Hari ni suamiku berlari lagi. Bermula dengan rentak perlahan pada km pertama dan semakin laju di pertengahan perjalanan dan menamatkan larian dengan catatan masa 37mini 14saat.
PD sebelum larian. PD selepas larian. Cukup menyegarkan.
Setelah di'rehatkan' 3 hari dek cuaca yang tidak mengizinkan hari ni larian suamiku tidak lagi terganggu dengan muscle cramp kaki kirinya. Mungkin apa yang dikatakan adik suamiku yang juga runner tegar ada benarnya. Muscle cramp tempoh hari disebabkan muscle kaki yang 'tertekan'.
Mungkin selepas ini perlu buat jadual berlari untuk mengoptimumkan larian.