Friday, 8 August 2014

Indahnya bergelar seorang Work At Home Mom (WAHM)


Alhamdulillah hari ini admin nak share pengalaman dan perasaan admin setelah lebih sebulan saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Seingat saya, saya membuat keputusan dalam masa beberapa hari sahaja kerana saya tertekan dengan bebanan kerja serta komitmen sebagai seorang doktor yang sentiasa dipanggil berkerja pada bila-bila masa.
Saya kasihan melihat kedua anak-anak saya yang kebanyakkan masa mereka bersama pembantu di rumah.
Masa bersama saya dan suami agak terhad dan ini termasuk juga hujung minggu.

Setelah berbincang dengan suami dan setelah mendapat keyakinan akhirnya saya menghantar surat perletakkan jawatan notis sebulan. Ramai yang terkejut dan terkesan dengan tindakan saya, namun saya yakin pilihan saya buat yang terbaik buat saya dan anak-anak buat masa ini. Bukankah tempat seorang ibu bersama anaknya,mendidik dan memberi kasih sayang buat mereka. Tugas suami untuk mencari rezeki buat kami. Opppsss jangan salah faham, saya tidak membebani suami saya, malah saya berusaha untuk terus memantapkan ekonomi rumahtangga kami bersama.

Saya menjalankan perniagaan Online dari rumah sahaja. Ia saya banyak menggunakan gajet untuk berurus niaga, namun apa yang berbeza di sini, anak-anak saya sentiasa di depan mata.
Mereka bermain, menangis, makan dan minum didepan mata saya. Setiap perkembangan mereka dapat saya lihat. Lain perasaan anak membesar depan mata tau mommies :)

Pilihan ada di tangan masing-masing. Saya tak cakap senang untuk menjadi WAHM ini, kerana anda perlu menjadi seorang yang berdisiplin dan menghormati masa. Anda harus bijak mengendali masa yang ada buat famili, bisnes dan diri sendiri. Dan WAHM kena pandai multitasking. Tiada kata yang dapat saya gambarkan  tentang perasaan saya setelah saya letak jawatan. Saya jauh lebih tenang dan gembira. Hidup lebih positif, Persekitaran lebih ceria, kurang sikap marah, kurang pertelingkahan dengan suami, dan boleh bersabar dengan karenah anak-anak meragam.

Apa yang paling best, suami saya juga perasan perubahan positif setelah saya bergelar WAHM.
Ikuti perbualan saya bersama suami:



Suami : Hannan makin montel sejak ummi resign la :)
Ummi: Alhamdulillah, saya pun perasan yang pipi Amru dan Hannan agak berisi. Kelmarin ayah pun cakap benda sama
Suami: Alhamdulillah, anak-anak happy ummi ada rumah selalu
Ummi: (Tersenyum bahagia)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbualan di Hari Raya ke10 ketika admin dan suami keluar lunch bersama:
Suami: Dah lama kan kita tak makan kat luar? Rasa macam lama betul.
Ummi: Ye la sejak saya resign, dah selalu masak di rumah dan sentiasa makan di rumah. Abang dan anak-anak pun selera makan. Ummi pun rajin cuba resepi baru :)
Suami: Tersenyum :)

Ini antara-antara kelebihan yang saya rasa. Mak dan mertua pernah pesan, air tangan isteri/ibu itulah pengikat kasih sayang suami/anak-anak. Selama ini semasa berkerja pun memang saya masak, cuma dalam seminggu 4 hari masak 3 hari makan luar. Sebab kadang tak sempat. Tapi makanan anak-anak memang saya masak dan frozenkan. Sekarang anak-anak makan makanan fresh la :).

Alhamdulillah indah nikmat Allah beri. Dan dengan ini juga saya menyeru dan menjemput mommies di luar sana yang ingin menjadi macam saya WAHM (bekerja dari rumah), boleh sms/whatsapp saya 0177164989. Kita bincang dan sembang-sembang. Anda hanya perlukan sekeping hati yang tekad dan cekal untuk berjaya!

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad sms/whatsapp/telegram/line 0177164989 www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 6 August 2014

Kerak Kulit Kepala atau Cradle Cap boleh dirawat dengan GLA COMPLEX SHAKLEE


Mommies pernah dengar dengan perkataan "cradle cap disease" atau masalah KERAK KEPALA? Selalunya melanda bayi yang baru lahir.



Apa itu Kerak Kepala atau Cradle Cap?

