Friday 11 January 2013

Diari Seorang Ibu:Kaedah alternatif untuk kontrol penyakit Asthma anak dengan Mealshakes, chewable vita c and omega!

Saya seorang pesakit asthma dan anak saya juga menghidap asthma!  

Segalanya bermula pada pertengahan bulan November ketika semua menyambut Awal Muharam kami berduka seketika akibat Amru di serang asthma. Serangan kali ini amat lain dari sebelumnya. Jika sebelum ini   Amru akan selsema batuk dan kadang kala demam sebelum dapat nafas berbunyi..itupun start detect selepas raya haji. 

Pagi itu kami ke IKEA utk men'survey' perabot. Amru aktif macam biasa. Tiada tanda sakit atau mengah cuma selsema sikit mcm biasa. Sejurus kami balik ke rumah, Amru tidak keruan. Nafasnya makin kuat berbunyi dan sukar utk minum susu sebab hidung sumbat. Amru nangis sahaja, makan pun muntah. Nafas makin laju. Kami tidurkannya selepas beri ubat namun Amru tidur sekejap sahaja..mungkin tak selesa nafas. Usai solat asar, hubby tekad nak bawa Amru ke klinik atau hospital memandangkan keadaan yang makin teruk.

Disebabkan hari cuti kami ke Pantai hospital. Amru dirawat segera. diberikan gas nebuliser kerana bunyi nafas yang kuat dan kandungan oksigen dlm darah yang kurang dari sepatutnya. Selepas selesai Nebuliser yang pertama, Amru lentok tidur sambil menyusu. Akhirnya die tenang dan selesa setelah penat kesakitan. Doktor pakar yang merawat menasihatkan Amru di masukkan ke ward untuk rawatan selanjutnya supaya sembuh betul dan keadaan terkawal.

Amru dimasukkan ke ward selama 2 hari dan ummi terpaksa EL utk jaga Amru. Kasihan melihat keadaan amru yang kena cucuk sana sini dan ada jarum melekat di tgnnya.. nak main nak makan semua susah... Naluri ibuku tersentuh (padahal selama ni buat kat anak org tak terasa sangat ;( ),ku gaghkan jua utk Amru. Alhamdulillah 19 November 2012 Amru dibenarkan pulang dengan 2 inhaler yang perlu guna selama 6 bulan.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/diari-seorang-ibukaedah-alternatif.html
Inhaler Salbutamol bila perlu. 
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/diari-seorang-ibukaedah-alternatif.html
Aerochamber dan Budesonide

Pulang je terus ummi pun cari la kaedah alternatif untuk merawat asthma ni..

Jumpalah blog otai-otai shaklee yang share pasal masalah anak asthma ni.Setelah berbincang dengan hubby, kami setuju utk beri Amru Mealshakes, Omega Guard dan Chewable Vita C.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/diari-seorang-ibukaedah-alternatif.html

Syukur pada Allah yang menggerakkan hati kami untuk mencuba dan hasilnya amat memberangsangkan. Dari November sampai saat ini (Januari 2013), tiada batuk, demam dan asthma. Kalau sebelum ni Amru akan kena selsema dan batuk bila minum ais, terdedah lama dlm aircond dan habuk kini tiada lagi!! Boleh makan aiskrim dengan abah sesuka hati.... ;)
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/diari-seorang-ibukaedah-alternatif.html

Langkah-langkah yang di ambil untuk mengawal serangan asthma Amru:

  • Patuh arahan doktor tentang pengambilan inhaler.
  • Menambahkan setengah sudu kecil mealshakes dalam EBM nya.
  • Meletakkan Omega guard dlm bubur atau makanan Amru selang sehari, sekali sebiji capsule.
  • Memberi makan Chewable Vita c untuk Amru. Rujuk sini untuk mengetahui bagaimana vita c membantu dalam asthma.
  • memakaikan stoking sebelum tidur malam.
  • memakaikan sweater setiap kali masuk kereta.
  • Memberi makanan yang seimbang seperti sayur, buah, protein dan karbo.
  • membekalkan air masak secukupnya.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/diari-seorang-ibukaedah-alternatif.html
Saya harap perkongsian di atas dapat membantu ibu-ibu di luar sana. Ramai yang telah mencuba kehebatan Mealshakes ni..rasa pun sedap!

Jika berminat boleh hubungi saya 0177164989 untuk harga istimewa. 


ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design