Salam jumaat semua.. Actually cerita ni dah hampir seminggu tapi tak siap edit atau menambah penyedap kata :) hikhik..
Mommies.. hari ni sy nak share tentang mastitis atau bengkak susu.. sebab admin sedang mengalaminya...
Mommies.. hari ni sy nak share tentang mastitis atau bengkak susu.. sebab admin sedang mengalaminya...
Actually weekend lepas I bajet I busy.. so tak dan pump.. sbb kat rumah hannan mmg dah direct feed.. tapi sebab mungkin memang dah biasa pumping session pagi, alhamdulillah mmg rasa susu tu mula memenuh...
Nak dijadikan cerita, semalam di ofis mmg busy jugak.. ada kes dan sempat pump waktu ptg..
Breast mula bengkak dan yang kanan tu rs sakit sakit sikit...
Breast mula bengkak dan yang kanan tu rs sakit sakit sikit...
Saya pun takdela mengendahkannya, saya terus pump seperti biasa dah hasil tuaian pun seperti biasa dalam 10 hingga 12oz `sekali `pump..`
Kebetulan hari tu saya puasa (almaklumla bersalin time puasa, banyakla kena ganti) seharian badan macam lemau je.. Balik lepas berbuka terus terbaring, badan pulak berbisa. Dalam pukul 10mlm tu suhu badan naik.. Hannan memang non stop menyusu la.. tapi belah kanan still rasa sakit..
Baru saya sedar, ohhh rupanya saya sedang mengalami simptom-simptom "bengkak susu".
Alhamdulillah dikurniakan ilmu penyusuan dan kedoktoran, saya pun apa lagi terusla merawat diri sendiri.
Tips-tips berdepan dengan "bengkak susu"
1. Jika sakit yang melampau, boleh buat demahan sejuk dahulu untuk kurangkan rasa sakit. Maksudnya bubuh ice pack.
2. Kemudian disarankan ibu-ibu untuk mandi air panas atau tuam air panas belah yang bengkak kerana dengan ini kita akan membuka duktus-duktus atau saluran yang tersumbat.
3. Jika sakit masih terasa dan badan rasa demam, jangan lengah-lengahkan ambil panadol 2biji bersamaan 1g 6jam sekali.
4. Mulakan sesi pump atau perahan tangan atau direct feeding belah yang tersumbat. Pastikan breast tersebut betul-betul kosong.
5. Sekiranya simptom atau bengkak masih ada, saya sarankan jumpa doktor untuk ambil antibiotik.
Pengajaran dan pengalaman buat saya.. Semoga lepas ni saya lebih rajin mengosongkan "breast" :)