Sunday 27 April 2014

Menarik Sangat Ke Sabah? Day 1

Kundasang!!! Adalah destinasi wajib pergi semua pengunjung yang bercuti ke Sabah! Kami  juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan panorama alam yang indah ini..
Perjalanan percutian kami di sabah hari ini adalah menuju kundasang. Kundasang ni ala ala cameron jika di semenanjung. Kami gerak dah dlm pukul 8pagi dan tiba di kundasang jam 12tghr. Sebenarnya takdela jauh sangat dalam 2jam je, tapi hari ni jalan jam sebab ada road block. 
Sepanjang perjalanan menuju kundasang kami melintasi beberapa buah daerah iaitu tamparuli, pekan nabalu dan akhirnya kundasang sebelum ke ranau.
Setibanya di kundasang jam pkl 12 tghr jadi belum boleh check in, kami terus ke pekan ranau. Di kundasang ni susah nak jumpa kedai makan halal. Jadinya kami ke ranau untuk makan tengahri.
Selesai makan kami bergerak ke Poring Hot spring. Di sini ada kolam air panas yang telah dialirkan kepada beberapa biji kolam persendirian. Ada juga rock pool dan mini taman tema. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke tempat ini ialah rm3 seorang dewasa dan kanak kanak 7 tahun percuma. Ramai pelawat yang datang ke sini untuk merehatkan badan dan minda selain menikmati terapi air panas.

Setelah selesai berendam kaki, kami menuju ke kg. Luanti fish massage. Ha... tempat ni paling kami enjoy hari ini!! Pengalaman baru buat kami semua. Di sini pengunjung perlu bayar rm3 dewasa untuk sekali masuk. kat sini kami semua di tunjukkan tempat ikan kelah ini suka duduk dan sangat manja. 

Sebaik sahaja kaki memijak air, ikan ikan kelah yang sangat mesra terus menyapa dan mencium kaki kami serta menghisap daki daki kaki kami. Perasaannya? Sesungguhnya saya amat geli tapi hannan berani dan relax. Gelak gelak die main air.. Amru pula berani dari jauh sahaja. Cuma boleh duduk sini selama 15 minit sahaja. Apa pun pengalaman yang sangat berharga dan kami semua gelak sampai terbatuk batuk melihat aksi masing-masing. ;)
Setelah bersiap siap lepas mandi kami bergerak pula ke sabah tea. Sabah tea ini sebenarnya ladang teh macam boh cameron tu... alhamdulillah pemandangan yang memukau.. tapi cameron lagi cantik dan nyaman. Mungkin kerana jenis teh yang berbeza. Di sini jalan nak ke ladang dan restoran ni sangat mencabar. Orang yang tak loya pun boleh loya. Sempatla minum teh panas serta kuih untuk minum petang. 

Jam dah pkl 5lebih hampir 6 ptg. Masa untuk bergerak pulang ke hotel untuk berehat.
Kami menginap di kinabalu pine resort. Bestla, cantik.. yang paling best bukan sekadar dpt breakfast free tapi mereka bagi dinner free lagi and lauk pun banyak!
Secara keseluruhan, kami sangat puas hati ;)
Okla letih ni.. esok sambung!

Saturday 26 April 2014

Percutian tip top!!

Morning... hari ni bersiaran dari kota kinabalu sabah bah...
Alhamdulillah sejak join shaklee ni, ada je rezeki lebih...boleh la bawa family jalan jalan...
Alhamdulillah.. ramai dah merasa bonus 4 5 angka setiap pertengahan bulan.
Hari ni nak share supplement yang saya bawak ketika bercuti.. almaklumla ibu kena bertenaga untuk urus anak anak.. dan anak anak pun kena pastikan kesihatan tip top alhamdulillah..
Takdela merengek sepanjang perjalanan..

Saya bawa
1. Vita lea utk tenaga segera yang berpanjangan
2. Herbalax untuk sistem pelawasan..sebab selalunya akan sembelit sebab bukan toilet sendiri..
3. Sr vita c untuk immun sistem ibu dan anak
4. Carotomax untuk penjagaan mata saya.
5. Nutreferon untuk memastikan kesiahatan dan immun anak anak mantap.

Moga perjalanan kali Ini dimudahkan Allah dan kami ceria dan kekal sihat..

