Anda semua faham maksudnya? Jika sebelum ini sy pernah menceritakan tentang tanda-tanda kehamilan, sy ada bercerita tentang perubahan kulit ketika hamil yang akan menyebabkan kulit sensitif, pigmentasi dan lain-lain. Kalau orang tua-tua ckp pembawakkan budak....
Alhamdulillah hamil anak kedua sejak bulan Oktober 2012. Kini usia kandungan sudah mencapai 21 minggu. Kehamilan yang kedua ini agak berbeza dari yang pertama. Ramai yang cakap mungkin berlainan jantina baby dalam rahim ni..tak kisahla, yang penting semua selamat. Apa yang paling ketara kelainannya ialah 'morning sickness' perubahan kulit dan tiada selera makan. Tapi hari ini saya nak share tips2 atau cara saya mengatasi masalah kulit ketika hamil ini. Di awal-awal usia kandungan lagi saya dah nampak perubahan kulit badan dan wajah saya. Wajah kusam, minyak berlebihan, jerawat tumbuh menyubur dan kulit gatal. Saya terbaca satu artikel dari Pa & Ma.
Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.
Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat sementara dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.
Topeng Kehamilan/ Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.
Untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan produk penjagaan kulit shaklee iaitu NUTRIWHITE Daily Defence Whitening Essence dan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15.
Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan. Untuk mengatasi masalah ini, saya menyapu vita E di bahagian rekahan dan mengambil vita c dan vita lea sebagai supplemen dalaman saya.
Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.
Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid. Untuk masalah ini saya menggunakan Enfusalle Purifying Cleansing Gel dari Shaklee. Ianya selamat dan bebas kimia serta baunya sangat harum!
Spider Naevi/Spider Veins
Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.
Varicose Veins
Berkemungkinan ada di kalangan anda yang mengalami masalah urat biru besar terutamanya di bahagian kaki yang kadang kala menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Bagi mengatasi atau mengurangkannya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu-satu masa, pakai stoking khusus dan tinggikan laras kaki berbanding kepala sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari apabila berbaring.
Seri Kehamilan
Perubahan inilah yang dinanti-nantikan! Ketika hamil, aliran darah di bahagian kulit akan meningkat. Jadi, lebih banyak sebum atau minyak dihasilkan lalu menjadikannya semakin berminyak. Hasilnya, kulit wajah kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.
Kegatalan Kulit Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat. Untuk masalah ini, saya hadapinya lebih awal seusia kandungan 16 minggu. Dr Siti dari KPJ Selangor menyarankan saya menggunakan Seba Med Anti Stretch Mark cream. Alhamdulillah hilang gatal dan kesan stretch mark lama pun semakin pudar.
Alhamdulillah hampir semua masalah kulit saya ketika hamil sudah kurang dan kulit makin berseri. Moga perkongsian di atas memberi sedikit sebanyak tips untuk anda semua. Yang penting penjagaan makanan yang seimbang dan pastikan anda menggunakan produk bebas kimia dan toksik!!