Tuesday 24 June 2014

RELAKTASI - Memulakan penyusuan susu ibu yang sudah terhenti

As salam.. harap semua yang membaca blog saya sihat hari ni.. alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan satu cerita mengenai ibu kepada salah seorang pesakit saya.

Minggu lepas sewaktu di Klinik Barakah melaksanakan tugas, ada sepasang suami isteri muda membawa masuk anak comel mereka dengan tujuan ingin mendapat rawatan untuk masalah kulit anaknya.

Ketika itu anak comel tersebut baru berusia 4 bulan dan anak itu menghidapi masalah eczema. Eczema menyerang siapa sahaja terutama mereka yang ada sejarah asthma atau resdung.
Tetapi tahukah anda dengan penyusuan badan yang ekslusif anda mampu mencegah serta merawat eczema. Terbukti susu ibu terlalu banyak antibodi dan immunisasi natural buat bayi.

Nak ceritanya di sini ibu tersebut tidak lagi menyusukan anaknya kerana tiada susu. Kalau tidak silap saya menyusu selama sebulan sahaja kemudian campur susu formula. Saya pun apa lagi, peluang ada depan mata saya jadi saya pun sampaikan kebaikan penyusuan susu ibu dan kepentingan susu ibu dalam memastikan kesihatan anak serta kebolehan kita untuk relaktasi.

Apa itu RELAKTASI?? haaaa relaktasi ini maksudnya memulakan penyusuan susu ibu.
Ada dua konteks disini iaitu kepada ibu yang sudah bersalin dan menyusu serta kepada ibu yang mengambil anak angkat.
Hari ini saya nak fokus kepada ibu yang bersalin dan menyusu. Ibu ini berhenti menyusu dan memberi susu formula kepada anak seperti ibu kepada pesakit saya..
Boleh ke susu ibu keluar selepas kita berhenti menyusu? Ya boleh.
Yang penting ibu tersebut perlu tekad dan yakin akan kemampuannya menyusu susu ibu.
Ibu tersebut perlu berusaha untuk pump susu selang 2 hingga 3 jam sehari. Dan ibu boleh mengambil supplement kesihatan untuk mendapat tenaga serta keyakinan untuk menghasilkan susu. Selain itu ibu boleh mengambil pil maxolon atau domperidone untuk merangsang hormon prolaktin yang mana akan menghasilkan susu.
Semua ini tetap bergantung kepada konsep permintaan dan penghasilan atau 'demand & supply'. Maksudnya lebih banyak kita rangsang payudara atau kosongkan breast maka lebih banyak lagi susu yang akan dihasilkan.

Apa yang membuatkan saya gembira hari ini??
Petang tadi ibu kepada pesakit saya datang semula ke klinik dan saya tanya khabarnya.. alhamdulillah.. dengan pengambilan pil iaitu domperidone dan tekad yang kuat sudah membuahkan hasil susu semula. Dan permulaanya sedikit, namun saya tetap memberikan kata kata semngat buat beliau malah sempat saya pesan padanya untuk merekodkan semua hasil pump supaya kelak senang saya nak share dengan semua mommies diluar sana.. alhamdulillah dengan izin Allah ibu tersebut berjaya melakukannya..

Jadi anda juga berpeluang begitu. Pasti boleh.
Penyusuan susu ibu hanyalah berkenaan dengan kesungguhan dan tekad seorang ibu.
Jika anda fikirkan anda boleh maka anda memang boleh melakukannya.
Saya mohon semua mommies atau sesiapa sahaj yang membaca artikel ini, kita doakan ibu tersebut berjaya menyusukan anknya semula..
InsyaAllah jika diizinkan akan saya kongsikan kisahnya.

Ok oleh kerana dah cerita topik ni dan ramadhan pun hampir tiba.. bolehla saya sharekan supplement saat berpuasa.
Vita lea untuk tambah tenaga ibu di bulan puasa
Alfalfa untuk merangsang penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.
Vita c untuk memastikan kesihatan ibu kekal mantap
Ostematrix sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu
Esp protein tambahan untuk ibu menghasilkan susu
Performance drink utk ibu kekal bertenaga dan tidak terhidrasi atau rasa haus semasa puasa dan selepas pump.

Ibu juga boleh mengambil maxolon atau domperidone untuk merangsang penghasilan susu ibu yang merundum.

InsyaAllah disulam dengan pengambilan air yang berterusan serta doa dan zikir, pasti susu anda banyak.
Boleh hubungi saya Safuhah 0177164989 untuk pertanyaan dan pembelian produk shaklee atau breastpump eve love.

Monday 23 June 2014

Persediaan Bulan Ramadhan untuk Ibu Menyusu

Kurang 7 hari lagi semua umat islam akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.
Seperti ibu lain, saya juga teruja dengan kedatangan bulan penuh barakah ini.
InsyaAllah bulan pesta ibadah ini membentangkan pelbagai peluang untuk kita beribadah. Segala apa sahaja yang dilakukan niat kerana Allah pastinya mendapat pahala dr Allah SWT.