Nantikan perkongsian seterusnya :)

Segala pertanyaan tentang supplement shaklee boleh hubungi saya 0177164989!!

Thursday 24 April 2014

Menyusu sebelah pada satu masa.

Mommies semua.. gambar di bawah ni merupakan pertanyaan daripada kastemer yang membeli breastpump eve love dari saya.

Sebenarnya kandungan dalam susu ibu sendiri terbahagi kepada yang utama 2 iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk ni mengandungi lebi cecair maka bila anak baru minum cukup untuk menghilangkan dahaga mereka.

Yang kedua ialah Hindmilk. Hindmilk ni lebih dikenali sebagai susu pekat atau susu akhir. Jika mommy semua perasan susu yang dipump keluar lepas seketika akan terbahagi kepada 2 lapisan.. selalunya yang terapung tula lemak susu...
Kalau tak pun bila kita pump mula mula keluar macam air shj..lepas tu baru kita perasan susu makin pekat warnanya dan lebih kepada warna sebenar susu...itula foremilk.
Susu hindmilk utk tambahkan berat memberi tanga bakar yang berpanjangan.
Ok berbalik kepada soalan kastemer saya.sebernya cara tersebut salah la. Kita kena bagitahu dia bahawasanya anak tidak dpt nutrisi yang memadai. Lebih baik diberikan sebelah sahaja smbil tiap kali minum.. biar die minum sebelah sahaja baru bayi akan dapat khasiat hindmilk sampai besar.

Sebarang pertanyaan mengenai supplement shaklee atau penyusuan susu ibu boleh sms whatsapp 0177164989

Wednesday 23 April 2014

Bahaya kekurangan PROTEIN dalam badan kita!

Selamat sejahtera kepada pengungjung pengunjung setia blog saya!!


Saya terbaca tentang kehebatan protein dalam badan kita dan memang semua tahu betapa pentingnya protein kepada tubuh badan kita.

Protein ini diibaratkan sebagai bahan binaan asas setiap sel dalam badan. Maka secara tidak langsung protein ini memang penting sangat-sangat la.. terutama dalam pembentukan sel atau hormon, pembaikan sel-sel rosak dan proses penyembuhan luka.



RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

 1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)

2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)

3. Liver (penyakit hati)

4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)

6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)

7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)

8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)

9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)

10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)

11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)

12. Irritability (Badan menggeletar)

13. Fatigue (Letih lesu)

14. Weakness (Lemah)

15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)

16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)

17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)



Jadinya secara keseluruhan mengambil khasiat protein seperti Energising Soy Protein oleh Shaklee boleh membantu memberikan kesihatan yang menyeluruh kepada anda dan seisi keluarga. 


Energizing Soy ProteinShaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy ProteinShaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua aatu muda.

Jika berminat boleh hubungi saya Safuhah 0177164989.
www.facebook.com/my.xercestouch

Pengurusan SUSU PERAHAN ketika BERCUTI :)

Assalamualaikum mommy-mommy yang cantik semua!!
Hari ini saya bersiaran dari PULLMAN LAKESIDE HOTEL, Putrajaya..
Alhamdulillah ada duit lebih sikit, kami sekeluarga pergi bercuti seketika sebagai apa orang cakap tu, "weekend getaway" ? haaaa lebih kurang macam tu la..


Dan yang penting meraikan MASTER CELEBRATION my mommy Shaklee. Kami semua dijemput oleh SHAKLEE MALAYSIA untuk meraikan kejayaan beliau merangkul rank tertinggi dalam shaklee dengan purata pencapaian sebulan mencecah RM600 000. WOW banyaknya.. Dengan Shaklee segalanya mungkin.



Ok berbalik kepada cerita kita tadi..saya nak cerita bagaimana kita mahu menguruskan 'pergerakan' susu perahan sewaktu bercuti. Ini sangat penting kerana SUSU PERAHAN atau EBM ni sensitif pada perubahan suhu. Jadi di sini konsep yang paling penting semua mommies kena faham ialah untuk memastikan suhu susu perahan tidak berubah.


Apa yang dikatakan dengan perubahan suhu. Contohnya:
       Susu beku diletakan dalam cooler bag seterusnya dibawa keluar. Kemudian susu tersebut bila sampai di rumah sudah cair bukan dalam keadaan beku lagi, maka sebenarnya susu itu tidak boleh dibekukan semula.. ermm boleh faham ke? Susu tu boleh diminum dalam 24jam.



