Sunday 19 January 2014

Pabila dapurku berasap: Grilled salmon and cod with honey mustard souce and saute' broccolli!

Hi mommies..

Apparently my hubby tak lalu makan nasi lepas balik keje.. mungkin terlalu letih and sampai rumah dah agak malam..selalunya lepas maghrib..



Ala.. sebenarnya abang risau gemuk..sbb ramai cakap abang dah berisi sikit.. :)
Jadi setiap hari la kena fikir juadah bukan dari range nasi dan lauk pauk..
Dah selalu sangat mkn pasta/goreng/sup/steak etc.. so terfikir nak makan ikan pulak.
Apa lagi..time lunch hour..cepat-cepat la ke aeon bukit tinggi membeli ikan.. sampai sampai ikan salmon and ikan kod sebelah menyebelah..teringat baby hannan nak start makan dah isnin ni..beli ikan kod utk anak anak and salmon buat kami...tapi bila sampai rumah mr.hubby tgk ikan kod and saya pun terfikir nak rasa..sbb selama ni pernah dengar cod's liver oil je..
www.facebook.com/breastpumpevelove

www.facebook.com/breastpumpevelove
ni la rupa kepingan ikan KOD


Lepas usai solat asar terus je perap ikan dengan cajun herbs dari master foods.. actually belajar dari my aunty.. dah 2 kali buat grilled fish dgn cajun herbs ni..mmg alhamdulillah sedap..manis ikan dan lemak terpelihara. Sesuai juga untuk ayam.. just sapukan rata di atas permukaan dan biarkan..
Ok sy tulis la resipi saya ni..ciptaan sendiri tau..suka suka hati..masak with iman..ecece tiru chef amar pulak..

Bahan perapan ikan
2 keping salmon
Cajun herbs
Disapu pada ikan dan diperap

www.facebook.com/breastpumpevelove
Add caption

www.facebook.com/breastpumpevelove


Bahan sos.

2sudu besar mustard seeds (master foods)
2sudu kecil madu
Secubit garam
Secubit pepper
Air perahan lemon separuh
2biji atau sebiji cili padi di hancurkan..ikut selera pedas masing masing.
Bancuh semua dan sejukkan

www.facebook.com/breastpumpevelove

Bahan saute' broccolli

Sepokok sederhana brocolli
Seulas bawang putih hancur lumat
2sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah
Tumis bawang putih dan letak sos tiram serta brocolli yang sudah dipotong. Tuang sedikit air..tutup seketika..sekejap je..jangan lama nnt holang warna hijau dia..rasakan dgn garam dan pepper.

Ok sekarang bila nak makan boleh panaskan pemanggang dan panggang ikan sehingga masak. Saya pan fried je.. lepas tu buat plating ikut suka hati..
www.facebook.com/breastpumpevelove
Tadaaaaa nila Grilled cod with honey mustard sauce!

www.facebook.com/breastpumpevelove
Ni pulak Grilled Salmon with honey mustard sauce!


Jangan lupa masa masak zikir la dan selawat ke atas nabi..serta gaul lawan arah jam..insyaAllah pasti sedap. Moga hidangan yang dimakan memberi tenaga untul beribadah.
Selamat mencuba!

Apa-apa pun jika ada persoalan berkenaan penyusuan susu ibu boleh kemukakan soalan ke 0177164989 (safuhah). 

p/s: nak baca baby led weaning..nak try ke hannan esok!

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design