Begitu juga dengan ibu menyusu. Di bulan pesta ibadah ini kita juga tidak ketinggalan ingin berebut rebut meraih berkat dan pahala Allah SWT. Namun ada sesetengah ibu menyusu, ibu hamil dan dalam pantang masih gusar memikirkan kedatangan bulan puasa atau Ramadhan al mubarak ini. KENAPA?

Kerana kebanyakkan dari kita akan kehabisan tenaga sewaktu berpuasa dan inilah yang paling ditakuti oleh ibu diluar sana. Dan selalunya setiap kali menyusu atau pump susu kita semua akan rasa lapar dan kehabisan tenga. Bukan itu sahaja ditambah dengan cuaca El Nino ni.. lagila cepat terasa haus, letih lesu dan tidak bermaya.

Haaa... dalam entry yang lepas saya ada kongsikan tips di bulan ramadhan dengan suppl3men kesihatan shaklee. Alhamdulillah pengalaman sendiri mengamalkannya sewaktu berpuasa dan sarat hamil tahun lepas. Saya ambil esp sebelum tdo dan mealshake + performance drink sewaktu sahur. Memang bertenaga dan kurang lesu di siang hari.

Sebenarnya nak share hari ini saya mencipta satu resipi yang diidamkan oleh suami. Dah 2 kali suami ku cuba membuat banana + chocolate smoothies tapi kurang bernasib baik. Jadi hari ini saya cuba membuat utknya tetapi mengolah resipi sendiri. Dan sewaktu penyediaannya saya mendapat idea untuk menambah mealshake supaya bulan puasa nanti boleh dipelbagaikan..

Sya berikan nama smoothies ni ChocoNana smoothies
Bahan bahannya :
1setengah cawan susu segar
Sebiji pisang yang sederhana besar
1 cawan air
Setenagah cawan chocolate syraup (her ayes)
1 sudu besar mealshake

Ambil semua bahan tadi dan blenderkan sehingga hancur dan sebati. Sedia untuk dihidangkan sejuk.
Mula mula sy pun tak yakin and rasa agak pelik bila mendangar hubby bercerita. Lepas minum mmg lain badan urat dan sendi semua. P
Jom kita semvang sembang disini.0177164989

Sunday 22 June 2014

National Conferance shaklee : Hari memanjakan diri (day 1)

Ha.. hari ini rasa nak share pengalaman saya semasa menghadiri national conference tahun 2014 yang lepas.

National Conferance (NC) ini berlangsung selama 3 hari bermula 7 hingga 9jun lepas. Nc kali ini berbeza sedikit dari tahun tahun lepas
Kerana kali ini ia digabungkan dengan national trip shaklee.

Haaaaa pening ke? Td NC sekarang National Trip pulak.. National trip ini adalah salah satu kelebihan join ahli shaklee. Ini adalah hadiah percutian dalam Malaysia shaklee untuk penerima point sebanyak 350 uyk seorang. Kalau 700 point dpt untuk 2 orang.

Apa yang best sangat percutian yang diberi atau ditaja oleh shaklee ini?
♡percutian taraf 5 bintang
♡ ditaja sepenuhnya kira kita sediakan badan dan baju sahaja.. selebihnya dr bag sampai tuala semua ditaja oleh shaklee
♡ Layanan yang sangat istimewa
♡ terlalu banyak kejutan yang tidak disangka-sangka
♡ makan free yang best!! Hahaha ni penting

Nak dipendikkan cerita, National Trip kali ini di sunway hotel resort and spa sempena NC. Kami check in pada 7 jun dan check out pada 9jun. Kiranya dapat 3hari 2 malam la. Dan hari terakhir tu kami dapat tiket free masuk sunway lagoon yang berharga rm120 seorang. Siap dapat cash makan rm50 dan boleh refund. ;) Best!!

NC kali ini menyaksikan ribuan penerima anugerah dari shaklee. Jauh berbeza daripada NC yang saya pergi tahun lepas. NC tahun lepas saya hanya meraikan kejayaan upline saya iaitu Master Wan Fatihanum. Alhamdulillah NC kali ini saya dapat 4 anugerah. Tak pernah termimpi yang saya layak menang anugerah tahun ini. Masa saya dapat surat dari shaklee saya rasa bersyukur sangat dan saya rasa semua perit jerih saya pulun bersengkang mata kejar sales ribu ribu berbaloi dan terbayar.

Masa NC hari pertama kami berjumpa dengan upline, sideline dan downline dengan senyuman sampai telinga. Selama ini ukhuwwah yang terjalin selama ini hanya bertamu di dunia siber atau alam maya namun pada hari NC tersebut kami saling mengenali dan bertentang mata.
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah... Syukur je hadrat Allah SWT..