Sejenis penyakit kulit yang kelihatan berwarna kekuningan, berkelompok, berminyak, keruping besar yang selalu menghinggapi kulit kepala bayi baru lahir.
Sekali imbas mommies tengok seakan-akan kelemumur orang dewasa tetapi versi lebih teruk.
Selalunya bayi tidak merasa gatal jika terkena masalah kerak kepala atau cradle cap ini.
Selalunya ia melanda seawal beberapa hari selepas dilahirkan sehingga 3 bulan.
Kebiasaanya ruam atau masalah keruping ini lebih mudah dilihat di sekitar telinga, bulu kening dan buli mata bayi.


Mommies jangan risau ya, selalunya masalah kerak kepala atau cradle cap ini tidak berjangkit dan ianya TIDAK GATAL. Jika masalah kulit kepala yang gatal dan membuatkab bayi kurang selesa ianya adalah ECZEMA.

Nama lain bagi kerak kepala atau cradle cap?

1. Infantile or Neonatal seborrhoeic dermatitis
2. Crusta lactea
3. Milk Crust
4. Honeycomb disease
5. Pityriasis Capytis


Apa yang menyebabkan kerak kepala atau cradle cap ini?
Penyebab utama masih tidak diketahui namun ada 2 pendapat yang sering kali dikatakan menjadi penyebab kepada masalah kerak kepala ini iaitu :-
  • kehadiran hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak sebum yang abnormal didalam kelenjar sebum dan folikel rambut bayi.
  • jangkitan kulat Malassezia yang tumbuh didalam kelenjar sebum bersama bakteria.


Bagaimana boleh saya merawat masalah kerak kepala atau cradle cap ini?

Disini saya nak share dengan semua mommies langkah mudah merawat masalah kerak kepala atau cradle cap ini

  1. Mula mula sapukan kulit kepala bayi dengan lembut menggunakan kain lembap atau tapak tangan ibu. Ini untuk melonggarkan keruping yang ada.
  2. Kemudian basuh rambut bayi sehari sekali dengan shampoo bayi dan boleh longgarkan keruping sekali lagi menggunakan berus lembut kepala bayi.
  3. Kemudian lapkan kepala serta rambut bayi anda.
  4. Ambil 2 capsule GLA Complex Shaklee dan dipecahkan dan minyak itu disapu secara lembut dan menyeluruh ke atas kulit kepala bayi. Sambil sapu, mommies boleh urut lembut untuk memberi keselesaan kepada bayi. (mommies boleh juga melakukan langkah ini setelah bayi siap berpakaian kerana ini akan membuatkan bayi mengantuk)
  5. Ulangi langkah di atas setiap hari dan selalunya masalah ini akan hilang dalam 2 minggu. Setelah sembuh, teruskan membasuh rambut dan kepala bayi sekurang-kurangnya 2hari sekali dengan menggunakan shampoo. 
Gla complex Shaklee juga boleh disapu ke bahagian-bahagian yang ada eczema seperti di kawasan pelipat siku dan lutut bayi.

Saya harap info saya berikan hari ini dapat membantu mommies mengatasi masalah kerak kepala bayi atau cradle cap ini dengan mudah dan tidak panik.

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Video Breastpump Lily Eve Love



Jom baca testimoni breastpump Lily DI SINI!

Beli breastpump Lily anda HARI INI!

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!!


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi:Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Breastpump Lily Eve Love- Breastpump double elektrik TERBARU DIPASARAN!

4 Ogos yang lepas Eve Love telah melancarkan rangkaian breastpump terbaru mereka iaitu Breastpump Lily. Breastpump Lily ini akan menggantikan breastpump Flexi yang sudah diberhentikan penghasilannya. Jadinya Breastpump Lily ini merupakan breastpump double electric keluaran EVE LOVE.


Semua products eve love semestinya COMEL, KECIL, MESRA BREAST, DUAL EKSPRESSI MIMIK HISAPAN BAYI, dan FREESTYLE. Dengan semua kelebihan kelebihan di atas, mommies mana yang sanggup tahan mata dari TIDAK MEMBELI breastpump Lily sekarang.
Kami menyediakan pakej dan tawaran menarik. Dan setiap RM1 daripada pembelian anda akan didermakan kepada tabung kemanusiaan GAZA.



