Hari ni saya nak share dengan semua mommies tentang cara atau tips nak tambah Susu Ibu di bulan Ramadhan.
Sebenarnya tips ini boleh je diguna pakai di bulan bulan lain. Konsep sama sahaja iaitu banyak permintaan maka lebih banyak penghasilan (Konsep Supply Vs Demand).
- Disiplin dengan jadual pump yang teratur- saya akui bulan puasa ni ramai yang lemau atau letih, di sini la dugaan atau cabaran untuk kita elak atau tertinggal pump susu. Bila kurang permintaan maka kurangla penghasilan susu ibu. Mungkin jika kita takut kehabisan tenaga di siang hari, kita boleh mengurangkan kadar dan masa perahan di siang hari dan melebihkannya di malam hari. InsyaAllah susu akan bertambah.
- Kerapkan penyusuan susu ibu mengikut permintaan bayi- maksudnya apabila mommies berada bersama bayi, kerapkan penyusuan susu ibu. Di bulan puasa ini bila ibu menyusukan bayi, mommies akan rasa relaks dan tenang sehingga mungkin boleh terlelap dan ini membolehkan mommies kurang tekanan dan akhirnya akan menyebabkan lebih banyak oksitosin dialirkan.
- Tekad mommies yang Kuat- semua mommies yang menyusu anak pasti mempunyai tekad dan keazaman yang tinggi. Dan mommies harusla berdisiplin. Anda memilih dan menentukan yang terbaik untuk anak anda. Dari pengamatan saya, mommies yang kurang azam atau cepat mengalah akan rasa putus asa dan akhirnya memilih jalan pintas menambah susu formula.
- Jangan banding kuantiti perahan susu ibu dengan orang lain- senang cerita mommies jangan terpedaya atau tergugat dengan kuntiti perahan orang lain. Yang penting mommies kena yakin dan kerap kosongkan payudara mommies.
- Fikir positif dan sentiasa ceria- dengan ini mommies akan merangsang lebih banyak hormon oksitosin maka akan lebih banyak susu yang dialirkan keluar,
- Berdoa dan bertawakkal- ini merupakan usaha yang paling penting kerana segala yang berlaku itu pastinya dari ketentuan Allah SWT. Memohon dimurahkan dan dicukupkan susu ibu di bulan Ramadhan yang mulai ini.
- Bersyukur dengan hasil pump setiap waktu
- Mengamalkan pemakanan yang sihat- terutamanya di waktu puasa ini, mommies kena bijak memilih makanan untuk berbuka dan bersahur. Antara makanan yang disarankan ialah kurma, air zam zam, makanan kaya protein, halba, tauhu, tempe, bijirin, oats dan sebagainya
- Pengambilan air yang mencukupi- sepanjang bulan Ramadhan ini haruslah mommies meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga bersahur. Dan setiap kali pump susu atau menyusukan di malam hari cuba sebaik-baiknya untuk minum air suam.
- Mengamalkan supplement untuk mommies kekal bertenaga- Pada saya tips ini juga amat penting kerana hanya kita sahaja yang tahu kebolehan serta keupayaan diri kita, dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu menyusu serta isteri yang perlu menyediakan juadah dan urusan rumah tangga semestinya memerlukan tenaga luar biasa. Kepentingan supplement adalah untuk mengisi semula kelompongan mineral dan vitamin dalam gizi harian ibu. InsyaAllah dengan mengamalkan supplemen secara konsisten, maka mommies akan mendapat atau berasa bertenaga.
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment