkan pentingnya memastikan otot-otot sentiasa kuat untuk mengelakkan OA pada lutut dan sendi-sendi lain.

Jadi soalan seterusnya adalah apakah rawatan untuk OA?

Anda sendiri adalah faktor penting dalam memastikan hidup lebih bermakna. Apa yang penting adalah mengubah gaya hidup anda supaya lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhadapan dengan tekanan dan susah hati secara bijak, elakkan sendi anda daripada terus rosak dan mengimbangi antara rehat dan aktiviti supaya anda dapat melawan kesakitan dan had-had yang mungkin anda hadapi apabila mendapat OA.

Matlamat rawatan OA adalah:


  • Mengawal sakit dan simptom-simptom yang lain
  • Mempertingkatkan fungsi hidup seharian anda

Kebanyakan plan rawatan OA termasuklah:


  1. Senaman
  2. Mengawal berat badan
  3. Perlindungan pada sendi-sendi
  4. Terapi fizikal dan terapi carakerja
  5. Ubat-ubatan

Untuk mengetahui lebih banyak tentang OA layari laman web

Arthritis Foundation

Arthritis Today

Anda juga boleh mencuba rawatan alternatif menggunakan herba seperti Boswellia dan Cercumin. Didapati daripada beberapa kajian Boswellia dapat membantu pesakit OA. Sila rujuk post saya sebelum ini mengenai Boswellia – Advanced Joint Health Tablet Shaklee – Solusi Bagi Mereka Yang Sakit Sendi.

Shaklee mengeluarkan produk berasaskan Boswellia untuk merawat sakit sendi. Advanced Joint Health Tablet yang dikeluarkan Shaklee mempunyai keistimewaan di mana tablet ini mengandungi Boswellia serta nutrien dan mineral semulajadi yang lain. Maka para pengamalnya tidak perlu mengambil supplemen tambahan sepertimana sebelum ini kerana Advanced Joint Health Tablet mengandungi Vitamin C, ekstrak jagung, Zink, Tembaga dan Mangan untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html

Berminat untuk mencuba AJHT ini? atau anda ada sebarang pertanyaan?
Hubungi : 017-7164989
Email :xercestouch@gmail.com.
PM sy di https://www.facebook.com/my.xercestouch


ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design