Wednesday 15 January 2014

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

As salam mommies..

hari ni nak share POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA.


Apa yang dimaksudkan dengan polisi penyusuan susu ibu ini?

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2tahun.


Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan atau 180 hari.

Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi:

~ diberi susu ibu sahaja

~ tidak perlu air atau susu tambahan

~ tidak perlu makanan pelengkap

~kasih HAWA untuk semua~

 

Aku Terima Nikahnya Muhammad Ibrahim!

As salam dan salam maulidur rasul buat semua mommies.. moga kita semua beroleh kesempatan utk selawat ke atas Nabi Muhammad Saw. 


Alhamdulillah hari ni 'oncall' ku sunyi sepi tanpa panggilan dari hospital.. rutin harianku sebagai ummi kepada amru dan hannan.
Melayan mereka, memberikan susu ibu buat mereka dan bermain bersama..
Dah beberapa hari mr.hubby ajak jalan jalan setia city mall katanya nak belikan hadiah jam tangan :). Maka hari ni sempatla saya ajak mr hubby ke setia city mall lps hubby pulang dr kerja jam 6ptg. Anak-anak tinggal di rumah.
Jalan-jalan jumpa jam yang di cari cari.. alhamdulillah sangat puas hati dan berkenan.. dan seperti biasa mr.hubby kalau tak singgah kedai buku mmg tak sah.. singgahla MPH. Terjumpa buku Aku Terima Nikahnya karya ustaz Hasrizal..ni buku yang kulit tebal gabungan 3 buku buku ustaz yang mmg saya nak sangat baca:

1. Aku terima nikahnya

2. Bercinta sampai ke syurga

3. Murabbi cinta

Yang first book je dah baca.. yang lagi 2 belum.baca..hihi, actually lama dah suruh mr.hubby belikan buku ni.. kononnya hadiah lps bersalin..tp anak dah 2 belum rezeki lagi dpt dr hubby.. akhirnya saya beli sendiri hari ni.. say juga belikan 'hadiah' kecil buat mr.hubby iaitu buku Nota hati seorang lelaki karya ustaz pahrol mohd juoi..

Nak ceritanya.. sambil jalan jalan hanya tgk masa dan jam..hati rasa gundah meninggalkan anak anak dirumah.. asyik nak balik je.. kesian mereka..

Tapi lepas baca sedikit intipati dari buku aku terima nikahnya ni.. yang berbunyi ".....tetapi sy sendiri mengambilnya sebagai peringatan. Bahawa dlm sebuah rmhtangga pasangan beranak 3, ibu bapa dan anak anak bukanla segalnya. Selama mana sekalipun bahtera rmhtangga belayar, suami dan isteri tetap ada.
Jangan dibiarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian yang demikian.
Hari ini, sy dan isteri mengambil cuti. Anak anak tinggal di sekolah dan nurseri sehingga petang. Sepanjang hari ini, sy dan isteri keluar makan bersama tanpa Saiful Islam tanpa Naurah Sabihah dan tanpa Muhammad Imaduddin.
Semuanya kerana dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri, dan hari ini adalah hari untuk kami berdua."


Lepas baca saya tersenyum dan terus beritahu mr.hubby. Dia tersenyum dan berkata tak salah la kita keluar berdua.. kadang benar, kita suami isteri kekurangan waktu kualiti berdua disebabkan kesibukkan rumah tangga yang lain..
Alhamdulillah kami bahagia.. moga Allah terus memberkati bahtera rumah tangga kami!

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design