Showing posts with label supplements kehamilan. Show all posts
Showing posts with label supplements kehamilan. Show all posts

Saturday, 16 March 2013

Penawar Gastritis atau Pedih Ulu Hati semasa hamil

As salam..hari ni saya nak share dengan anda semua bagaimana saya merawat gastritis/pedih ulu hati ketika hamil. 

Bagi yang dah tahu atau yang tak tahu sy kini sedang hamil anak kedua. Alhamdulillah dah 21 minggu. Masa awal-awal kandungan dulu mmg tak berapa lalu makan sebab loya je..tapi bila masuk trimester kedua ni, masih tak lalu makan tp tak loya.

Jika sebelum hamil, sy makan supplemen shaklee iaitu  ESP, vita lea, vita c, lecithin, omega dan alfalfa. Tapi sejak sah hamil saya stop alfalfa. Yang lain-lain tu ingat nak continue and tambah bcomp and ostematrix. Malangnya disebabkan loya, selalu terskip-skip mkn supplemen.


Esp pulak, dulu memang sangat suka bancuh esp dgn Oligo Koko..satu sudu esp dua sudu koko..sedap...tapi sejak hamil ni, tekak tak nak terima langsung... jadi ESP pun tak minum ganti ngan Meal Shake. alhamdulillah terima.

Sejak masuk trimester kedua ni, selera kurang lagi tp tak loya dah.. makan sekadar alas perut...setiap kali waktu makan akan jd waktu plg tak best sbb mcm kena paksa makan.. dan sejak dah bertenaga semula untuk berbisnes shaklee ni, sy sering tidur lewat. Jadinya selalu la dapat pedih ulu hati atau simptom gastritis ni, waktu-waktu awal pagi bila sibuk buat entry.. ;)


Simptom ni sering dialami oleh wanita hamil kerana tumbesaran rahim yang menolak kandungan acid perut  ke atas. Keadaan ini jugak di sebut 'reflux'. Keadaan reflux ini lama kelamaan akan menghakis dinding usus dan menyebabkan gastritis.

Akhirnya sebab sy tak tahu nak buat apa dan tidak mahu makan ubat hospital saya terfikir untuk mencuba sesuatu. Saya ambil susu segar 250ml dicampurkan bersama satu sudu ESP dan saya 'shake'. Alhamdulillah hasilnya sangat YUMMY!! sedap, segar dan menyelerakan.. rasa soya manis2 buah.. lagi sedap kalau susu segar tu sejuk.. Cubalah..DAN yang paling penting pedih ulu hati tu berkurang sedikit demi sedikit..Alhamdulillah


Bila bagi hubby try pun dia ckp sedappppp.. ;) Hubby minum esp+collagen+ susu/oligo koko.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 2 January 2013

Diari Seorang Ibu: Tanda-tanda anda hamil!

Salam ceria di hari ahad ini.. alhamdulillah mood happy hari ni sbb kesihatan anak makin pulih.. terima kasih kepada yang mendoakan..
Saya nak share tentang tanda-tanda awal kehamilan yang biasanya ibu-ibu rasa..atau kdg kita tak perasan pun.. maklumat ni hasil pembacaan sy dlm buku 'Mum 2 mum pregnancy guide' and 'your pregnancy week by week'

1. Bengkak payudara dan puting sensentif
-ini merupakan salah satu tanda yang sangat ketara ketika ibu mula hamil. Ibu akan rasa sakit dan bengkak payudara serta kawasan areola yang semakin hitam..Ini adalah kerana badan ibu sedang bersedia untuk menghasilkan susu. Jadi hormon meningkat yang menyebabkan simptom ini. Selain itu puting pun akan terasa lebih sensitif. Gambar breast kiri adalah sebelum hamil dan kanan adalah ketika hamil.

2. Loya atau 'morning sickness'
-Kebanyakkan wanita mengalaminya. Sesetengah pakar mempercayai ia berlaku akibat ketidakserasian gene ibu dan ayah ketika bersatu (tetapi ini tidak membawa apa2 maksud dlm kehidupan). Selalunya simptom ini hadir di waktu pagi ketika menggosok gigi, makan sarapan atau minum air tetapi ada juga ibu yang dapat simptom ini di hujung hari menjelang maghrib. Ada juga yang loya seharian tidak boleh makan dan minum sepanjang hari sehingga terpaksa di masukkan ke hospital.
Loya ini boleh di atasi dengan mengambil porsi makanan yang kecil tetapi lebih kerap. Ada sesetengah wanita berpendapat makanan masin and susu suam membantu.
3. Keletihan yang melampau
-Rasa letih yang melampau.Asyik rasa nak tidur sahaja walaupun beberapa minit. Dalam beberapa minggu awal kehamilan anak yg sedang terbentuk menggunakan tenaga ibu, jadi ibu akan berasa letih.

4. Kerap membuang air kecil
-Sebilangan wanita hamil akan rasa janggal pada awalnya kerana kerap ke bilik air. Keadaan uterus yang sedang membesar menekan pundi kencing dan keadaan ibu hamil yang akan menghasilkan lebih banyak air semasa mengandung. Keadaan ini akan kekal sepanjang 9 bulan 10 hari kandungan.

5.Ketidakselesaan perut
- Kadang-kadang sesetengah wanita akan rasa sakit dibahagian abdomen. Sakit ini seolah-olah sakit "PMS" yang kita dpt setiap kali sebelum dtg haid. Ini kerana telur yang baru disenyawakan sedang cuba untuk menempel di bahagian dinding uterus ibu. Dan uterus ibu sedang berkembang sebagai langkah bersiap sedia untuk sembilan bulan seterusnya. 

6. Perubahan kulit
- Disebabkan ketidakseimbangan hormon, kulit menjadi sensitif dan pigmentasi senang terbentuk..tapi jangan khuatir, ianya untuk sementara sahaja.

7. Peningkatan suhu badan (macam nak demam)
- Ibu selalu rasa panas dan mudah rasa macam nak demam. 

8. Perubahan mood dan kerap marah/melenting
- Dengan semua perubahan yang saya sebutkan di atas, di tambah pula dengan ketidakseimbangan hormon, kita lebih senang untuk marah dan emosi tidak stabil. Normal jika kadang-kadang ibu rasa sedih, sunyi, suram gembira silih berganti.. Jadi perlu diberitahu kepada suami kt ini semua hanya pembawakkan budak.. :)


Setiap kali hamil pasti akan ada perasaan dan simptom-simptom yang berbeza.. secara keseluruhannya mungkin sama. Semoga entry kali ini dapat memberi ilmu yang berguna kpd kita semua.

Sepanjang usia kehamilan adalah amat penting untuk kita ambil dan amalkan pemakanan yang seimbang.
Saya mengambil produk kehamilan shaklee iaitu vita lea, vita c/nutriferon (sbb vita c habis stok satu malaysia), bcomplex, ostematrix, omega dan esp dari seawal 8 minggu. Alhamdulillah ia memberikan sy lebih tenaga, ceria dan saya masih mampu meneruskan penyusuan anak sulung saya yang berusia setahun 8 bulan.  
Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk2 shaklee ni, boleh sms atau whatsapp sy 0177164989. InsyaAllah harga terbaik! :) 

Email: www.xercestouch@gmail.com
Fanpage: www.facebook.com/pages/Be_Healthy/349720521785433
2nd Blog: http://xercestouch.com/

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design