Thursday 14 March 2013

Mudahnya Bercinta Kerana Allah!


Alhmdulillah semalam merupakan hari bersejarah kami.. Pada tarikh yang sama tahun 2010 kami diijabkabulkan..sungguh indah saat itu..

Kini kami bertiga nak masuk empat Julai nnt..alhamdulillah ;)

Kami sambut sekali ulangtahun hubby yg jatuh pd 11march..
Dengan berlampukan lampu pendaflour,mkn mlm kami bertemakan sajian barat, sgt membuka selera hubby dan amru.. Sgt gembira dan bersyukur tidak terhingga!terima kasih ya Allah..
Oleh kerana saya masih dalam mood romantik and gembira, saya nak share tips-tips berkasih sayang sesama suami isteri. Sy pernah terbaca satu artikel tentang cara mudah bercinta dgn pasangan..

1.Masakan kegemaran

Air tgn yg dimasak bersama zikrullah serta di rencahkan pula dgn doa dan kasih syg pastinya akan menambat hati pasangan kita.

2. Memberikan Pujian

Siapa yang tak suka dipuji? Lebih-lebih lagi yang memuji itu orang yang kita sayang.. Selalula memuji pasangan anda. Ini akan membuatkan kita dan pasangan saling menghargai satu sama lain.Tapi ingat jangan pulak berlebihan atau pun menipu. Pujila seikhlas hati ! ;)

3. Hargailah Pasangan Anda

Hargailah segala sesuatu yang telah dilakukan oleh pasangan anda. Contohnya dengan mengucapkan 'terima kasih sayang' atas apa yang telah dia lakukan. Walaupun ia mudah namun cukup meninggalkan kesan di hati pasangan lagi-lagi kalau disulami ciuman kasih sayang atau hanya sekadar senyuman indah.

4. Berilah Kejutan

Berilah kejutan yang tidak mudah dilupakan, misalnya dengan membuat sesuatu yang amat disukai oleh pasangan. Contohnya menyediakan sebuah majlis mkn malam berdua yang sangat romantis. Ataupun membawanya pergi bercuti ke tempat-tempat yang disukainya.

5. Jujurlah Pada Pasangan

Jika kita tidak suka pasangan berbohong dengan kita, maka kita pun perlula jujur dengan dia. Kalau sesuatu perkara tu sukar untuk dilafazkan, guna kaedah canggih masa kini iaitu sms/whatsapp/atau mungkin tulis di kertas. Dengan ini kita melatih diri dan pasangan untuk bersikap telus dan tiada rahsia sesama sendiri.

6. Sentiasa Beribadah bersama/jemaah

Selalu amalkan solat jemaah bersama pasangan. Kerana dengan secara tidak langsung setelah usai solat, kita akan bersalam dan cium pasangan. Jadi sekiranya sebelum itu kita ada bermasam muka/tinggi suara, waktu bersalam tu akan lembut hati masing-masing dan mudah sahaja mulut meminta maaf dan memaafkan..

7. Melakukan Aktiviti bersama

Mungkin zaman sekarang ni kita terlalu sibuk dan masa itu susah untuk di luangkan bersama. Namun aktiviti seharian kita seperti makan mlm/pg/tghr atau waktu solat atau pergi pasar atau berjogging tu bolehla dilakukan bersama-sama.


Akhir bicara moga kasih sayang sesama kita terjali erat sampai ke syurga. Dan khas buat suamiku yang tersayang, sesungguhnya 3 tahun yang sangat bermakna dan bahagia membahagiakan..alhamdulillah..terima kasih abang!! :)



ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design