Ok..ramai yang keliru.. macam mana nak explain ye..

Saya bagi tip-tips untuk menggerakkan susu perahan dahulu ye:
1. Sediakan bag atau tempat khas untuk menggerakkan susu perahan contohnya seperti  cooler bag atau peti coldman yang isi ice tu.


2. Sediakan ice brick atau jika nak bajet boleh bekukan ice dalam plastik sehari sebelum anda ingin menggunakannya. Tapi atas dasar faktor kebersihan saya lebih gemar anda menggunakan ice brick. Beli sekali boleh tahan lama uolls :)
3. Ambil susu perahan masuk dalam bag atau peti tersebut dan diselang seli dengan ice brick. Pastikan suhunya tidak berubah. 


4. Jika anda khuatir perubahan suhu, bolehla campurkan garam pada ice bricks tu. Sebab nanti aisnya lambat cair.
5. Jika perjalanan agak jauh, maka selepas 2jam berhenti untuk topup ais baru. 


Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mommies. Boleh juga baca pengalaman founder eve love ni, semasa beliau menjalankan ibadah umrah.

Sebarang pertanyaan berkenaan product EVE LOVE, Shaklee dan penyusuan susu ibu boleh berhubung dengan saya melalui sms/whatsapp 0177164989

Terima Kasih Mommy!



Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya..
Malam ini teringat kisah syahdu di Hotel Pullman Lakeside Hotel Putrajaya sabtu lepas. Ketika saya menghadiri master celebration my mommy shaklee Wan Fatihanum. Tahniah mommy!!









Anak-anak mommy buat satu surprise khas untuk beliau. Kerana jasa beliau yang tak lokek ilmu, sentiasa touch anak-anak dan sangat caring.

Lebih banyak kita beri lebih banyak kita dapat!

Naaah terbukti.. tak menang tangan beliau membawa pulang hadiah pada hari tersebut. Dah memang macam majlis kahwin la..



Majlis yang sangat-sangat 'inspiring" Rahsia seorang master menjana RM600000 sebulan!



Akan ku daki sehingga saat itu! InsyaAllah.

Berminat untuk memulakan perniagaan dirumah? Jom saya coach anda dari zero to hero. InsyaAllah anda berada dalam susur galur yang tepat!



Untuk sebarang pertanyaan berkenaan breastpump eve love, penyusuan susu ibu dan supplement kesihatan shaklee, boleh terus hubungi saya sms/whataspp/telegram/line 0177164989. Saya sedia membantu anda.



 Video ni adalah surprise untuk mommy!! Secara life.. 

Terima kasih mommy hanum! I love you we love you :)

Monday 21 April 2014

Terimala seadanya :)

Sebenarnya saya tgk gambar ni semasa mak saya upload di group whatsapp saya.
Terus saya cakap "owhhh that is sooo me"
Yea.. saya memang sejak kecil tiada istilah KURUS dalam hidup.
Setiap orang akan cakap saya gemuk/besar.
Almaklumlah genetik saya besar dan tinggi dan saya amat amat tertekan sewaktu disekolah.
Kawan kawan memanggil saya dengab gelaran tongdrum/dinosour dan sebagainya.
Saya ingat lagi ketika sy darjah 6 dengan ketinggian 160cm berat saya 60kg.

Owwhhh itu zaman kurus.. kini tiada lagi 60..
Selepas bersalin anak 2 ni mmg agak payah untuk saya kekal ke berat zaman anak dara.
InsyaAllah saya yakin dengan tekad dan azam yang kuat saya boleh atasinya.

Apa yang penting, saya bersyukur keluarga saya menerima saya seadanya dan yang penting mr.hubby pun sama.
Walau ada kekurangan namun saya tetap niat untuk mendapatkan berat ideal.
Sejak dalam pantang lagi saya sudah mengamalkan supplemen kesihatan shaklee.

Semenjak amru berhenti menyusu hampir sebulan setengah, badan saya naik mendadak bagai dipump angin.... owwh sungguh sedih..
Padahal pemakanan adalah sama.. mungkin badan kurang menghasilkan susu maka kurang kalori yg dibakar.

