Atkins menukarkan badan anda kepada fat-burning machine.
Keluar daripada kebiasaan metabolisma gula dalam darah!
Disebabkan badan kita hanya dapat menyimpan tak lebih daripada separuh tenaga yang diperlukan setiap hari dalam bentuk glukosa - tidak seperti lemak yang boleh menyimpan tenaga berlebihan - maka badan akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga sebaik sahaja dicerna dan diserap ke dalam darah. Selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat, badan akan berhenti menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan mula menggunakan glukosa yang dihasilkan oleh insulin untuk mengelakkan darah tinggi dengan gula. Maka tenaga dihasilkan daripada karbohidrat.
Lemak akan di'anaktiri'kan dan sentiasa dibelakangkan sebagai penyumbang kepada metabolisma tenaga. Anda boleh mengubah situasi ini dengan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan bukan lagi karbohidrat. Inilah teori yang Dr. Atkin cuba ketengahkan.
Dengan mengubah imbangan karbohidrat, lemak dan protein dalam diet anda, anda akan tingkatkan tenaga dan menstabilkan pada aras yang tetap.
Bila anda makan makanan yang terdiri daripada protein, lemak dan serat maka tubuh anda akan kurang merembeskan insulin. Apabila karbohidrat yang anda ambil dalam bentuk high fiber whole food, glukosa akan ditukarkan dengan lebih perlahan, paras gula dalam darah anda akan lebih stabil dengan lebih lama.Untuk lebih jelas, makan lemak bukan buatkan anda gemuk asalkan anda memastikan badan membakar lemak untuk tenaga!!!
Dapatkan berat badan yang ideal mulai hari ini!! Apa pun cara anda, yang penting usaha, pemakanan seimbang, kerap bersenam, tekad dan paling penting tawakkal!!
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment