Friday 8 August 2014

Indahnya bergelar seorang Work At Home Mom (WAHM)


Alhamdulillah hari ini admin nak share pengalaman dan perasaan admin setelah lebih sebulan saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Seingat saya, saya membuat keputusan dalam masa beberapa hari sahaja kerana saya tertekan dengan bebanan kerja serta komitmen sebagai seorang doktor yang sentiasa dipanggil berkerja pada bila-bila masa.
Saya kasihan melihat kedua anak-anak saya yang kebanyakkan masa mereka bersama pembantu di rumah.
Masa bersama saya dan suami agak terhad dan ini termasuk juga hujung minggu.

Setelah berbincang dengan suami dan setelah mendapat keyakinan akhirnya saya menghantar surat perletakkan jawatan notis sebulan. Ramai yang terkejut dan terkesan dengan tindakan saya, namun saya yakin pilihan saya buat yang terbaik buat saya dan anak-anak buat masa ini. Bukankah tempat seorang ibu bersama anaknya,mendidik dan memberi kasih sayang buat mereka. Tugas suami untuk mencari rezeki buat kami. Opppsss jangan salah faham, saya tidak membebani suami saya, malah saya berusaha untuk terus memantapkan ekonomi rumahtangga kami bersama.

Saya menjalankan perniagaan Online dari rumah sahaja. Ia saya banyak menggunakan gajet untuk berurus niaga, namun apa yang berbeza di sini, anak-anak saya sentiasa di depan mata.
Mereka bermain, menangis, makan dan minum didepan mata saya. Setiap perkembangan mereka dapat saya lihat. Lain perasaan anak membesar depan mata tau mommies :)

Pilihan ada di tangan masing-masing. Saya tak cakap senang untuk menjadi WAHM ini, kerana anda perlu menjadi seorang yang berdisiplin dan menghormati masa. Anda harus bijak mengendali masa yang ada buat famili, bisnes dan diri sendiri. Dan WAHM kena pandai multitasking. Tiada kata yang dapat saya gambarkan  tentang perasaan saya setelah saya letak jawatan. Saya jauh lebih tenang dan gembira. Hidup lebih positif, Persekitaran lebih ceria, kurang sikap marah, kurang pertelingkahan dengan suami, dan boleh bersabar dengan karenah anak-anak meragam.

Apa yang paling best, suami saya juga perasan perubahan positif setelah saya bergelar WAHM.
Ikuti perbualan saya bersama suami:



Suami : Hannan makin montel sejak ummi resign la :)
Ummi: Alhamdulillah, saya pun perasan yang pipi Amru dan Hannan agak berisi. Kelmarin ayah pun cakap benda sama
Suami: Alhamdulillah, anak-anak happy ummi ada rumah selalu
Ummi: (Tersenyum bahagia)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbualan di Hari Raya ke10 ketika admin dan suami keluar lunch bersama:
Suami: Dah lama kan kita tak makan kat luar? Rasa macam lama betul.
Ummi: Ye la sejak saya resign, dah selalu masak di rumah dan sentiasa makan di rumah. Abang dan anak-anak pun selera makan. Ummi pun rajin cuba resepi baru :)
Suami: Tersenyum :)

Ini antara-antara kelebihan yang saya rasa. Mak dan mertua pernah pesan, air tangan isteri/ibu itulah pengikat kasih sayang suami/anak-anak. Selama ini semasa berkerja pun memang saya masak, cuma dalam seminggu 4 hari masak 3 hari makan luar. Sebab kadang tak sempat. Tapi makanan anak-anak memang saya masak dan frozenkan. Sekarang anak-anak makan makanan fresh la :).

Alhamdulillah indah nikmat Allah beri. Dan dengan ini juga saya menyeru dan menjemput mommies di luar sana yang ingin menjadi macam saya WAHM (bekerja dari rumah), boleh sms/whatsapp saya 0177164989. Kita bincang dan sembang-sembang. Anda hanya perlukan sekeping hati yang tekad dan cekal untuk berjaya!

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad sms/whatsapp/telegram/line 0177164989 www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

0 comments:

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design