Sejak itu saya berazam untuk mencuba set slim shaklee...semestinya selamat untuk ibu menyusu.. saya cuba 1. Herbalax 2. Omega dan lecitjin 3. Esp+cinch shake.

Esp+cinch shake sy ambil sebagai breakfast. Dan seterusnya saya makan tghr pkl 12. Malam cuma light healthy dinner.

Setelah pulang dari kerja..saya luangkan masa 15 hingga 30 minit berbasikal dlm rumah.
Ok nantikan cabaran turun berat selama sebulan. Kira dari hari ni la ye.. :)
Kalau nak join saya..boleh order supplement dengan kami. Hubungi 0177164989.

Sunday 20 April 2014

Pusat anak tertimbul? Normal ke?

Mommies... tiba tiba teringat soalan seorang mommy yang hadir ke klinik yang saya buat locum td.

Ibu yang bawa baby nak cucuk kuning tu tanya pusat anak die tersembol keluar.
" Dr, normal ke pusat anak saya ni? "
Selepas di periksa mmg normal. Keadaan ini dinamakan umbilical hernia. Selalunya keadaan ni akan hilang dengan sedikit tekanan kepada pusat bayi selepas tali pusat jatuh sepenuhnya.
Dulu Hannan pun mcm tu juga, sampau mak saya yang jaga pantang pun risau. Akhirnya untu sedapkan hatinya kami mendapat kepastian daripada doktor ketika check baby.
Yang penting anak atau bayi tu aktif, tidak meragam dan boleh kentut atau buang angin seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Hari ini saya bertemu dengan 3 orang ibu yang menyusu badan. Antara soalan yang ditanya oleh ibu ibu tersebut:
1. Dr. Susu saya bengkak. Hari ni dah hari ke 5, anak saya tak minum ke?
Jawapan: selalunya memang susu ibu akan meningkat mendadak pada hari ke 5 hingga ke 7. Seminggu pertama adalah pengeluaran kolustrum dan selepas seminggu hormon oxytocin dan prolaktin tinggi.

2. Dr. Kenapa puting saya luka? Padahal anak saya menyusu kuat.
Jawapan: salah satu sebab anak menyusu kuat sebab anak tak dapat susu dan kenapa anak tak dapat susu sebab teknik pelekapan yang kurang tepat.
Periksa semula teknik pelekapan. Ada 4 point.
1. Selari
2. Dagu bersentuh payudara
3. Bibir bawah terjeluir
4. Sokongan.

InsyaAllah saya sambung cerita pelekapan kemudian.. nak tidokan hannan dan ada seorang pelanggan nak jadi ahli shaklee.
Untung jadi ahli shaklee ni, badan sihat, keluarga terjaga dan boleh peroleh pendapat sehingga 7angka sebulan!
Jika berminat jom hubungi saya 0177164989.
Hanya dengan rm65 boleh merubah hidup anda!!
Kalau berminat nak jadi agen dropship jualan barangan penyusuan eve love pun boleh hubungi saya. ;)

Friday 18 April 2014

Bengkak susu!! Sangat menyakitkan :(

Salam jumaat semua.. Actually cerita ni dah hampir seminggu tapi tak siap edit atau menambah penyedap kata :) hikhik..

Mommies.. hari ni sy nak share tentang mastitis atau bengkak susu.. sebab admin sedang mengalaminya...
Actually weekend lepas I bajet I busy.. so tak dan pump.. sbb kat rumah hannan mmg dah direct feed.. tapi sebab mungkin memang dah biasa pumping session pagi, alhamdulillah mmg rasa susu tu mula memenuh...
Nak dijadikan cerita, semalam di ofis mmg busy jugak.. ada kes dan sempat pump waktu ptg..
Breast mula bengkak dan yang kanan tu rs sakit sakit sikit...
Saya pun takdela mengendahkannya, saya terus pump seperti biasa dah hasil tuaian pun seperti biasa dalam 10 hingga 12oz `sekali `pump..`

Kebetulan hari tu saya puasa (almaklumla bersalin time puasa, banyakla kena ganti) seharian badan macam lemau je.. Balik lepas berbuka terus terbaring, badan pulak berbisa. Dalam pukul 10mlm tu suhu badan naik.. Hannan memang non stop menyusu la.. tapi belah kanan still rasa sakit..
Baru saya sedar, ohhh rupanya saya sedang mengalami simptom-simptom "bengkak susu".
Alhamdulillah dikurniakan ilmu penyusuan dan kedoktoran, saya pun apa lagi terusla merawat diri sendiri.



