Wednesday, 16 April 2014

Jom kaji bagaimana susu ibu dihasilkan!

Sebagai seorang ibu, adalah penting untuk kita kenal dan faham konsep penghasilan susu ibu!

SubhanaAllah sungguh indah ciptaan Allah.. Seorang ibu mampu menghasilkan titisan susu yang sangat tidak ternilai buat anak-anaknya.


Jom kenal payudara kita.. Setiap sel yang ada pada breast perempuan ni mempunyai fungsi tersendiri.

A. Saluran Kelenjar susu : Mengalirkan susu dari alveoli ke saluran susu utama.
B. Alveoli : Kilang yang menghasilkan susu. Terdapat berjuta juta alveoli di dalam breast kita. Setiap wanita mempunyai bilangan alveoli yang sama banyak. Di dalam alveoli, jika dilihat secara keratan rentas, ada 2 sel yang penting iaitu sel duktus (A) dan sel basal (B). Hormon yang penting dalam penyusuan susu ibu ini iaitu OXYTOCIN dan PROLAKTIN berperanan pada kedua-dua sel ini. Prolaktin akan mengakibatkan susu terhasil dari sel duktus. Manakala OXYTOCIN pula akan menyebabkan sel basal ini mengecut lalu menolak susu dalam kelenjar susu untuk dipancutkan dalam mulut bayi.
SubhanaAllah!!
C: Kalenjar susu/duktus : mengalirkan susu daripada sel duktus ke saluran susu utama.
D: Puting: Mengalirkan susu dari saluran utama kepada bayi.
E: Lapisan lemak: merupakan tisu sokongan buat payudara
F: Lapisan otot payudara
G: Tulang Rusuk 


Jadinya jika kita kenal payudara kita dalam-dalamnya, maka senangla kita nak faham konsep penyusuan SUSU IBU yang sebenar.
Yang penting semua ibu-ibu mesti merangsang OXYTOCIN supaya susu dapat dialir keluar kepada bayi. Jika PROLAKTIN sahaja susu memang ada atau breast memang ada susu, namun susu tersebut tidak boleh dikeluarkan.

Nanti saya cerita pula tentang OXYTOCIN dan PROLAKTIN !

 Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.



0 comments:

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design