Hari pertama NC saya dapat 1 anugerah iaitu untuk personal group growth. Hari pertama lebih kepada kejayaan persendirian semua Shaklee Independant Distributor (SID)

Oklah rasanya dah lama berceloteh.. jika mommies nak tahu lebih lanjut atau nak join ahli shaklee, jomla sembang sembang dengan saya dengan cara sms atau whatsapp 0177164989 ye..

Friday 20 June 2014

Kenapa Susu Badan Kurang Walaupun Sudah Ambil Set Susu Shaklee?

Soalan ini sering saya terima daripada kebanyakkan kastemer... beli dengan semangat membara untuk meningkatkan penghasilan susu badan namun selepas mencuba masih tidak mendapat jumlah yang diingini..

KENAPA SITUASI SEPERTI INI BERLAKU?
Kerana seperti yang biasa dan sering saya katakan... penyusuan susu ibu ini perlu rangsangan. Dan rangsangan ini didapati daripada kesan hisapan bayi serta mengosongkan payudara dengan cara pump susu. Sekiranya proses ini tidak dipraktiskan maka susu ibu ini tidak akan terhasil walau banyak mana sekalipun anda mengambil supplement atau tukar tukar produk.

Mommies semua kena ingat bahawanya konsep ' Demand And Supply' ini amat penting dalam memastikan penghasilan susu yang berterusan.
Supplement atau milk booster adalah untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu serta memberikan mommies kesihatan yang lebih baik.
Yela.. mommies semua mesti sibuk menguruskan hal hal rumah tangga kemudian menyusukan anak pula.. banyak tenaga yang digunakan.
Tambahan pula, zaman ini pemakanan mommies tak sebaik atau sempurna pada zaman ibu ibu kita.. banyak pengawet dan tida sihat.
Maka dengan mengamalkan supplement kesihatan shaklee atau supplement penyusuan shaklee ini, maka secara tidak langsung membekalkan semua zat dan garam galian yang diperlukan oleh tubuh ibu dan seterusnya bayi.

Apabila mommies ceria dan bertenaga barulah boleh membentuk keluarga bahagia.. insyaAllah.
Kita hanya berusaha yang terbaik, selebihnya Allah tentukan.

Berbalik kepada soalan kita hari ini, iaitu kenapa susu saya kurang walau dengan pengambilan supplement shaklee ini, saya ingin berpesan dengan mommies kena kerapkan penyusuan dan pump susu ibu untuk mendapatkan susu ibu yang banyak...

Jom kita cabar diri.. kalau tak percaya cubala..
Boleh share komen anda dan hasil perahan di ruangan komen jika anda telah mencuba apa yang saya katakan. InsyaAllah saya akan pilih pemenang.

Tips utk berjaya:
1. Kerap menyusu atau pump susu sekurang2nya 2 hingga 3 jam sekali
2. Sentiasa minum air masak sekurang2nya 3liter
3. Merangsang penghasilan oksitosin dengan mood ceria dan sentiasa teringat ke anak
4. Mendapat sokongan dan dorongan suami
5. Sentiasa bersyukur dengan hasil perahan yang diterima pada hari tersebut.
6. Berfikiran positif
7. Mengamalkan pemakanan tinggi protein rendah lemak
8. Mengamlkan supplement shaklee :)

Sebarang pertanyaan tentang supplemen dan penyusuan susu ibu boleh sms atau whatsapp 0177164989.

Thursday 19 June 2014

Testimonial Set Pantang Shaklee: pengalamanku!

Dah lama sebenarnya nak sharing berkenaan pengalaman sy berpantang anak kedua bersama set pantang Shaklee.. alhamdulillah hampir 11bulan yg lepas sy melahirkan seorang puteri.
Genap jam 9.55pg pada 24julai2013 bersamaan 15 ramadhan, lahirla seorang puteri yang diberi nama Khadeeja El Hannan binti Muhammad Ibrahim.

xercestouch.blogspot.com


Sepanjang kandungan yang kedua ni saya mengamalkan set kehamilan shaklee iaitu vita lea, bcomp, ostematrix, omega, vita c dan esp. Hannan lahir pun dengan keadaan yang tembam dan gebu. Memang ramai yang sependapat yang Hannan mempunyai kulit yang halus,mulus,dan gebu.

Alhamdulillah kehamilan kali ini hampir serupa dgn yang lepas malah kali ini berat takdela macam.yang first dulu..lebih terkawal.

xercestouch.blogspot.com


Setelah melahirkan saya meneruskan set kehamilan yang mana mmg ada dlm set berpantang shaklee juga... cuma tambahan di sini ialah zinc complex, alfalfa serta lecithin selepas 40 hari.

Kenapa saya memilih set pantang shaklee?

