Showing posts with label shaklee National Conference. Show all posts
Showing posts with label shaklee National Conference. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

National Conferance shaklee : Hari memanjakan diri (day 1)

Ha.. hari ini rasa nak share pengalaman saya semasa menghadiri national conference tahun 2014 yang lepas.

National Conferance (NC) ini berlangsung selama 3 hari bermula 7 hingga 9jun lepas. Nc kali ini berbeza sedikit dari tahun tahun lepas
Kerana kali ini ia digabungkan dengan national trip shaklee.

Haaaaa pening ke? Td NC sekarang National Trip pulak.. National trip ini adalah salah satu kelebihan join ahli shaklee. Ini adalah hadiah percutian dalam Malaysia shaklee untuk penerima point sebanyak 350 uyk seorang. Kalau 700 point dpt untuk 2 orang.

Apa yang best sangat percutian yang diberi atau ditaja oleh shaklee ini?
♡percutian taraf 5 bintang
♡ ditaja sepenuhnya kira kita sediakan badan dan baju sahaja.. selebihnya dr bag sampai tuala semua ditaja oleh shaklee
♡ Layanan yang sangat istimewa
♡ terlalu banyak kejutan yang tidak disangka-sangka
♡ makan free yang best!! Hahaha ni penting

Nak dipendikkan cerita, National Trip kali ini di sunway hotel resort and spa sempena NC. Kami check in pada 7 jun dan check out pada 9jun. Kiranya dapat 3hari 2 malam la. Dan hari terakhir tu kami dapat tiket free masuk sunway lagoon yang berharga rm120 seorang. Siap dapat cash makan rm50 dan boleh refund. ;) Best!!

NC kali ini menyaksikan ribuan penerima anugerah dari shaklee. Jauh berbeza daripada NC yang saya pergi tahun lepas. NC tahun lepas saya hanya meraikan kejayaan upline saya iaitu Master Wan Fatihanum. Alhamdulillah NC kali ini saya dapat 4 anugerah. Tak pernah termimpi yang saya layak menang anugerah tahun ini. Masa saya dapat surat dari shaklee saya rasa bersyukur sangat dan saya rasa semua perit jerih saya pulun bersengkang mata kejar sales ribu ribu berbaloi dan terbayar.

Masa NC hari pertama kami berjumpa dengan upline, sideline dan downline dengan senyuman sampai telinga. Selama ini ukhuwwah yang terjalin selama ini hanya bertamu di dunia siber atau alam maya namun pada hari NC tersebut kami saling mengenali dan bertentang mata.
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah... Syukur je hadrat Allah SWT..

Hari pertama NC saya dapat 1 anugerah iaitu untuk personal group growth. Hari pertama lebih kepada kejayaan persendirian semua Shaklee Independant Distributor (SID)

Oklah rasanya dah lama berceloteh.. jika mommies nak tahu lebih lanjut atau nak join ahli shaklee, jomla sembang sembang dengan saya dengan cara sms atau whatsapp 0177164989 ye..

Wednesday, 11 June 2014

National Conference Shaklee Jun 2014

Lama menyepi dari mencoret sesuatu di sini..
Ada sedikit musibah yang melanda saya ketika saya baru nak berhenti kerja. Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik buat saya..
Saya syukur nikmat tak terhingga itu...
Kini saya bergelar seoarang ibu yang berkerjaya dari rumah.. atau bahasa orang putihnya work at home mom!! (WAHM)

Hanya seorang ibu yang memahami perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak anak dan keluar bekerja. Sentiasa terikat dengan jadual kerja dan lebih banyak masa di luar.. dan akhirnya saya memberanikan diri untuk membuat keputusan yang tidak pernah saya jangkakan sebelum ini!!
Syukur Ya Rabb..

Okla hari ini saya nak share tentang apa itu National Conference Shaklee. Kebetulan masih panas dan masih terasa aura NC yang baru beelangsung pada 7 hingga 9jun lepas.
Sewaktu saya join shaklee kira kira pada oktober 2012 yang lepas, saya hanya ingin berbisnes sampingan dan dengan kerjaya sebelum ini sebagai seorang doktor, tiada sebarang push factor untuk saya dapatkan duit lebih. Hidup saya cukup selesa. Alhamdulillah.
Saya memang minat berniaga dan adalah pengalaman beeniaga kecil kecilan di kolej dulu.
Sejak berkecimpung dalam shaklee, saya belajar mengenai perniagaan online. Saya mula kenal apa itu blog, saya mula pelajari apa itu page..dan akhirnya saya semakin seronok dan suka dengan apa yang saya lakukan.

