Monday 22 April 2013

Bolehkah Senaman Menjadikan Kita Lebih Bijak?

Senaman boleh melambatkan proses penuaan secara fizikal mahupun secara mentalnya. Dalam satu kajian di Kanada terhadap perempuan berumur 65 tahun ke atas, terdapat perkaitan di antara senaman dan kesihatan otak. Mereka yang selalu bersenam aerobik memiliki penyaluran darak ke otak yang lebih baik berbanding mereka yang tidak bersenam. Saluran darah ke otak yang lebih baik membolehkan aktiviti memproses maklumat lebih laju. Bahkan mereka yang bersenam mendapat 10% skor lebih tinggi dalam ujian fungsi otak.



Kajian juga mendapati mereka yang rajin bersanam memiliki memori yang lebih kuat, mampu melaksanakan tugasan mental dengan lebih baik dan memiliki daya tumpuan yang lebih tajam berbanding mereka yang tidak bersenam.

Dalam artikel "Exercise: Working Out the Memory as Well as the Muscles" saintis mengesahkan bahawa senaman dapat meningkatkan daya ingatan dengan melancarkan saluran darah ke bahagian otak yang penting dalam memori iaitu bahagian hippocampus.
Jadi kepada anda di luar sana jom ambil kasut jogging masing-masing dan mari kita berlari beramai-ramai. Badan sihat otak cerdas.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design