1. Kerana shaklee semulajadi

2. Shaklee sudah berada dipasaran lebih 50tahun.

3. Supplemen shaklee berkesan memberi tenaga dan kecantikan kulit kepada saya.

4. Shaklee selamat utk bayi menerusi penyusuan susu ibu.

5. Shaklee lembut untuk perut.

Jom kita lihat apa yang setiap supplemen ni bertindak dalam fasa pantang:-

xercestouch.blogspot.com

1. Esp : Memberikan sumber tenaga yang berpanjangan selain daripada memberikan sensasi kenyang. Sesuai untuk di ambil oleh ibu-ibu yang ingin menguruskan badan dalam tempoh berpantang.

2. Vita lea : Terdiri dari multivitamin dan garam galian diperlukan oleh badan terutama dalam fasa penyembuhan selepas kehilangan banyak darah. Vita Lea juga mengekalkan tenaga untuk ibu berpantang supaya mampu MENYUSU dengan ceria dan tidak letih.

3. Bcomp : Bertindak pada saraf untuk memberi ketenangan emosi dan mental mengharungi fasa berpantang yang mencabar.

4. Sustained Release Vita C : Kaya dengan vitamin C semulajadi. Sebiji vita c bersamaan dengan 7 biji Oren! Vita C ni membantu dalam penghasilan kolagen yang juga amat penting dalam pembentukan tulang rawan, otot-otot dan tulang bayi. Selain itu dengan pengambilan vita c yang berterusan ia akan meningkatkan sistem immunisasi ibu dan bayi. 

5. Ostematrix : Ostematrix gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Pakej lengkap ini akan memudahkan penyerapan kalsium yang sangat penting untuk penghasilan susu Ibu kerana sumber kalsium sebahagiannya akan dialirkan kepada bayi melalui susu ibu. Kalsium akan menguatkan tulang ibu dan bayi serta memkatkan lagi susu ibu. Magnesium bertindak sebagai ajen pengangkut kepada kalsium untuk dibawa ke tulang supaya diserap. Vitamin D pula bertindak mmemudahkan penyerapan kalsium kedalam tulang. Jika tiada kalsium dan vitamin D, maka kalsium yang berlebihan akan berkumpul dan berisiko menjada batu karang. Selain daripada itu, kajian menunjukkan magnesium boleh bantu kurangkan MIGRAIN.  

6. Omega/lecithin : Omega bertindak untuk membakar lemak berlebihan dan secara tidak langsung membekalkan DHA yang diperlukan oleh bayi untuk merangsang perkembangan otak.
Lecithin adalah pengemulsi lemak yang paling effisyen.

7. Zinc complex : Mempercepatkan penyembuhan luka dan mengawal keguguran rambut sewaktu tempoh berpantang.

8. Alfalfa : Alfalfa merupakan RAJA HERBA yang sangat terkenal. Selain untuk kuruskan badan, ia lawaskan air kencing, detoks, mengangkut lemak, memlihara kesihatan wanita dan merangsang penghasilan susu ibu.

Secara keseluruhannya saya rasakan badan saya kembali cergas dalam tempoh masa yang singkat serta berat saya pun turun dalam masa 2bulan. Semasa hamil saya 94kg selepas 2bulan saya dah berjaya mencapai 80kg..
Memang banyak lagi nak turun kalau tengok angka tu.. tapi pada saya itu pun sudah banyak tambahan pula saya memang menyusu  kedua-dua anak saya ketika itu.

xercestouch.blogspot.com


Selepas hampir sebulan saya berehat, saya kembali aktif berbisnes online dan ketika itu memang macam lipas kudung. Alhamdulillah rezeki baby Hannan dengan menjadi ahli shaklee serta menjual breastpump.
Rezeki yang tiba mencurah-curah, alhamdulillah.

Kepada mommies yang berminat nak cuba rangkaian set berpantang shaklee boleh la hubungi saya Safuhah 0177164989 (sms/whatsapp) untuk konsultasi.

Kepada yang berminat nak join ahli shaklee pun boleh sms atau whatsapp saya.. sy akan bantu anda.

 

Wednesday 18 June 2014

Breastpump Flexi Eve Love: Cara pasang dan menggunakannya



Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Monday 16 June 2014

Kolesterol

Apa itu kolesterol?
Kenapa penting untuk kita tahu tentang kolesterol?

Kolesterol ialah bahan lemak kekuning kuningan  yang terdapat di dalam darah. Ia mempunyai peranan penting didalam fungsi tubuh pada bahagian sel khususnya:

Ia digunakan untuk menghasil dan memperbaiki membran sel tubuh.

Ia juga digunakan untuk penghasilan hormon seperti estrogen dan testeosteron.

Sebahgian besar kolesterol yang terdapat di dalam badan dihasilkan oleh hati. Bagaimanapun secara amnya 20 hingga 30 peratus daripada jumlah kolesterol didapati dari pemakanan kita. Jumlah kolesterol diukur didalam miligram bagi setiap 100milimeter darah.
Tahap normal berbeza di antara 150-250mg bagi setiap 100ml.

