Kajian juga mendapati mereka yang rajin bersanam memiliki memori yang lebih kuat, mampu melaksanakan tugasan mental dengan lebih baik dan memiliki daya tumpuan yang lebih tajam berbanding mereka yang tidak bersenam.
Dalam artikel "Exercise: Working Out the Memory as Well as the Muscles" saintis mengesahkan bahawa senaman dapat meningkatkan daya ingatan dengan melancarkan saluran darah ke bahagian otak yang penting dalam memori iaitu bahagian hippocampus.
Jadi kepada anda di luar sana jom ambil kasut jogging masing-masing dan mari kita berlari beramai-ramai. Badan sihat otak cerdas.