Friday 8 August 2014

Indahnya bergelar seorang Work At Home Mom (WAHM)


Alhamdulillah hari ini admin nak share pengalaman dan perasaan admin setelah lebih sebulan saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Seingat saya, saya membuat keputusan dalam masa beberapa hari sahaja kerana saya tertekan dengan bebanan kerja serta komitmen sebagai seorang doktor yang sentiasa dipanggil berkerja pada bila-bila masa.
Saya kasihan melihat kedua anak-anak saya yang kebanyakkan masa mereka bersama pembantu di rumah.
Masa bersama saya dan suami agak terhad dan ini termasuk juga hujung minggu.

Setelah berbincang dengan suami dan setelah mendapat keyakinan akhirnya saya menghantar surat perletakkan jawatan notis sebulan. Ramai yang terkejut dan terkesan dengan tindakan saya, namun saya yakin pilihan saya buat yang terbaik buat saya dan anak-anak buat masa ini. Bukankah tempat seorang ibu bersama anaknya,mendidik dan memberi kasih sayang buat mereka. Tugas suami untuk mencari rezeki buat kami. Opppsss jangan salah faham, saya tidak membebani suami saya, malah saya berusaha untuk terus memantapkan ekonomi rumahtangga kami bersama.

Saya menjalankan perniagaan Online dari rumah sahaja. Ia saya banyak menggunakan gajet untuk berurus niaga, namun apa yang berbeza di sini, anak-anak saya sentiasa di depan mata.
Mereka bermain, menangis, makan dan minum didepan mata saya. Setiap perkembangan mereka dapat saya lihat. Lain perasaan anak membesar depan mata tau mommies :)

Pilihan ada di tangan masing-masing. Saya tak cakap senang untuk menjadi WAHM ini, kerana anda perlu menjadi seorang yang berdisiplin dan menghormati masa. Anda harus bijak mengendali masa yang ada buat famili, bisnes dan diri sendiri. Dan WAHM kena pandai multitasking. Tiada kata yang dapat saya gambarkan  tentang perasaan saya setelah saya letak jawatan. Saya jauh lebih tenang dan gembira. Hidup lebih positif, Persekitaran lebih ceria, kurang sikap marah, kurang pertelingkahan dengan suami, dan boleh bersabar dengan karenah anak-anak meragam.

Apa yang paling best, suami saya juga perasan perubahan positif setelah saya bergelar WAHM.
Ikuti perbualan saya bersama suami:



Suami : Hannan makin montel sejak ummi resign la :)
Ummi: Alhamdulillah, saya pun perasan yang pipi Amru dan Hannan agak berisi. Kelmarin ayah pun cakap benda sama
Suami: Alhamdulillah, anak-anak happy ummi ada rumah selalu
Ummi: (Tersenyum bahagia)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbualan di Hari Raya ke10 ketika admin dan suami keluar lunch bersama:
Suami: Dah lama kan kita tak makan kat luar? Rasa macam lama betul.
Ummi: Ye la sejak saya resign, dah selalu masak di rumah dan sentiasa makan di rumah. Abang dan anak-anak pun selera makan. Ummi pun rajin cuba resepi baru :)
Suami: Tersenyum :)

Ini antara-antara kelebihan yang saya rasa. Mak dan mertua pernah pesan, air tangan isteri/ibu itulah pengikat kasih sayang suami/anak-anak. Selama ini semasa berkerja pun memang saya masak, cuma dalam seminggu 4 hari masak 3 hari makan luar. Sebab kadang tak sempat. Tapi makanan anak-anak memang saya masak dan frozenkan. Sekarang anak-anak makan makanan fresh la :).

Alhamdulillah indah nikmat Allah beri. Dan dengan ini juga saya menyeru dan menjemput mommies di luar sana yang ingin menjadi macam saya WAHM (bekerja dari rumah), boleh sms/whatsapp saya 0177164989. Kita bincang dan sembang-sembang. Anda hanya perlukan sekeping hati yang tekad dan cekal untuk berjaya!

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad sms/whatsapp/telegram/line 0177164989 www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday 6 August 2014

Kerak Kulit Kepala atau Cradle Cap boleh dirawat dengan GLA COMPLEX SHAKLEE


Mommies pernah dengar dengan perkataan "cradle cap disease" atau masalah KERAK KEPALA? Selalunya melanda bayi yang baru lahir.



Apa itu Kerak Kepala atau Cradle Cap?

