Tuesday, 21 January 2014

Complementary feeding atau makanan pelengkap : Bila masa sesuai nak mula?

Alhamdulillah.. sempat study sedikit perihal complementary feeding ni..


Dulu masa amru kurang pengalaman dan sibuk nak pindah dari taiping ke selangor. Memang sibuk sampai makanan pelengkap yang di kenalkan kepada amru hanyalah biskut farleys.. itupun amru tak gemar. Beli plain rice cereal pun tak nak melainkan ditambah sedikit garam dan lada sulah. Berselera makannnya.
www.facebook.com/breastpumpevelove


Masa kursus kaunseling penyusuan susu ibu kelmarin.. ada Puan Siti bagitahu bila nak memulakan makanan pelengkap ni, kena bagi yang ibu selalu makan masa menyusukan bayi..sebab bayi dah biasa rasa makanan dalam susu ibu.. lepas tu baru saya faham kenapa amru tak gemar farleys tu..hihi 

www.facebook.com/breastpumpevelove

InsyaAllah berazam untuk sediakan makanan anak anak dgn air tangan sendiri serta nak cuba kaedah "baby led weaning".
Kaedah yang masih belum famous di Malaysia tapi sy ada beberapa kawan yang sudah praktikkannnya dan alhamdulillah kesan positif pada anak mereka. Malah banyak kajian dah dilakukan tentang kaedah baru ni.

Back to our topic:
Macam mana nak tahu baby dah sedia untuk makanan pelengkap?

* baby berumur 6 bulan ke atas. Usus mereka sudah matang dan bersedia menerima makanan pejal.
* baby boleh duduk dgn sedikit sokongan atau tanpa sokongan dan dapat mengawal kepalanya.
* cepat lapar, atau selalu menyusu je
* boleh kawal lidah dengan baik
* mula menguyah atau menggerakkan mulutnya  seperti menguyah.
* gemar masukkan benda dalam mulut
* menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan


www.facebook.com/breastpumpevelove


Sekerap mana pula makanan pelengkap ini harus kita bagi?

1. 6-8bulan: makanan utama 2 hingga 3 kali sehari dan susu ibu diberi 5 hingga 6 kali sehari. Makanan snek umumnya tidak perlu tapi boleh diberi jika dapat diterima bayi.
2. 9-11bulan: makanan utama 3 hingga 4 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat
3. 1-2tahun: makanan utama 4-5kali sehari + 1-2 snek berkhasiat



Kita semua digalakkan perkenal 1 jenis makanan pada satu masa kemudian tunggu 4 hari untuk tentukan alergik atau alahan.
Mulakan dgn kuantiti yang sedikit.
Berhenti memberi makan sekiranya bayi menunjukkam kurang minat atau berpaling.
Semasa makan, elakkan benda yang boleh mengalih perhatian seperti tv, mainan atau bunyi2 lain.
Makan bersama mereka.
Tips tips ini saya baca dari dalam buku " Nutritionists' Choice Cookbook"

InsyaAllah esok update gelagat El Hannan with her first time solid food tasting and baby led weaning!
www.facebook.com/breastpumpevelove


Kasih Hawa Buat Semua...JIka ada pertanyaan berkenaan dengan penyusuan susu ibu boleh sms/whatsapp 0177164989..

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design