Hari hujung minggu macam ni mula la saya ni merangka rangka resipi untuk seisi keluarga.
Dah lama rasanya nak cuba shepherd's pie ni.
Resipinya saya google aje macam yang kita semua buat tu..Dapatkan step dan idea then ribut ribut sendiri la.
kali ini saya olahkan ikut kesesuaian tekak orang Malaysia.. Ada pedas-pedas sikit.
Bahan bahan mudah je:
500g daging lembu cincang
1 biji bawang besar dicincang
1susu kecil paste halia bawang putih (selalu buat siap siap ada dalam peti, kalau takde 1cm halia dan 2ulas bawang putih tumbuk)
2sudu kecil cili boh
2/3 sudu besar tomato puree (ikut suka msam)
2 sudu besar marjerin
5cm panjang batang celery dicincang
6biji cendawan butang saiz sederhana dicincang
1biji tomato dicincang
1 ikat sederhana daun ketumbar dicincang kasar
Sedikit mixed herbs
Garam dan lada sulah
bahan-bahan 'mashed potatoes'
5biji kentang sederhana besar direbus empuk
3/4cawan susu segar
2/3sudu marjerin
Garam dan lada sulah untuk perasa
Ok oleh kerana saya masih lagi ada serbuk kentang putar siap yang beli dari kedai BAGUS BAKERY, saya gunakan itu aje.. So nanti mommies semua ikut suka la ye nak guna mana :)
Ok nak masak atau sediakannya lagi mudah.
Pertama sekali siapkan adunan kentang die. Kentang lenyek tadi di gaul bersama marjerin dan susu serta di tambah garam dan lada sulah. Gaul sehingga sebati dan tidak melekit..kiranya kalau uli pakai tangan boleh jadi bola dan tidak melekit.
Untuk inti daging
1. Panaskan marjerin dan tumiskan bawang, bawang putih, halia dan ciliboh sehingga garing wangi. Kemudian masukkan daging cincang dan mixed herbs. Masak dengan api sederhana.
2. Jika daging sudah masak empuk, masukkan tomotao puree, tomato, celery serta cendawan butang.
3. Gaul rata, perasakan dengan garam dan lada sulah.
4. Sebelum di angkat, taburkan daun ketumbar diatas dan gaul rata.
Ambil loyang yang diingini, lapiskan selapis nipis kentang dibawahnya. Kemudian letakkan inti daging dan tekan bagi rata serta pejap. Kemudian lapiskan lapisan tebal kentang di bahagian atas daging tadi.
Cantikkan bahagian atas dengan belakang sudu sehingga nampak sekata.
Akhir sekali ambil kuning telur sapukan diatas lapisan tadi dan tabur cheese. Saya guna gabungan cheddar dan Mozzarella.
Sebelum start proses letak dalam loyang bolehla panaskan ketuhar dahulu 180degree celcius selama 10minit.
Bakar Shepherd's Pie td selama 20minit atau sehingga lapisan atas kuning keemasan.
Haaa... tadaaa.. Selamat menikmati Shepherd's Pie anda!! Murah, sedap dan berkhasiat.
P/S: untuk lebih sedap, boleh nikmati bersama sos cili + mayonis..
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment