Yang membezakan HIIT dengan senaman cardio biasa adalah tempoh masa yang diperlukan untuk senaman HIIT lebih singkat iaitu cuma mengambil masa 15 - 20minit. Selain itu melalui beberapa kajian, HIIT dikatakan dapat membakar lemak dengan lebih efektif dan pantas berbanding senaman cardio biasa. Melalui kajian juga didapati HIIT membakar 10% lebih banyak kalori selepas 24jam bersenam berbanding senaman berterusan yang 'steady' ini bermakna metabolisme semasa berehat bagi mereka yang mengamalkan HIIT adalah lebih tinggi. Kajian juga mendapati HIIT dapat mengurangkan penghasilan enzim yang menghasilkan lemak.
Ada pelbagai jadual yang boleh dibuat untuk melaksanakan senaman HIIT. Di sini saya ingin kongsikan salah satu regime yang digunakan bagi penggemar-penggemar HIIT. Regime ini terdiri daripada 4fasa yang mengambil masa 8minggu.
- fasa 1 (minggu 1-2): 15saat high intensity exercise diikuti 60 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 15saat high intensity exercise.
- fasa 2 (minggu 3-4): 30saat high intensity exercise diikuti 60 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
- fasa 3 (minggu 5-6): 30saat high intensity exercise diikuti 30 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
- fasa 4 (minggu 7-8): 30saat high intensity exercise diikuti 15 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
Selepas ini bolehlah suamiku cuba HIIT untuk kurangkan lemak di perut. Lagi berkesan kalau disepadukan dengan diet sihat dan pengambilan Cinch Shaklee. Performance Drink pula untuk prestasi senaman yang optimum.
0 comments:
Post a Comment