Tips banyakkan susu ibu dengan memahami konsep penyusuan dan fisiologi payudara ibu. Ini sangat penting agar ibu akan teruskan penyusuan walau badai melanda.
Jom kenali payudara ibu menyusu!
- bentuk, saiz, dan warna payudara wanita dipengaruhi oleh peta genetik manusia yang berbeza antara satu sama lain
- lazimnya saiz payudara kiri lebih besar daripada payudara kanan
- 1 hingga 2% daripada masyarakat mempunyai lebihan puting ataupun payudara di badan mereka
- Lebihan tisu payudara atau puting ini biasanya timbul disepanjang garisan susu ini
- Ada individu yang mempunyai puting sahaja ataupun tisu payudara tanpa puting ataupun kedua-duanya sekali
- Ia tidak akan mengganggu penyusuan tetapi ada kalanya tisu payudara ini membesar semasa wanita hamil dan menghasilkan susu.
- 10 hingga 30% puting wanita yang hamil anak pertama agak leper. Dengan teknik penyusuan yang betul dan seiring bertambahnya pengalaman puting akan timbul seperti wanita lain.
- Kelahiran dan penyusuan anak berikutnya dapat membantu puting menjadi lebih timbul dan fleksibel.
- Sekitar 3% wanita mempunyai puting terbalik (inverted nipples)
- Ia dapat dikesan dengan membuat satu ujian yang dipanggil 'pinch test'
"Pinch Test" teknik untuk mengesan puting terbalik atau inverted nipples
1. Tekan areolar kira kira 1 inchi daripada puting dan lihat sama ada puting itu terkeluar ataupun tidak.
Puting normal timbul apabila ujian ini dibuat.
2. Puting terbalik pula tidak timbul malah lebih tenggelam ke belakang. Dengan bantuan pakar ataupun kaunselor laktasi, penyusuan dapat dilaksanakan oleh wanita yang mempunyai puting terbalik.
Mudah je kan ujian ini?
Jadi mommies yang mempunyai masalah puting terbalik boleh hubungi saya SAFUHAH 0177164989 untuk bantuan. Lebih baik jika belum melahirkan dah hubungi supaya kami bantu puan memberi susu ibu.
<3 Jom sebarkan kebaikan SUSU IBU <3
Kasih Hawa untu semua!
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment