Wednesday, 20 June 2012

Tak cukup Susu??

assalamualaikum.. sekadar perkongsian pendapat bersama seorang teman hari ini.. beliau ade bertanya pada saya bagaimana caranya untuk menambah penghasilan susu ibu? teman sy ni baru naik keje setelah berpantang.. selama ni alhamdulillah masih exclusive lg.. namun kengkangan dan kesibukan bekerja membuatkan penghasilan susu yangkurang memberangsangkan. akibatnya, si anak tidak mendapat susu yang secukupnya..
sebagai seorang ibu yang alhamdulillah masih lagi menyusu anak sepenuhnya sy ingin berkongsi sedikit ilmu bersama kalian.. sy pernah menghadiri suatu sesi ceramah mengenai pentingnya penyusuan susu ibu sekitar tahun lepas. seorang pakar penyusuan memberi contoh monyet dan kucing sbg perangsang kpd kt utk terus menyusu.. secara saintifiknya manusia dan kucing or monyet dalam kategori sama iaitu mamalia, maka mamalia akan beranak dan menyusukan anak mereka.. pakar tersebut bertanya kepada hadirin sama ada pernah dgr tak binatang2 tersebut nangis ckp tak cukup susu o takde susu nak bagi pada anak mereka?  bile dipikirkan semula, sy rs apa yang ingin disampaikan oleh pakar tadi tepat, Allah jadikan kt manusia sebagai sebaik2 kejadian maka seharusnya selepas kelahiran seorang ibu akan ade susu untuk menyusukan anaknya.. cuma teknik dan kesabaran yang diperlukan..
jika kita tahu teknik sebenar penyusuan susu ibu hanya semudah satu dua dan tiga serta paling utama ANAK MENDAPAT MAKANAN TERBAIK!


di sini ingin saya kongsikan beberapa tips untuk meningkatkan penghasilan susu (tips ni diperolehi hasil eksperimen sendiri dan juga warisan mama) 
1. kerap menyusu dan pump susu
2. penghasilan susu paling banyak di waktu malam, maka kerapkan anakmenyusu di malam hari
3. minum air kosong sebanyak mungkin
4. ambil pemakanan yang seimbang, bnykkan sumber protein dan kekacang mcm bendi, taugeh, soya, tempe, tauhu
5. minum susu tinggi kalsium sekurang2nya sekali
6. amalkan minum air rebusan halba sebelum tidur
7. urut buah dada sebelum pump susu
8. pemilihan pump yang selesa dan tidak sakit
9. sentiasa berfikiran terbuka dan positif terhadap penyusuan ekslusif
10. beri anak hanya susu ibu sahaja kerana lebih bnyak anak minum lebih banyak susu terhasil
11. elakkan pemakaian puting palsu


semoga perkongsian di atas dapat membantu ibu2 di luar sana untuk terus menyusu. 


http://www.justmommies.com/babies/how-to-increase-your-milk-supply-35-ways-to-boost-your-milk-supply

kenapa xercestouch?

alhamdulillah akhirnya kami berjaya memulakan langkah seterusnya dlm hidup yang penuh mencabar ini.

Coretan kali ini bukanlah untuk mempromosi barangan jualan kami tetapi menceritakan serba sedikit sejarah kelahiran xercestouch ini..

kami berdua merupakan individu yang sudah punya kerjaya tetap namun rasa minat terhadap urusan jual beli ini, kami bersepakat untuk memulakan perniagaan.. insyaAllah kami punyai matlamat dan impian tersendiri bagaikan rama-rama xerces yang terbang gah di langit ciptaan Allah.. kami mahu menghidupkan semula keperibadian xerces yang sudah pupus..

maka setelah di persetujui, lahirlah xercestouch! tapi kenapa xercestouch? iye, kami berpendapat sesuatu ape pun jika diberi sentuhan selembut sentuhan rama-rama ianya terhasil unik lambang kasih sayang penciptanya. kami berazam untuk mencipta suatu produk yang tersendiri dan memberi manfaat kepada semua.. 

insyaAllah akan kami pasarkan ia untuk kegunaan ramai.. akhir kata kami menerima sebarang komen dan cadangan membina supaya kami boleh maju nun jauh ke hadapan..

Dalam blog ini juga akan kami kongsikan bersama topik topik terkini berkenaan natural parenting etc.. 

moga xercestouch terbang jauh suatu hari nanti.. ;)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design