Pakej dan Tawaran Menarik:-



Breastpump Lily ini menariknya didatangkan dengan alat cegah aliran susu semula (antiback flow) internal dan ekstra kit tambahan untuk memberi keselesaan maksima untuk mommies pump susu.




Satu lagi yang istimewa adalah dengan hadirnya "Frequency Button" atau MAGIC BUTTON. Fungsi Magic Button ini adalah untuk meningkatkan frekuensi pengepumpaman dalam seminit secara tak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu mommies semua.



DAPATKAN BREASTPUMP LILY ANDA SEKARANG!!!



Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 5 August 2014

Testimoni Breastpump Lily Jenama Eve Love

http://xercestouch.blogspot.com/2014/08/testimoni-breastpump-lily-jenama-eve.html

Untuk makluman mommies minggu pertama setiap bulan Ogos merupakan minggu sambutan penyusuan SUSU IBU sedunia. Dalam pada minggu ini terlalu banyak program dan acara menyokong penyusuan susu ibu dijalankan. Dengan itu juga pihak HQ Eve Love dengan berbesar hatinya telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Breastpump Lily. Breastpump Lily ini merupakan rangkaian breastpump double electric yang merupakan ciptaan terbaru Syarikat Eve Love Sdn.Bhd. 

http://xercestouch.blogspot.com/2014/08/testimoni-breastpump-lily-jenama-eve.html


Admin pun apa lagi, dengar sahaja ada breastpump baru, mula lah rasa tak sabar sabar nak test power Breastpump Lily ini. Seperti yang sebelum ini admin katakan, oleh sebab admin jual produk ini, maka admin kenalah rasa dan cuba dahulu keberkesanannya supaya senang admin nak kongsikan rasa dan pengalaman tersebut.

Admin sebelum ini menggunakan Medela Mini Electric selepas melahirkan anak yang pertama 2011 dan kemudian apabila 6bulan dah rosak motor medela tu, bertukar kepada unimom alegro sebab waktu tu bajet kurang baru pindah selangor. Memang berbeza antara medela dan unimom, medela sakit namun susu diperah sehingga breast kosong, unimom pula sakit dan payudara masih penuh. Setelah agak stress dan kecewa dengan unimom alegro saya menyimpan duit dengan cita cita membeli Medela freestyle sebab mudah untuk saya pump sewaktu bekerja, Allah ketemukan saya dengan teman universiti (CEO Syarikat Eve Love) di sebuah bank.
http://xercestouch.blogspot.com/2014/08/testimoni-breastpump-lily-jenama-eve.html


Sembang punya sembang beliau memberitahu saya beliau mengeluar dan mengedarkan Breastpump Jenama Eve Love yang setanding dengan Medela. Saya pun tanpa rasa was-was, membeli Breastpump Heavenly waktu itu hampir RM800. Alhamdulillah saya sangat puas hati dengan Heavenly. Kurang sakit, daya sedutan yang kuat serta mampu mengosongkan payudara sepenuhnya. Saya syorkan kepada rakan-rakan lain dan rata-rata setuju dengan konsep Eve Love "mesra breast".

http://xercestouch.blogspot.com/2014/08/testimoni-breastpump-lily-jenama-eve.html


Selepas Heavenly, Eve Love mengorak langkah kehadapan dengan mengeluarkan Breastpump Flexi yang mana Breastpump Flexi merupakan breastpump pertama di dunia yang boleh dijanakan menggunakan POWER BANK. Admin juga menggunakan breastpump Flexi selama setahun dan alhamdulillah tiada masalah dan mampu mengumpul stok EBM yang sangat banyak untuk Hannan. Sebaik sahaja Eve Love melancarkan Breastpump Lily terus admin rebut peluang mencubanya.

Pendapat admin?? Breastpump Lily sangat best!
1. Sangat senyap jika dibandingkan dengan breastpump Flexi
2. Mempunyai mekanisma antibackflow internal dan external kit yang akan mengurangkan masalah susu masuk tubing
3. Sangat selesa dibanding dengan breastpump Flexi kerana Breastpump Lily menggunakan silikon shields
4. Boleh menggunakan wide atau standard size storage bottle sewaktu mengepump
5. Ada "MAGIC BUTTON" atau frequency button yang mana fasa expresi akan dinaikkan daripada 93 kepada 98 dalam seminit, secara tidak langsung meningkatkan pengosongan payudara serta merangsangnya.
6. Menggunakan dual phase expression yang mimik hisapan bayi secara semulajadi
7. Motor yang kecil dan ringan
8. Design yang menarik.
9. Kuasa sedutan yang kuat namun tidak sakit kepada breast, malah tak rasa pun bila kita tingkatkan daya sedutan. (daya kesakitan setiap orang adalah berbeza, maka pendapat ini adalah subjektif ya :)
)

http://xercestouch.blogspot.com/2014/08/testimoni-breastpump-lily-jenama-eve.html

PSSS: Breastpump Heavenly, Flexi dan single Sassy admin masih berfungsi dengan baik dan akan disewakan kepada yang berminat. 