Secara amnya kolesterol terbahagi kepada 3
● low density lipoprotein (LDL)
● high density lipoprotein (HDL)
● trigliseride (TG)

JOM KENAL KOLESTEROL kemudian anda pasti faham kenapa kolestrol merbahaya kepada kita.

Jika anda ada masalah berkenaan kolesterol, boleh sms atau whatsapp saya untuk konsultasi serta cara menurunkan paras kolesterol anda!!

Sms atau whatsapp 0177164989

Sunday 15 June 2014

Peranan bapa dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Hari ini 15jun2014. Hari ahad. Selalunya hari ahad minggu kedua dalam bulan jun disambut sebagai hari bapa...

Dikesempatan yang ada saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah saya yang tersayang... pa tiada kata yang boleh menggambarkan kata kata terima kasih diatas segala nasihat dan sokongan pa! Sesungguhnya kami amat menyayangimu pa..
Semoga Allah merahmati kehidupan selepas ini dan semoga diberi kesihatan yang baik untuk beribadah!

Begitu juga kepada abah anak anak permata syurgaku.. selamat hari bapa abah!! Terima kasih sebab selalu tolong ummi urus kami 2 beradik.. kami sayang abah!! Luahan rasa daripada amru hannan yang ditafsir oleh ummi.. hihi..

Kedua hero hati saya ini merupakan penyokong serta memberi semangat saya dan ibu saya untuk menyusukan anak anak. Mereka memberikan segala apa yang kami perlukan dan yang paling penting mereka PERCAYA kami mampu menyusukan anak dengan susu ibu. Terima kasih pa and abg!!

Kepada semua bapa bapa diluar sana.. anda adalah juara dimata kami..andalah hero kami.. hari ini hanya simbolik namun kasih sayang dan rasa hormat kami akan berpanjangan insyaAllah..

Sempena entry ini saya nak share juga peranan seorang abah atau bapa dalam penyusuan susu ibu. Seorang bapa akan mengetahui yang terbaik buat anaknya dan sentiasa akan memberikan sokongan moral kepada si ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
Ibu sangat mengharapkan sokongan serta dorongan semngat daripada suaminya.
Seorang ibu juga perlukan semangat serta kata kata keyakinan yang ibu itu boleh menyusukan anaknya.
Bapa juga boleh membantu ibu ibu dalam melakukan tugasan harian supaya ibu lebih masa utk menyusu serta memerah susu.
Bapa boleh membekalkan ibu ibu dengan pemakanan yang berkhasiat supaya ibu kekal bertenaga untuk menyusukan anak. Contohnya memberikan supplement penyusuan shaklee.
Banyak lagi peranan dan tanggungjawab seorang suami atau bapa dalam memastikan kejayaan penyusuan susu ibu untuk 2 tahun.

Akhir kata dari saya selamat hari bapa dan teruskan penyusuan susu ibu untuk 2 tahun.

Jika ada pertanyaan tentang breastpump eve love atau supplement shaklee boleh terus sms atau whatsapp 0177264989.

Saturday 14 June 2014

Testimonial Sassy Eve Love (single electric pump)

Alhamdulillah berkesempatan untuk mencuba keluaran terbaru Eve Love iaitu Sassy breastpump.
Ia merupakan single heavy duty breastpump yang boleh digunakan menggunakan bateri ( double A 1.5v 4biji) atau power adaptor.

Setibanya stok dirumah saya, hati melonjak untuk mencuba.. yelah produk baru kan.. tak cuba kita tak tahu dan tak cuba juga kita tak boleh atau kurang selesalah nak terang kepada pelanggan.

Hampir kesemua produk Eve Love dan Shaklee saya akan cuba dan rasa sendiri sebelum saya kongsikan dengan pelanggan. Barulah pelanggan percaya kepada saya.. alhamdulillah :)

Ok sekali tengok sassy ni macam susah nak pasang dan guna, sebab die banyak spare parts jika dibanding dengan Flexi.. tetapi langkahnya sangat mudah dan sebenarnya senang je. Selepas saya pasang semua parts.. saya pun dengan tidak sabar mencuba breastpump ini..

1st impression sangat senyap compare to flexi. So kepada mommies yang mencari breastpump yang lebih senyap boleh beli Sassy ini.
Seperti biasa ia 'dual phase' dan lcd screen memand dah di set pada 30minit masa perahan. 2minit pertama merupakan fasa stimulasi dan pada minit ke 28 (count down) ia akan berubah ke expression phase. Seperti flexi 2minit pertama adalah rangsangan, so mommies memang tidak akan rasa kuasa ekspresi pump. Selepas fasa expresi barula mommies rasa hisapan pump dan boleh laras ikut kesukaan dan keselesaan payudara mommies.

