Tuesday 4 June 2013

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada BAYI!

Faedah Penyusuan Susu Ibu 

Lama menyepi dari 'sharing' info menarik dalam blog ini. Di sebabkan kesibukan masa dan keadaan fizikal yang semakin sarat membataskan banyak perkara. InsyaAllah akan rajinkan diri ini semula untuk buat entry. Alhamdulillah saya di beri kesempatan untuk mengikuti Seminar dan Bengkel Penyusuan susu ibu anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sabtu lepas di Hotel De Palma Ampang.. kursus yang padat dan sarat dengan ilmu-ilmu penyusuan..insyaAllah akan dikongsikan sedikit demi sedikit.
Semua fakta yang sy beri berdasarkan sumber dari pusat Laktasi Kebangsaan.


Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6bulan ke atas.

Susu Ibu: 

  • Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
  • Melindungi bayi anda dari infeksi
  • Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • Mengurangkan risiko Juvenile-onset diabetis, dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini
  • Membantu dalam peredaran darah
  • Mengurangkan kadar obesiti di lewat usia
  • Sedia diminum dan menepati keperluan bayi

Risiko Bayi yang tidak Diberi SUSU IBU : 

  • Necrotising Enterocolitis dikalangan bayi yang dilahirkan pramatang
  • Jangkitan pada saluran pernafasan seperti batuk selsema, jangkitan pada usus seperti cirit birit dan jangkitan pada saluran kencing
  • Alahan pada kulit seperti eczema 
  • Tahap perkembangan dan pencapaian pendidikan yang agak rendah
  • Mendapat jangkitan telinga  (Otitis Media)
  • Obesiti di usia kanak-kanak
  • Mengalami Juvenile Onset Insulin Dependant Diabetis Mellitus dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini
  • berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung pada usia yang lebih muda
  • Kematian bayi dan kanak-kanak di usia muda

Akhirnya kesimpulan yang dapat sy ulas ialah walau apa pun kelebihan susu ibu, kelebihan yang paling utama ialah 'BONDING' atau kasih sayang yang terbina antara ibu dan anak tersebut tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit! Kajian menunjukkan anak-anak yang menyusu badan akan lebih akrab bersama ibunya sehingga mereka tua. Ya Allah indahnya anugerah seorang ibu.
Maka menyusulah anak-anak amanah Allah ini sehingga 2 tahun.

Anda boleh berhubung dengan saya terus untuk konsultasi penyusuan susu ibu ini..insyaAllah saya bantu yang termampu dengan ilmu yang saya ada...ayuhhhh semarakkan breastfeeding!!

Penyusuan ibu itu FITRAH penyusuan ibu itu SUNNAH!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design