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!!


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi:
Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove


COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

GLA COMPLEX SHAKLEE-Beza memang berbeza!

Selamat hari raya admin ucapkan kepada semua pembaca blog admin ini. Alhamdulillah bertemu juga akhirnya pada hari ini untuk saya kongsikan kisah tentang promo bulan OGOS 2014 iaitu GLA COMPLEX shaklee.



Apa itu GLA COMPLEX shaklee?

GLA atau Gamma Linoleic Acid adalah salah sati acid lemak yang diperlukan badan.
Secara amnya kita mempunyai lebih 20 jenis asid lemak berbeza didalam badan kita. Namun semuanya berasal dari 2 asid lemak iaitu asid linoleic dan asid linolenic. Keduan asid lemak ini sangat diperlukan oleh badan kerana iainya tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ada sesetengah pendapat mengutarakan bahawanya asid linoleic lagi penting kerana asid linolenic boleh dihasilkan daripada asid linoleic ini.
Asid linoleic akan ditemui dalam tumbuh tumbuhan serta ikan manakala asid linolenic ditemui dalam bijirin termasuk jagung.

Asid linoleic ini juga dikenali sebagai omega-6 dan asid linolenic ini juga dikenali sebagai omega-3. Asid lemak ini sangat sangat diperlukan oleh badan untuk menghasilkan prostaglandin dalm badan. Prostaglandin ini adalah seperti hormon yang mengawal pelbagai aktiviti dalam badan kita termasuk radang, kesakitan, dan bengkak. Prostaglandin juga memainkan peranan untuk mengawal tekanan darah, kesihatan jantung, kesihatan buah pinggang, dan kesihatan pencernaan. Prostaglandin ini juga sangat penting untuk reaksi alahan, pembekuan darah dan menghasilkan hormon lain.

Omega-3 dan Omega-6 ini akan menghasilkan prostaglandin yang berbeza beza fungsinya.

Kenapa kita perlukan Omega-6 (GLA)

Asid lemak omega-6 ini boleh dibahagi kepada 3 iaitu 1. Gamma-linoleic Acid (GLA) 2. Arachidoneic Acid dan 3. Dihomo-linoleic Acid.
Daripada yang 3 diatas, hanya GLA yang dapat membantu kesihatan manusia.
Biji bijian bunga BORAGE, BLACK CURRENT dan EVENING PRIMROSE adalah sangat kaya dengan asid lemak omega-6 dalam bentuk GLA.

APAKAH YANG MEMBEZAKAN GLA SHAKLEE DAN SYARIKAT LAIN?

~diekstrak daripada bunga Borage yang mana mempunyai 2kali ganda GLA daripada bunga Evening Primrose
~Borage juga 3 kali ganda lebih dari segi bioavaibility dan 3 kali ganda lebih berkesan daripada Evening Primrose
~Shaklee mengekstrak GLA dari bunga Borage yang ditanam secara ORGANIK di kawasan Saskatchewan.
~setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA
~ianya digabung bersama dengan sunflower oil dan VITAMIN E untuk meningkatkan keberkesanannya dan kestabilannya.
~kesegaran dan keberkesanannya dijamin oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan.

Antara fungsi GLA ialah:


  1. membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita
  2. melegakan Pre-menstrual Syndrome (PMS) atau Pre-menopausal Syndrome
  3. Menstabilkan hormon didalam badan
  4. membantu mengawalatur kitaran haid
  5. diperkaya dengan vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  6. menguatkan immuniti tubuh badan secara semulajadi
  7. membantu melambatkan proses penuaan 
  8. menjadikan kulit lebih sihat dan berseri seri
  9. menguatkan kuku dan rambut
  10. membantu menangani masalah ekzema
  11. melegakan simptom akibat daripada rheumatoid athritis 

Klik sini untuk Beli GLA COMPLEX SEKARANG! 

Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!!


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi:
Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah


ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design