Pada saya sama macam flexi kekuatan hisapannya. Dan sangat mesra payudara terutamanya silikon padnya yang lembut dan tidak menyakitkan.

Kesimpulan yang saya buat setelah 30minit dan hasil 9oz perahan, saya puas hati dengan breastpump sassy dan saya akan cadangkan kepada mommiea yang tak berapa ada bajet nak beli flexi beli sassy.

Saya lebih suka jika sassy juga dipakai bersama bustier. Sebab ianya handsfree.. insyaAllah saya akan keluarkan set berkenaan.

Jom beli breastpump Sassy Eve Love pada harga RM279 percuma 10helai storage bottle , 2 storage bottles dan free postage semenanjung.

InsyaAllah mommies tidak akan kecewa :)

Terima kasih Cinch Energy Tea Mix!! Shopping raya penuh tenaga!

Baru berkesempatan nak update blog hari ini.
Hari ini unplanned shopping raya.
Baru tersedar dari lamunan..
Baru teringat lagi 2 minggu nak puasa dah mommies... dah habis ganti belum?? Oppss peringatan untuk diri sendiri.. :)

Oleh kerana hari ini hari cuti dan kebetulan ada urusan di KL, saya mengambil keputusan untk shopping baju raya amru dan hannan. Abahnya kerja hari ini, jadi saya perlukan tenaga luar biasa untuk mengawal dua kanak kanak riang ini.. alhamdulillah saya berjaya.

Pagi tadi lepas breakfast sy ambil cinch tea energy mix saya.. gabungan 3 teh iaitu teh hijau, teh merah dan teh putih memang membekalkan tenaga yang lebih kepada saya. Tiada lagi istilah Kopi atau nescafe dlm hidup saya.

Saya jatuh cinta dengan cinch tea ini, sudahlah bebas caffeine,  baik untuk perut, tingkatkan tenaga, kurangkan kolesterol, kecantikan kulit, tingkatkan metabolisma dan macam macam lagi kelebihan gabungan 3 teh ini.

Mommies semua boleh cuba dan amalkan ia dalam makanan seharian...

Akhirnya jam 6.45ptg kami tiba di rumah dengan amru dan hannan mendapat baju raya dan mereka happy keluar dengan ummi!!!

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT.. saya bertenaga menguruskan mereka yang aktif seharian, dan mampu mengawal perasaan marah serta bersabar dengan karenah mereka..
Merekala penyeri hidup kami.. :)

Nak order shaklee?? Jom sms atau whatsapp 0177164989 atau jom join ahli untuk dapatkan harga promosi..

Friday 13 June 2014

WAHM atau ibu bekerja dari rumah : Realiti dan Fantasi

Pada 31 Mei lepas, sy meletakkan jawatan saya sebagai seorang pegawai perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah setelah genap 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Ramai yang agak terkwjut dan terkilan serta sedih dengan keputusan yang saya buat namun saya rasa inilah keputusan yang terbaik buat anak anak saya.

Di kala saat ini ramai antara teman teman satu universiti dahulu berebut rebut menduduki peperiksaan Master utk menjadi pakar perubatan. Ya ia merupakan angan nganku jua dahulu, ketika tiada amru dan hannan dalam hidupku.

Mungkin ada sebilangan mereka mereka diluar sana yang fikirkan sy mencari kerja yang lebih senang dan tidak tahu bersyukur dengan apa yang saya ada.. Hakikatnya saya mencari KEBEBASAN, KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN yang mana saya lebih nampak dengab berniaga. Ya sudah 2minggu saya dirumah sudah macam macam nikmat yang saya rasa..
Anak anak membesar sihat dan ceria di depan mata.

Jika anak sakit macam amru hari ini, saya tidak perlu lagi memikirkan hal untuk beritahu boss tentang kelewatan atau ketidak hadiran saya bertugas, saya boleh sentiasa berada disamping amru, boleh pantau 24jam tanpa rasa gelisah.. Ibu mana yang mampu melihat anaknya sakit.

Walaupun kadang duduk dirumah atau bekerja dari rumah bukanlah semudah yang diimpikan..bahkah realitinya lebih sukar dan menggunakan lebih banyak tenaga.. saya akan bangun seawal yang boleh utk menyiapkan semua kelengkapan anak anak sebelum anak anak bangun dan selepas mereka tidur, saya masih berjaga untuk meneruskan perniagaan online saya..
Alhamdulillah saya syukur nikmat Allah SWT beri dan saya betul betul gembira dengan apa yang saya dapat hari ini..

Jika kerja dengan kerajaan gaji masuk cukup bulan 25 haribulan.. tidak kira la ita sakit ke atau kita bersenang lenang di supermarket waktu kerja atau tidur di ofis, jumlahnya tetap sama...
TETAPI jika bekerja dari rumah, anda kena ada target dan hala tuju sendiri.. jika target terkeluar dari landasan maka kurangla gaji atau pendapatan bulan tersebut..