Tips-tips berdepan dengan "bengkak susu"

1. Jika sakit yang melampau, boleh buat demahan sejuk dahulu untuk kurangkan rasa sakit. Maksudnya bubuh ice pack.
2. Kemudian disarankan ibu-ibu untuk mandi air panas atau tuam air panas belah yang bengkak kerana dengan ini kita akan membuka duktus-duktus atau saluran yang tersumbat.
3. Jika sakit masih terasa dan badan rasa demam, jangan lengah-lengahkan ambil panadol 2biji bersamaan 1g 6jam sekali.
4. Mulakan sesi pump atau perahan tangan atau direct feeding belah yang tersumbat. Pastikan breast tersebut betul-betul kosong.
5. Sekiranya simptom atau bengkak masih ada, saya sarankan jumpa doktor untuk ambil antibiotik. 

Pengajaran dan pengalaman buat saya.. Semoga lepas ni saya lebih rajin mengosongkan "breast" :)

Mommies semua kena ingat konsep senang penyusuan susu ibu: Lebih kerap susu dikosongkan MAKA lebih BANYAK susu DIHASILKAN !! 


Happy breastfeeding semua!!


KASIH HAWA UNTU SEMUA


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.




Thursday 17 April 2014

Untukmu insan yang bergelar IBU,UMMI,MAK,MA,AMMA,MOMMY,MAMA dan seterusnya




Petang-petang ni terasa gembira kerana berjumpa, salam dan cium mak yang baru sampai dari kampung.. Alhamdulillah, Terima Kasih MAK!!

Tiada ucapan yang menggambarkan KASIH SAYANG seorang ibu.


Ma.. i love you.. Moga mak diberi kesihatan yang baik serta sentiasa dalam barakah Allah SWT! :)

Sesi Pump waktu pagi, rutin wajib sorang ibu bekerjaya!

Assalamualaikum mommies semua!! 

Salam ceria hari khamis.. jadual saya agak penuh hari ni.. tapi sempat nak share sikit ni.. kebetulan lepas pump dapat idea bernas!! Ting..

 Ha yang kat gambar atas ni, adalah hasil saya pump sesi pagi ni. Setiap hari saya akan memulakan rutin pump sebaik sahaja masuk pejabat. Selalunya selepas morning discussion saya akan pump. Saya akan jalankan tanggunjawab saya sebagai ibu dahulu sebelum saya keluar buat case. Sekiranya saya tiada case pada hari tersebut, maka saya akan pump susu sambil membuat report-report saya. Sesi pump susu lebih senang, mudah dan praktikal menggunakan breastpump FLEXI eve love yang handsfree. Dalam masa 30 minit saya dapat hasil sebanyak 8oz.


Kenapa hasil kiri dan kanan berbeza? Ini kerana saya baru sahaja menyusu Hannan belah kiri sebelum datang kerja. Ini adalah ruti ibu berkerjaya untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Selain daripada itu semalam saya tidur menghadap kiri dan banyak menyusu di sebelah kiri. Jadi untuk terus merangsang yang kanan, kita kena pump bagi kosong. Maka susu akan dihasilkan setelah mendapat rangsangan daripada otak. 


Setelah pump, saya mesti mengambil supplement harian saya. Supplement ini akan membuatkan saya kekal bertenaga sepanjang hari. Ibu-ibu yang menyusu perlukan tenaga tambahan kerana setiap titik susu yang keluar dari badan adalah kalori iaitu memerlukan tenaga yang banyak. Sebab tu kalau ibu menyusu boleh kurus!! :) 

Jom saya share kenapa saya ambil semua supplement di atas. Kadang kita terlalu taksub dengan iklan-iklan sekarang tentang sesuatu produk..padahal kita tak apply konsep sebenar. Penyusuan susu ibu ini mudah sahaja jika semua ibu memahami apa itu konsep "demand versus supply". Tak perlu pun milk booster!! 

