Saturday 23 March 2013

Diet Atkins Cara Terbaru Untuk Kurus!!-Bahagian Kedua

Atkins menukarkan badan anda kepada fat-burning machine.


Metabolisma  adalah proses yang menukarkan apa yang anda makan kepada tenaga atau kepada bahan simpanan dalam badan. Makan makanan yang betul dapat meningkatkan penggunaan metabolisma tubuh badan anda dan mengawal lemak dalam badan. Apabila badan kurang bergantung kepada karbohidrat untuk mendapatkan tenaga, badan anda akan bertukar kepada mesin membakar lemak untuk supaya dapat hasilkan tenaga.

Keluar daripada kebiasaan metabolisma gula dalam darah!


Apabila anda mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, ia akan ditukar kepada glukosa, yang akan dibawa melalui salur darah anda ke seluruh badan anda. Kandungan glukosa dalam darah yang tinggi dalam badan akan mengaktifkan insulin, iaitu hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah anda dan saya.

Disebabkan badan kita hanya dapat menyimpan tak lebih daripada separuh tenaga yang diperlukan setiap hari dalam bentuk glukosa - tidak seperti lemak yang boleh menyimpan tenaga berlebihan - maka badan akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga sebaik sahaja dicerna dan diserap ke dalam darah. Selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat, badan akan berhenti menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan mula menggunakan glukosa yang dihasilkan oleh insulin untuk mengelakkan darah tinggi dengan gula. Maka tenaga dihasilkan daripada karbohidrat.

Lemak akan di'anaktiri'kan dan sentiasa dibelakangkan sebagai penyumbang kepada metabolisma tenaga. Anda boleh mengubah situasi ini dengan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan bukan lagi karbohidrat. Inilah teori yang Dr. Atkin cuba ketengahkan.

Dengan mengubah imbangan karbohidrat, lemak dan protein dalam diet anda, anda akan tingkatkan tenaga dan menstabilkan pada aras yang tetap.

Bila anda makan makanan yang terdiri daripada protein, lemak dan serat maka tubuh anda akan kurang merembeskan insulin. Apabila karbohidrat yang anda ambil dalam bentuk high fiber whole food, glukosa akan ditukarkan dengan lebih perlahan, paras gula dalam darah anda akan lebih stabil dengan lebih lama.

Untuk lebih jelas, makan lemak bukan buatkan anda gemuk asalkan anda memastikan badan membakar lemak untuk tenaga!!!


Dua kesalahan dalam diet yang tidak sihat : overeating atau terlalu banyak makan dan karbohidrat. Inilah rahsia Atkins Diet dan kunci kepada penurunan berat badan dan pengekalan berat yang ideal - tanpa kelaparan dan kempunan.

Dapatkan berat badan yang ideal mulai hari ini!! Apa pun cara anda, yang penting usaha, pemakanan seimbang, kerap bersenam, tekad dan paling penting tawakkal!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Performance Drink Sangat Menyegarkan!!

Semalam usai pulang dari kerja, suami saya sudah bersiap-siap dengan pakaian joggingnya. Saya pun apa lagi bergegas ke dapur untuk buatkan segelas perfomance drink Shaklee. 
Saya bancuhkan 3 sudu besar bersama air sejuk...
Terus saya hidangkan buat suami tercinta..Alhamdulillah suami ckp sangat menyegarkan!! 


Kenapa saya memilih Performance Drink ini untuk suami??
Maklumat diperolehi daripada SHAKLEE


Penghilang Dahaga 
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Rasa die manis-manis buah citrus..tak masam pun.. yang penting sangat menyegarkan!!!

Jangan tak tahu atlet terkemuka Tiger Woods pun ambil Performance Drink ni.. :)

Saya syorkan kepada mereka-mereka yang gemar bersukan, cubalah Performance Drink dari shaklee!! 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design