Anda usaha anda dapat.. nikmatnya pendapatan.. setiap duit adalah perih jerih sendiri.. :)

Jom join saya berniaga dari rumah.. saya bantu anda..
InsyaAllah pasti boleh mendapat pendapatan lumayan.. :)

Sms atau whatsapp 0177164989.

Sassy Eve Love : single heavy duty electric pump

Alhamdulillah dengan izin Allah syarikat Eve Love telah melancarkan beberapa produk terbaru mereka pada awal jun lepas..

Yang pertama ialah Sassy Eve Love!
Merupakan single electric breastpump yang boleh digunakan utk kegunaan maksimum atau 'heavy duty'

Apa yang menariknya Sassy Eve Love berbanding dengan breastpump lain di pasaran??
♡♡ ringan dan mudah alih
♡♡ di olah serta diinovasikan oleh pakar laktasi
♡♡ didatangkan dengan silikon pad untuk memberikan keselesaan kpd payudara semasa perahan berlangsung
♡♡ boleh digunakan menggunakan power adaptor (electrik) atau kuasa bateri
♡♡ mempunyai teknik ekspresi serta stimulasi mimik hisapan semulajadi bayi
♡♡ kuasa perahan yang kuat tetapi cukup selesa kepada payudara dan boleh mengosongkan payudara
♡♡ didatangkan dengan lampu dan screen lcd yang mana mommies boleh tengok kuasa ekspressi, masa perahan dan tempoh.
♡♡ bahan bahan daripada jenis BPA free
♡♡ rekaan dan bentuk yanb menarik dan comel.

Harga satu set RM279.
Jika mommies beli dengan saya, saya beri percuma 10 helai storage bag + 2biji storage bottle dan free postage semenanjung.

SEMUA DI ATAS PADA RM279 SHJ.
Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah boleh sms atau whatsapp 0177164989.

Thursday 12 June 2014

Phytocol-st produk terbaru shaklee

Pada 8jun lepas shaklee telah pun melancarkan produk terbaru mereka iaitu Phytocol-st.
Phytocol-st shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari.

Lebih daripada 80kajian klinikal telah dilakukan terhadap phytocol-st ini yang membuktikan dengan pengambilan 2000mg fitosterol boleb menurunkan paras LDL-kolesterol kita.

Kalau mommies nak tahu kolesterol yang ada dalam badan ni terdiri daripada 2 jenis.. High Density lipoprotein (HDL) dan Low Density lipoprotein (LDL). HDL ini kolesterol baik dan LDL ni kolesterol jahat. Jadi kita kena pastikan kadar LDL sentiasa kurang drpd kadar HDL. Semakin banyak HDL adalah semakin baik kesihatan kita.

Mungkin next entry saya share tentang koleaterol ye..

Fitosterol dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan ditemui dalam membran sel tumbuh tumbuhan. Ia juga ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah buahan, sayur sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan kita?
Institut kesihatan kebangsaan amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

Bilakah masa yang sesuai untuk kitamengambil phytocol-st shaklee?
Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan iaitu 2biji sekali makan 2 kali sehari selepas makan.

Bolehkah kita mengambil Phutocol-st shaklee dan Omega Guard Shaklee pada masa yang sama?
Ya. Tiada sebab kenapa kita tidak boleh mengambil kedua dua produk ini demi menjaga kesihatan kita. Kita juga boleh mengambil CoQ Health plus shaklee untuk lebih mengoptimumkan manfaat Phytocol-st shaklee.

Adakah produk phytocol-st sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi sahaja?
Phytocol-St shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Pilihan ada di tangan anda!!
Untuk mendapatkan 2000mg fitosterol, pertimbangkan dahulu makanan yang anda perlu ambil setiap hari iaitu:-
A. Phytocol St
B. 200 biji lobak merah sehari
C. 70 keping roti gandum sehari
D. 425 biji tomato sehari

Semestinya saya pilih A. :)

Yang paling penting Phytocol St ini bebas pewarna, tiada tambahan pengawet, perisa atau pemanis dan ianya bebas gluten serta HALAL!

JOM TURUNKAN KOLESTEROL HARI INI..
sms atau whatsapp 0177164989 utk tempahan.
Cod shah alam/klang/setia alam
Pick up : taman seri andalas klang.

Wednesday 11 June 2014

National Conference Shaklee Jun 2014

Lama menyepi dari mencoret sesuatu di sini..
Ada sedikit musibah yang melanda saya ketika saya baru nak berhenti kerja. Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik buat saya..
Saya syukur nikmat tak terhingga itu...
Kini saya bergelar seoarang ibu yang berkerjaya dari rumah.. atau bahasa orang putihnya work at home mom!! (WAHM)

Hanya seorang ibu yang memahami perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak anak dan keluar bekerja. Sentiasa terikat dengan jadual kerja dan lebih banyak masa di luar.. dan akhirnya saya memberanikan diri untuk membuat keputusan yang tidak pernah saya jangkakan sebelum ini!!
Syukur Ya Rabb..