Sejenis penyakit kulit yang kelihatan berwarna kekuningan, berkelompok, berminyak, keruping besar yang selalu menghinggapi kulit kepala bayi baru lahir.
Sekali imbas mommies tengok seakan-akan kelemumur orang dewasa tetapi versi lebih teruk.
Selalunya bayi tidak merasa gatal jika terkena masalah kerak kepala atau cradle cap ini.
Selalunya ia melanda seawal beberapa hari selepas dilahirkan sehingga 3 bulan.
Kebiasaanya ruam atau masalah keruping ini lebih mudah dilihat di sekitar telinga, bulu kening dan buli mata bayi.


Mommies jangan risau ya, selalunya masalah kerak kepala atau cradle cap ini tidak berjangkit dan ianya TIDAK GATAL. Jika masalah kulit kepala yang gatal dan membuatkab bayi kurang selesa ianya adalah ECZEMA.

Nama lain bagi kerak kepala atau cradle cap?

1. Infantile or Neonatal seborrhoeic dermatitis
2. Crusta lactea
3. Milk Crust
4. Honeycomb disease
5. Pityriasis Capytis


Apa yang menyebabkan kerak kepala atau cradle cap ini?
Penyebab utama masih tidak diketahui namun ada 2 pendapat yang sering kali dikatakan menjadi penyebab kepada masalah kerak kepala ini iaitu :-
  • kehadiran hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak sebum yang abnormal didalam kelenjar sebum dan folikel rambut bayi.
  • jangkitan kulat Malassezia yang tumbuh didalam kelenjar sebum bersama bakteria.


Bagaimana boleh saya merawat masalah kerak kepala atau cradle cap ini?

Disini saya nak share dengan semua mommies langkah mudah merawat masalah kerak kepala atau cradle cap ini

  1. Mula mula sapukan kulit kepala bayi dengan lembut menggunakan kain lembap atau tapak tangan ibu. Ini untuk melonggarkan keruping yang ada.
  2. Kemudian basuh rambut bayi sehari sekali dengan shampoo bayi dan boleh longgarkan keruping sekali lagi menggunakan berus lembut kepala bayi.
  3. Kemudian lapkan kepala serta rambut bayi anda.
  4. Ambil 2 capsule GLA Complex Shaklee dan dipecahkan dan minyak itu disapu secara lembut dan menyeluruh ke atas kulit kepala bayi. Sambil sapu, mommies boleh urut lembut untuk memberi keselesaan kepada bayi. (mommies boleh juga melakukan langkah ini setelah bayi siap berpakaian kerana ini akan membuatkan bayi mengantuk)
  5. Ulangi langkah di atas setiap hari dan selalunya masalah ini akan hilang dalam 2 minggu. Setelah sembuh, teruskan membasuh rambut dan kepala bayi sekurang-kurangnya 2hari sekali dengan menggunakan shampoo. 
Gla complex Shaklee juga boleh disapu ke bahagian-bahagian yang ada eczema seperti di kawasan pelipat siku dan lutut bayi.

Saya harap info saya berikan hari ini dapat membantu mommies mengatasi masalah kerak kepala bayi atau cradle cap ini dengan mudah dan tidak panik.

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Video Breastpump Lily Eve Love



Jom baca testimoni breastpump Lily DI SINI!

Beli breastpump Lily anda HARI INI!

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!!


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi:Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Breastpump Lily Eve Love- Breastpump double elektrik TERBARU DIPASARAN!

4 Ogos yang lepas Eve Love telah melancarkan rangkaian breastpump terbaru mereka iaitu Breastpump Lily. Breastpump Lily ini akan menggantikan breastpump Flexi yang sudah diberhentikan penghasilannya. Jadinya Breastpump Lily ini merupakan breastpump double electric keluaran EVE LOVE.


Semua products eve love semestinya COMEL, KECIL, MESRA BREAST, DUAL EKSPRESSI MIMIK HISAPAN BAYI, dan FREESTYLE. Dengan semua kelebihan kelebihan di atas, mommies mana yang sanggup tahan mata dari TIDAK MEMBELI breastpump Lily sekarang.
Kami menyediakan pakej dan tawaran menarik. Dan setiap RM1 daripada pembelian anda akan didermakan kepada tabung kemanusiaan GAZA.



Pakej dan Tawaran Menarik:-



Breastpump Lily ini menariknya didatangkan dengan alat cegah aliran susu semula (antiback flow) internal dan ekstra kit tambahan untuk memberi keselesaan maksima untuk mommies pump susu.




Satu lagi yang istimewa adalah dengan hadirnya "Frequency Button" atau MAGIC BUTTON. Fungsi Magic Button ini adalah untuk meningkatkan frekuensi pengepumpaman dalam seminit secara tak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu mommies semua.



DAPATKAN BREASTPUMP LILY ANDA SEKARANG!!!



Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design