Wednesday 12 June 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Haaaa Bismillah
Syaaban dah ni..pejam celik pejam celik dah 3hari bulan Syaaban..pejam lagi dah ramadhan..

Mommies hari ni sy nak share ilmu yg sy perolehi semasa menghadiri kursus breastfeeding baru-baru ini dan sy lihat ramai mommies yang seakan risau utk berpuasa kerana bimbang kekurangan susu atau susu merundum di bulan puasa..

Tips Penyusuan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Puasa atau fasting ialah menahan diri daripada makan dan minum selama 12 jam atau lbh.. maka keadaan ini akan atau boleh mengakibatkan seseorang ibu yang menyusukan anak itu terdedah kpd dehidrasi atau kekurangan cecair badan. Antara tanda-tanda dehidrasi yang biasa ialah sensasi dahaga yang teramat atau haus, pening atau pitam dan air kencing terlalu pekat warna kuning likat. Mereka yang mempunyai simptom2 ini dibolehkan berbuka..kajian juga membuktikan keperluan untuk minum sgt ketara bg seorang ibu yang menyusukan anak dibawah umur 6 bulan...
Ibu-ibu yang menyusukan anak mereka seharusnya mengambil 500kalori lebih daripada mereka yang tidak menyusu.


Jadinya pada bulan puasa ni kita sepatutnya mengambil berat tentang nutrisi seimbang terutama pada waktu sahur dan berbuka. 

  • ibu-ibu seharusnya focus kepada kualiti dan zat makanan tersebut dan bukannya kuantiti. Ini dengan memastikan setiap hidangan yang diambil lengkapdengan nutrisi penting.
  • elakkan daripada tidak bersahur di bulan ramadhan/berpuasa
Jangan minum banyak air sewaktu bersahur sebaliknya minum air masa berbuka dan sepanjang malam . Ini kerana jika minum banyak sewaktu bersahur, perut akan kenyang dengan air dan kurang mengambil makanan. Kita disarankan untuk mengambil 1liter air untuk setiap 25kg berat.

Antara menu atau makanan yang disyorkan semasa berpuasa:

Sahur 


  • Makan karbohidrat kompleks dan berserat seperti mee,nasi,oats, cereals
  • Hadkan pengambilan susu/keju/yogurt kerana ia dipercayai boleh memekatkan cecair badan.
  • Kurma/salad buah
  • Amalkan pengambilan jus hijau seperti Alfalfa/pegaga/bayam/spirulina/celery
  • Ambil makanan yang dimasak bersama halba/telur/kekacang
  • Makanan daripada gandum seperti muffin lobak merah/pancake/lempeng/capatti
  • Ambil supplements seperti B-complex dan vitamin C untuk tambahan tenaga dan kecerdasan
  • Elakkan makanan tinggi garam kerana ia menyebabakan kita lebih cepat dahaga

Berbuka



  • Berbuka dengan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 udara
  • Berbuka dengan segelas jus dan 3-4 biji kurma untuk mendapatkan tenaga segera.
  • Elakkan minuman bercaffeine dan berkarbonat kerana ia bersifat diuretiks yang akan menyebabkan kehilangan air yang ketara dari badan (kerap kencing)
  • Elakkan berbuka dengan makanan pedas untuk elakkan gastritis
  • Perbanyakkan sayuran dan buah
  • Mengambil supplements tambahan seperti ESP/mealshake/vita lea/b-complex untuk tenaga tambahan untuk berpuasa esok hari serta pengahsilan susu di waktu malam.

Supper/Moreh



  • Susu/air soya (ESP)
  • Supplements seperti kalsium (OSTEMATRIX) dan minyak ikan (OMEGA GUARD)


Selain daripada itu kita disarankan untuk berlatih berpuasa sambil menyusukan anak untuk kita train diri sendiri dan untuk lihat respond anak terhadap penyusuan semasa berpuasa. Kita boleh la start puasa isnin khamis atau berpuasa sunat di bulan Syaaban. Namun apa yang penting adalah TEKAD KEAZAMAN DAN DOA untuk terus meneruskan penyusuan susu ibu ini kerana susu ibu begitu berharga buat anak kita!!



Tips-tips ini saya perolehi sewaktu menghadiri seminar dan bengkel penyusuan susu ibu di Hotel De Palma Ampang anjuran USIM. Dan penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan ini disampaikan oleh DR. Nurzarina Abdul Rahman (Pensyarah anatomi USIM). Bukan semua daripada beliau, ada yang saya olah ikut pengalaman saya.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! Nantikan entry blog saya berkenaan tips elakkan kehabisan tenaga di bulan ramadhan dan tips pengepaman susu ibu di bulan ramadhan!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design