Okla hari ini saya nak share tentang apa itu National Conference Shaklee. Kebetulan masih panas dan masih terasa aura NC yang baru beelangsung pada 7 hingga 9jun lepas.
Sewaktu saya join shaklee kira kira pada oktober 2012 yang lepas, saya hanya ingin berbisnes sampingan dan dengan kerjaya sebelum ini sebagai seorang doktor, tiada sebarang push factor untuk saya dapatkan duit lebih. Hidup saya cukup selesa. Alhamdulillah.
Saya memang minat berniaga dan adalah pengalaman beeniaga kecil kecilan di kolej dulu.
Sejak berkecimpung dalam shaklee, saya belajar mengenai perniagaan online. Saya mula kenal apa itu blog, saya mula pelajari apa itu page..dan akhirnya saya semakin seronok dan suka dengan apa yang saya lakukan.

Saya seorang doktor dan sesungguhnya dengan mengenali shaklee dan setelah mengamalkan shaklee saya dapati perubahan kpd kesihatan keluarga saya secara menyeluruh.
Keberkesanan serta keyakinan shaklee terhadap setiap produknya menyebabkan saya tidak teragak agak untuk berkongsi kebaikan tentangnya.

Pada saya mencegah lebih baik daripada merawat. Alhamdulillah ramai warga Malaysia yang tahu tentang kebaikan shaklee dan ramai juga yang tahu tentang peluang yang dibentangkan oleh shaklee.. seperti yang kongsikan di atas, saya sertai shaklee hanya untuk suka-suka. Maka saya memang tidak pernah terfikir untuk menang sebarang anugerah.

Pernah pada bulan april lepas mommy saya tanya tentang pembelian tiket NC.. Hati sy rasa saya akan dpt award, tp saya beli juga sekeping untuk back up. Akhirnya saya dapat email daripada shaklee yang saya telah dianugerahkan bukan 1 malah 4 anugerah tahun ini!! Dan saya layak penginapan hotel 5 bintang untuk 3hari 2malam.

Alhamdulillah..syukur rezekiMu ya Allah..
Dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..
Pengalaman manis yang luar biasa untuk insan biasa meraih kejayaan...
Kejayaan yang dikongsi bersama sama sahabat seperjuangan yang benar benar mahukan perubahan dalam hidup!
Dan NC tahun ini telah membuka mata saya seluas luasnya.. tentang peluang shaklee..
Ramai masters daripada masyarakat melayu dan sistem yang telus serta halal.
Tiada front loading.
Tiada head hunting.

Siapa usaha dia dapat!!
Ok tadi saya cakap 4 award dan penginapan 3hari 2 malam kan..
Rupanya saya dapat lebih lagi...
Saya dapat RM200 cash vouchers, RM100 elaun makan 2kali, Sebotol coq health, 8sachet collagen powder, 8 strip cinch tea mix, 8 strip nutreferon, tuala shaklee, beg shaklee, t-shirt muslimah, jemputan makan malam bersama CEO shaklee Roger Barnet, tiket masuk sunway lagoon dan saya memenangi sebotol GLA complex dan pill box untuk lucky Draw!!
Selain itu saya juga dapat sedikit cenderahati drpd upline dan sideline yang sama sama raikan kejayaan masing masing!

Sudah pastinya pengalaman majlis yang penuh aura positif yang mampu menginspirasikan sesiapa sahaja yang pergi serta kami balik dengan semnagat baru!!

Semangat untuk buat lebih, lebih lagi dan lebih baik lagi supaya saya dapat lebih banyaj award dan hadiah tahun hadapan!

Sesungguhnya shaklee bukan sahaja mengubah kesihatan sesoarang, malah shaklee mengubah kehidupan seseorang kepada kehidupan yang jauh lebih baik! Dan setiap persahabatan yang terjalin pada mulanya di alam maya, namun pabila bersua sungguh indah terasa ukhuwwah fillah tersebut!
Kerana kami semua saling memahami dan sentiasa bersama sama tika susah dan senang..

Terima kasih buat mommy shaklee ku wan fatihanum, sahabat #GBH master farhah, master fa, maria, fuzza, halilah, irnawati, dan ummi hanifah! Kalian yang sentiasa membakar semangat juangku!

Terima kasih kepada nanny lyna Noh serta apak zainul untuk semua tunjuk ajar.

Dan tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong usahaku daripada belakang..terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa disisi serta adik beradik yg selalu menyokong!!

InsyaAllah saya janji akan lakukan yang lebih baik tahun hadapan.. :)

Jom join shaklee di bawah empayar kami..
Hubungi saya 0177164989 ya.. insyaAllah saya bantu anda..

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design