Monday, 29 April 2013

Belum Mendapat Anak?

Ada di antara kita sudah berkahwin sekian lama tapi belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin ditangguhkan dahulu. Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk cuba mendapatkan anak.

Dalam beberapa kajian didapati para bakal ibu yang lebih relax dan happy lebih mudah mendapat anak berbanding mereka yang stres dan tertekan. Sekiranya anda belum mendapat anak dan tertekan peluang anda untuk mendapat anak makin tipis.

Waktu ovulasi iaitu waktu di mana ovum anda dilepaskan oleh ovari. Waktu ini adalah waktu subur anda. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui bila waktu ovulasi berlaku.

  • Cara kalender - cara ini sesuai bagi perempuan yang haidnya tetap. Tandakan pada kalender bila hari pertama anda haid. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid selama 28hari kemungkinan ovulasi adalah pada hari ke-14. Sekiranya haid anda tidak tetap agak susah untuk menentukan ovulasi dengan kaedah kalender. 
  • Carta suhu badan - sebaik sahaja anda ovulasi suhu badan anda akan meningkat sedikit dan kekal pada suhu baru ini sehingga selepas haid anda. Caranya adalah dengan mengambil suhu badan pada waktu yang sama setiap hari dan menanda pada carta suhu badan anda. Dengan kaedah ini anda dapat mengetahui bila ovulasi anda berlaku. Iaitu pada waktu di mana sebelum sebaik sahaja suhu badan anda meningkat. Anda perlu memantau carta ini selama beberapa bulan sebelum nampak corak kitaran suhu anda.
  • Memantau cairan mukus cervix - mukus akan dihasilkan oleh vagina anda untuk memudahkan sperma berenang. Ketika anda subur mukus ini seperti putih telur dan melekit. Dengan memantau perubahan pada tekstur cairan mukus vagina anda dapat ketahui bila anda subur.
  • Kit ovulasi - kit untuk mengesan bila anda subur. Boleh didapati di farmasi. Kit ini mengesan luteinizing hormone dalam air kencing. Caranya sangat mudah. Tapi saya tidak pasti kit ini mudah didapati atau tidak di farmasi di Malaysia.
Setelah mengetahui waktu anda ovulasi langkah seterusnya adalah dengan mengadakan hubungan sex dalam 48jam waktu subur anda. Ini untuk memastikan sperma cukup banyak ketika mana ovum dilepaskan untuk disenyawakan. Setelah melakukan hubungan sex digalakkan untuk berbaring sebentar di atas tilam untuk membantu sperma berenang ke arah cervix.

Shaklee ada menawarkan set kesuburan bagi si suami dan juga si isteri. Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.






Anak Laki vs Anak Perempuan

Bagi sesetengah ibu bapa jantina anak bukanlah perkara besar asalkan anak mereka sihat. Bagi sesetengah yang lain pula jantina adalah perkara penting. Mungkin ibu bapa yang sudah memiliki ramai anak lelaki mereka menunggu pula ketibaan anak perempuan. Atau bagi mereka yang memiliki empayar perniagaan yang besar anak lelaki ditunggu-tunggu untuk mewarisi perniagaan mereka.



Berdasarkan ilmu sains perubatan, anak lelaki adalah hasil gabungan ovum si ibu dengan sperma Y si bapa manakala anak perempuan adalah hasil percantuman ovum dengan sperma X si bapa. Maka penentu jantina anak terletak pada sperma si bapa. Namun adakah cara untuk kita gunapakai dan manipulasi supaya jantina anak dapat dipilih?



Saya terbaca dalam sebuah buku tentang kehamilan kita boleh manipulasi beberapa perkara dalam 'memilih' jantina anak kita. Kaedah yang digunapakai ini juga berdasarkan beberapa teori berkenaan sperm X dan Y.

Antara kaedah popular yang digunapakai adalah timing sex. Sperm Y berenang lebih laju tetapi mati lebih cepat berbanding sperm X. Maka untuk dapatkan anak lelaki elakkan hubungan sex 2-3hari sebelum masa subur anda dan lakukan sex sebaik sahaja subur supaya sperm Y dapat sampai dahulu ke ovum. Untuk mendapatkan bayi perempuan pula anda disarankan melakukan hubungan sex 2-3 hari sebelum waktu subur supaya ketika anda subur hanya tinggal sperm X untuk mensenyawa ovum.



Sperm Y dikatakan menyukai keadaan alkali manakala sperm X lebih suka keadaan asid. Anda boleh mencuba kaedah berikut setengah jam sebelum hubungan sex. Bagi anak lelaki basuh atau lumurkan vagina anda dengan larutan soda bicarbonate (alkali) manakala untuk mendapatkan anak perempuan pula basuh atau flush vagina dengan air lemon atau cuka (asid).



Kakak ipar saya ada pernah bercerita tentang cara tradisional untuk dapatkan anak lelaki. Si ayah kena makan ikan banyak-banyak baru dapat anak lelaki.

Walau apapun cara yang dipakai anak yang dilahirkan adalah rahmat dan rezeki yang patut diraikan tanpa mengira samada lelaki atau perempuan. Bayangkan perasaan mereka yang belum menimang cahaya mata setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Semestinya jantina bukan persoalan asalkan anak sihat.
Shaklee ada menawarkan set kesuburan bagi si suami dan juga si isteri. Set kesuburan bagi si suami terdiri daripada zinc complex dan vita E manakala set kesuburan si isteri pula terdiri daripada alfalfa complex dan GLA complex.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design