1. Vita Lea : untuk memberikan saya tenaga berpanjangan. Saya makan sebiji sehari waktu awal pagi jam 8.
2. Sustained release Vita C: Untuk meningkatkan sistem immun badan saya dan Hannan. Sebab saya memang ada resdung saya ambil 2biji sehari sekali dengan vita lea.
3. Lecithin : Sebagai bahan pengangkut dan pengemulsi lemak yang banyak kat badan saya ni :) ambil 3 biji sebelum makan 2 kali sehari. Saya ambil before lunch dan dinner.
4. Ostematrix : Sumber kalsium tambahan selain daripada minum susu. Ibu hamil dan menyusu memang memerlukan kalsium yang banyak. Saya ambil 2 biji 2 kali sehari. Selalu ambil jam 10 pg dan 10mlm.
5. Alfalfa complex : Sebagai agen detoks, merangsang susu badan, dan kesihatan wanita. Macam-macam kegunaan alfalfa ni..saya ambil 5biji 2 kali sehari. 


Ok harap semua mommies faham KONSEP SEBENAR PENYUSUAN SUSU IBU. Yang penting kena kerap rangsangkan breast. Sentiasa kosongkan breast supaya otak sentiasa rangsang breast untuk hasilkan susu..

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.





Wednesday 16 April 2014

Penjagaan mata selepas pembedahan LASIK!


Hari ni nak share dengan semua, balik rumah dari ofis td ternampak la satu bungkusan yang di nanti-nanti. Saya ada beli cermin mata ibnu sina kelmarin. Sebenarnya saya sudah menjalani pembedahan LASIK 2 tahun lepas dan saya sangat bersyukur atas nikmat penglihatan ini.
Sungguh indah tak terkata perasaan tengok alam tanpa cermin mata atau bangun-bangun pagi menggagau cari cermin hilang entah kat mana :)

Selepas bersalin Hannan, saya kerap tdo lewat dan tengok smartphone dalam keadaan gelap. Bukan sengaja tapi curi-curi masa berbisnes walaupun dalam keadaan berpantang. Memang orang tua tak benarkan pun kan... i yang degil u all..

Sebelum balik KLANG sempat la singgah kedai cermin mata check power, tapi diberitahu tidak relevan sebab saya masih dalam tempoh berpantang. dinasihatkan supaya saya lakukan semula pemeriksaan mata selepas 3bulan.

Hari demi hari masa demi masa, saya TERLUPA!! Sampai la sebulan lepas setelah sy kerap stay-up malam untuk berbisnes dan banyak tengok laptop/pc/smartphone ni, rasa mata mcm kembang dan blur. Kena kebil mata 2 3 kali baru clear. Bila check mata mmg power naik 50 dua-dua mata tapi masih tidak relevan kerana keadaan saya yang kurang tidur. Jadi saya mula risau, stok CAROTOMAX saya dah lama habis dan prosuk ni selalu je SOLD OUT kat hq. Sejak habis pantang mmg saya amalkan produk CAROTOMAX ni..



Alang-alang dah cerita meh kita kenal siapa itu carotomax?


Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik (MATER FARHAH)


CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan 
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput 
      lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Apa itu carotenoids?
Caroteniod adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato, dan sebainya.

Apakah fungsi dan kebaikan CAROTENOIDS?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A yang terbaik
3. Meningkatkan sistem immunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Setiap sebiji CAROTOMAX bersamaan dengan : 




Dalam banyak-banyak manfaat CAROTOMAX ni yang paling disukai kerana ianya sangat bagus kepada penglihatan kita.


Ia mampu mempertingkatkan penglihatan- Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap.Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam),rabun dekat,presbyopic,astigmatism,xerophtalmia (mata kering),kelesuan mata,glaucoma,katarak,floaters,eye bag dan gegelung hitam mata.

Sebotol CAROTOMAX RM74 termasuk postage.
Jika berminat boleh hubungi saya semula 0177164989


Berbalik kepada cerita asal, cermin mata IBNU SINA ini ada lubang-lubang. Lubang-lubang ini direka untk membolehkan mata kita focusdengan cara membenarkan otak kita untuk mencari  titik focus melalui lubang lubang kecil. Dengan ini mata kita yang telah out of focus untuk kembali ketempat asalnya di kornea.
Sehari pakai 10 hingga 30minit. Boleh pakai semasa berbisnes dirumah.


