Thursday 21 March 2013

Diet Atkins Cara Terbaru Untuk Kurus!!-Bahagian Pertama

Diet Atkins??

Saya mengenali Diet Atkins daripada seorang kawan semasa menuntut di kolej perubatan dahulu. Kawan saya ini memperkenal, mengamalkan diet Atkins dan mengakui keberkesanannya.

Prinsipnya mudah. Menukarkan badan daripada menggunakan karbohidrat sebagai tenaga kepada lemak. Ini bermakna lemak akan dibakar untuk membekalkan tenaga. Lebih banyak lemak dibakar lebih kuruslah anda.
fat
Tetapi sebelum badan dapat menggunakan lemak sebagai tenaga, kesemua karbohidrat dan simpanannya perlu digunakan. Maka terbitlah idea 4 fasa pemakanan berdasarkan tahap penggunaan karbohidrat (carb.) dan lemak.

Semasa anda mengamalkan diet atkins anda akan mengambil makanan seperti biasa malah anda dibenarkan mengambil ayam goreng dan makanan lain yang berlemak tetapi di'haram'kan sama sekali menjamah makanan berunsurkan karbohidrat.

Ini bermakna anda boleh makan daging burger sahaja tanpa rotinya, makan lauk pauk tanpa nasi, makan topping piza tanpa roti piza.
burger without bun

Apabila sumber karbohidrat anda makin berkurangan badan akan mula menggunakan sumber tenaga yang lain seperti lemak dan protein. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Segala lemak-lemak yang berkumpul dalam badan akan dibakar untuk ditukar kepada tenaga. MUDAH BUKAN?

Saya bercerita panjang tentang diet Atkins ini tapi saya tidak mengamalkan sepenuhnya disebabkan faktor sy masih menyusu Amru. Saya buat diet ini time malam jer iaitu tak makan nasi dan hanya makan sayur seta protein..Perbezaan?? Saya tak timbang tapi mak ayah, nenek atok dan sahabat ada menegur sy sedikit kurus...TETAPI suami saya berjaya menurunkan berat badan 5kg lepas mengamalkan diet atkins selama sebulan. Beliau bukan pengamal atkin tegar tetapi mengamalkan secara sambilan. Nasi dikurangkan portion. Makan nasi sekali sehari je masa lunch. Malam makan lauk! Minum air banyak. Rajin berjoging.







jogging
InsyaAllah

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design