Saya seorang doktor dan sesungguhnya dengan mengenali shaklee dan setelah mengamalkan shaklee saya dapati perubahan kpd kesihatan keluarga saya secara menyeluruh.
Keberkesanan serta keyakinan shaklee terhadap setiap produknya menyebabkan saya tidak teragak agak untuk berkongsi kebaikan tentangnya.

Pada saya mencegah lebih baik daripada merawat. Alhamdulillah ramai warga Malaysia yang tahu tentang kebaikan shaklee dan ramai juga yang tahu tentang peluang yang dibentangkan oleh shaklee.. seperti yang kongsikan di atas, saya sertai shaklee hanya untuk suka-suka. Maka saya memang tidak pernah terfikir untuk menang sebarang anugerah.

Pernah pada bulan april lepas mommy saya tanya tentang pembelian tiket NC.. Hati sy rasa saya akan dpt award, tp saya beli juga sekeping untuk back up. Akhirnya saya dapat email daripada shaklee yang saya telah dianugerahkan bukan 1 malah 4 anugerah tahun ini!! Dan saya layak penginapan hotel 5 bintang untuk 3hari 2malam.

Alhamdulillah..syukur rezekiMu ya Allah..
Dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..
Pengalaman manis yang luar biasa untuk insan biasa meraih kejayaan...
Kejayaan yang dikongsi bersama sama sahabat seperjuangan yang benar benar mahukan perubahan dalam hidup!
Dan NC tahun ini telah membuka mata saya seluas luasnya.. tentang peluang shaklee..
Ramai masters daripada masyarakat melayu dan sistem yang telus serta halal.
Tiada front loading.
Tiada head hunting.

Siapa usaha dia dapat!!
Ok tadi saya cakap 4 award dan penginapan 3hari 2 malam kan..
Rupanya saya dapat lebih lagi...
Saya dapat RM200 cash vouchers, RM100 elaun makan 2kali, Sebotol coq health, 8sachet collagen powder, 8 strip cinch tea mix, 8 strip nutreferon, tuala shaklee, beg shaklee, t-shirt muslimah, jemputan makan malam bersama CEO shaklee Roger Barnet, tiket masuk sunway lagoon dan saya memenangi sebotol GLA complex dan pill box untuk lucky Draw!!
Selain itu saya juga dapat sedikit cenderahati drpd upline dan sideline yang sama sama raikan kejayaan masing masing!

Sudah pastinya pengalaman majlis yang penuh aura positif yang mampu menginspirasikan sesiapa sahaja yang pergi serta kami balik dengan semnagat baru!!

Semangat untuk buat lebih, lebih lagi dan lebih baik lagi supaya saya dapat lebih banyaj award dan hadiah tahun hadapan!

Sesungguhnya shaklee bukan sahaja mengubah kesihatan sesoarang, malah shaklee mengubah kehidupan seseorang kepada kehidupan yang jauh lebih baik! Dan setiap persahabatan yang terjalin pada mulanya di alam maya, namun pabila bersua sungguh indah terasa ukhuwwah fillah tersebut!
Kerana kami semua saling memahami dan sentiasa bersama sama tika susah dan senang..

Terima kasih buat mommy shaklee ku wan fatihanum, sahabat #GBH master farhah, master fa, maria, fuzza, halilah, irnawati, dan ummi hanifah! Kalian yang sentiasa membakar semangat juangku!

Terima kasih kepada nanny lyna Noh serta apak zainul untuk semua tunjuk ajar.

Dan tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong usahaku daripada belakang..terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa disisi serta adik beradik yg selalu menyokong!!

InsyaAllah saya janji akan lakukan yang lebih baik tahun hadapan.. :)

Jom join shaklee di bawah empayar kami..
Hubungi saya 0177164989 ya.. insyaAllah saya bantu anda..

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design