Jadi saya berharap dengan bantuan supplement untuk kesihatan dalaman mata serta cermin mata IBNU SINA ni, saya dapat pelihara maya saya lebih baik.
Saya sayang mata saya.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.



Jom kaji bagaimana susu ibu dihasilkan!

Sebagai seorang ibu, adalah penting untuk kita kenal dan faham konsep penghasilan susu ibu!

SubhanaAllah sungguh indah ciptaan Allah.. Seorang ibu mampu menghasilkan titisan susu yang sangat tidak ternilai buat anak-anaknya.


Jom kenal payudara kita.. Setiap sel yang ada pada breast perempuan ni mempunyai fungsi tersendiri.

A. Saluran Kelenjar susu : Mengalirkan susu dari alveoli ke saluran susu utama.
B. Alveoli : Kilang yang menghasilkan susu. Terdapat berjuta juta alveoli di dalam breast kita. Setiap wanita mempunyai bilangan alveoli yang sama banyak. Di dalam alveoli, jika dilihat secara keratan rentas, ada 2 sel yang penting iaitu sel duktus (A) dan sel basal (B). Hormon yang penting dalam penyusuan susu ibu ini iaitu OXYTOCIN dan PROLAKTIN berperanan pada kedua-dua sel ini. Prolaktin akan mengakibatkan susu terhasil dari sel duktus. Manakala OXYTOCIN pula akan menyebabkan sel basal ini mengecut lalu menolak susu dalam kelenjar susu untuk dipancutkan dalam mulut bayi.
SubhanaAllah!!
C: Kalenjar susu/duktus : mengalirkan susu daripada sel duktus ke saluran susu utama.
D: Puting: Mengalirkan susu dari saluran utama kepada bayi.
E: Lapisan lemak: merupakan tisu sokongan buat payudara
F: Lapisan otot payudara
G: Tulang Rusuk 


Jadinya jika kita kenal payudara kita dalam-dalamnya, maka senangla kita nak faham konsep penyusuan SUSU IBU yang sebenar.
Yang penting semua ibu-ibu mesti merangsang OXYTOCIN supaya susu dapat dialir keluar kepada bayi. Jika PROLAKTIN sahaja susu memang ada atau breast memang ada susu, namun susu tersebut tidak boleh dikeluarkan.

Nanti saya cerita pula tentang OXYTOCIN dan PROLAKTIN !

 Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.



Pabila dapurku berasap: Kuey Teow Kung Fu gaya Ummi!! :)

Alhamdulillah hari ni sempat masak menu yang selalu makan kat kedai je.. teringat zaman study dulu.. makan dkt gerai 4u2c.. 

Antara yang sedap kat kedai tu kuey teow kung fu ni la...
Ha... sebenarnya dah lama nak cuba tapi asyik tak dan je.. i ni gaya kalahkan pak.menteri u :)
Akhirnya hari ni try la...

Resipi asal ni saya pelajari dr teman fb sy..saudari fara dila.. dengan ingatan yang ada ni saya pun apa lagi..mencipta resipi sendiri..






Kuey teow kung fu gaya Ummi

Bahan bahan mcm dalam gambar la..

1. Bawang putih
2. Sayur sayuran
3. Bahan mentah. Sy memilih seafood hari ni sbb boring asyik ayam ja..
4. 2biji telur diasingkan kuning dan putih
5. Kuey teow
6. Bancuhan tepung jagung
7. Air rebusan ayam atau stok ayam

Cara memasaknya..

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan seafood td.. gorwng sampai seafood masak.
2. Masukkan air rebusan ayam dan gaul sebentar.
3. Bila dah mendidih masukkan sayur sayuran kecuali daun ketumbar.
4. Renih seketika kemudian masukkan putih telur dan bancuhan tepung jagung td.
5. Kacau rata sampai pekat.
6. Rasa garam dan lada sulah.
7. Akhir sekali tabur daun ketumbar.
Kuey teow tu digoreng dengan bawang putih dan kuning telur.. actually yang ni ikut suka..saya sekadar menghabiskan telur kuning je.. kalau nak makan gitu pun boleh..


Dah siap kuah and kuey teow..boleh dihidangkan bersama diatas pinggan.
Sedap dimakan dengan cili api jeruk!! :)
Selamat mencuba!

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design