Showing posts with label menyusu di bulan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label menyusu di bulan ramadhan. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

RELAKTASI - Memulakan penyusuan susu ibu yang sudah terhenti

As salam.. harap semua yang membaca blog saya sihat hari ni.. alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan satu cerita mengenai ibu kepada salah seorang pesakit saya.

Minggu lepas sewaktu di Klinik Barakah melaksanakan tugas, ada sepasang suami isteri muda membawa masuk anak comel mereka dengan tujuan ingin mendapat rawatan untuk masalah kulit anaknya.

Ketika itu anak comel tersebut baru berusia 4 bulan dan anak itu menghidapi masalah eczema. Eczema menyerang siapa sahaja terutama mereka yang ada sejarah asthma atau resdung.
Tetapi tahukah anda dengan penyusuan badan yang ekslusif anda mampu mencegah serta merawat eczema. Terbukti susu ibu terlalu banyak antibodi dan immunisasi natural buat bayi.

Nak ceritanya di sini ibu tersebut tidak lagi menyusukan anaknya kerana tiada susu. Kalau tidak silap saya menyusu selama sebulan sahaja kemudian campur susu formula. Saya pun apa lagi, peluang ada depan mata saya jadi saya pun sampaikan kebaikan penyusuan susu ibu dan kepentingan susu ibu dalam memastikan kesihatan anak serta kebolehan kita untuk relaktasi.

Apa itu RELAKTASI?? haaaa relaktasi ini maksudnya memulakan penyusuan susu ibu.
Ada dua konteks disini iaitu kepada ibu yang sudah bersalin dan menyusu serta kepada ibu yang mengambil anak angkat.
Hari ini saya nak fokus kepada ibu yang bersalin dan menyusu. Ibu ini berhenti menyusu dan memberi susu formula kepada anak seperti ibu kepada pesakit saya..
Boleh ke susu ibu keluar selepas kita berhenti menyusu? Ya boleh.
Yang penting ibu tersebut perlu tekad dan yakin akan kemampuannya menyusu susu ibu.
Ibu tersebut perlu berusaha untuk pump susu selang 2 hingga 3 jam sehari. Dan ibu boleh mengambil supplement kesihatan untuk mendapat tenaga serta keyakinan untuk menghasilkan susu. Selain itu ibu boleh mengambil pil maxolon atau domperidone untuk merangsang hormon prolaktin yang mana akan menghasilkan susu.
Semua ini tetap bergantung kepada konsep permintaan dan penghasilan atau 'demand & supply'. Maksudnya lebih banyak kita rangsang payudara atau kosongkan breast maka lebih banyak lagi susu yang akan dihasilkan.

Apa yang membuatkan saya gembira hari ini??
Petang tadi ibu kepada pesakit saya datang semula ke klinik dan saya tanya khabarnya.. alhamdulillah.. dengan pengambilan pil iaitu domperidone dan tekad yang kuat sudah membuahkan hasil susu semula. Dan permulaanya sedikit, namun saya tetap memberikan kata kata semngat buat beliau malah sempat saya pesan padanya untuk merekodkan semua hasil pump supaya kelak senang saya nak share dengan semua mommies diluar sana.. alhamdulillah dengan izin Allah ibu tersebut berjaya melakukannya..

Jadi anda juga berpeluang begitu. Pasti boleh.
Penyusuan susu ibu hanyalah berkenaan dengan kesungguhan dan tekad seorang ibu.
Jika anda fikirkan anda boleh maka anda memang boleh melakukannya.
Saya mohon semua mommies atau sesiapa sahaj yang membaca artikel ini, kita doakan ibu tersebut berjaya menyusukan anknya semula..
InsyaAllah jika diizinkan akan saya kongsikan kisahnya.

Ok oleh kerana dah cerita topik ni dan ramadhan pun hampir tiba.. bolehla saya sharekan supplement saat berpuasa.
Vita lea untuk tambah tenaga ibu di bulan puasa
Alfalfa untuk merangsang penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.
Vita c untuk memastikan kesihatan ibu kekal mantap
Ostematrix sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu
Esp protein tambahan untuk ibu menghasilkan susu
Performance drink utk ibu kekal bertenaga dan tidak terhidrasi atau rasa haus semasa puasa dan selepas pump.

Ibu juga boleh mengambil maxolon atau domperidone untuk merangsang penghasilan susu ibu yang merundum.

InsyaAllah disulam dengan pengambilan air yang berterusan serta doa dan zikir, pasti susu anda banyak.
Boleh hubungi saya Safuhah 0177164989 untuk pertanyaan dan pembelian produk shaklee atau breastpump eve love.

Friday, 14 June 2013

Tips mengelak kehabisan tenaga di bulan ramadhan

Ramadhan semakin menghampiri...

Bulan penuh dengan kemuliaan dan peluang beribadah terbentang luas!! Sesungguhnya jika mampu menyusukan anak di bulan ramadhan sudah pasti pahala yang kita dpt tak terkira...Mohle cari pahala banyak2..
Mommies dah nak puasa ni..jom kita bincang and kongsikan bersama tips mengelakkan kehabisan tenaga di bulan ramadhan terutama untuk ibu-ibu mengandung dan menyusu anak.. ala2 menjimatkan tenaga gitu... so sy nak bahagikan kpd fizikal, mental, rohani dan diet.. 

Fizikal :


  • minta bantuan utk kerja kerja rumah cth maid seminggu sekali utnuk mebuat major task/ hubby tolong bersihkan brg2 penyusuan serta pump atau sidai kain etc/ hubby bgn dan sediakan sahur bersama
  • Siapkan kerja2 rumah sebelum tidur 
  • Kurangkan kerja kerja di luar rumah yang boleh menyebabkan kita kehabisan tenaga
  • Seminggu sekali berbuka di luar untuk rehatkan diri dari melakukan aktiviti-aktiviti mengemas
  • Rancang menu berbuka dan bersahur secara mingguan
  • Dapatkan tidur yang cukup

Mental:

Bincangkan isu penyusuan dgn suami dan keluarga
Dapatkan sokongan mereka
Yakin kan diri bahawa kita mampu menyusukan sepanjang ramadhan dan susu tidak kurang jika berpuasa
Berbincang dengan ibu-ibu lain

Rohani:

Amalkan solat awal waktu
Rajin baca al quran
Zikrullah selawat
Mengamalkan doa tambah susu ibu ar ad n al baqarah


Diet:

  • ibu-ibu seharusnya focus kepada kualiti dan zat makanan tersebut dan bukannya kuantiti. Ini dengan memastikan setiap hidangan yang diambil lengkap dengan nutrisi penting.
  • elakkan daripada tidak bersahur di bulan ramadhan/berpuasa
  • Pengambilan air yang mencukupi di sebelah malam
  • Ambil supplement untuk tenaga tambahan dan kecerdasan seperti vita lea/alfalfa/bcomp/ESP/PD 

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! Nantikan entry blog saya berkenaan tips pengepaman susu ibu di bulan ramadhan!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 12 June 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Haaaa Bismillah
Syaaban dah ni..pejam celik pejam celik dah 3hari bulan Syaaban..pejam lagi dah ramadhan..

Mommies hari ni sy nak share ilmu yg sy perolehi semasa menghadiri kursus breastfeeding baru-baru ini dan sy lihat ramai mommies yang seakan risau utk berpuasa kerana bimbang kekurangan susu atau susu merundum di bulan puasa..

Tips Penyusuan Susu Ibu di bulan Ramadhan

Puasa atau fasting ialah menahan diri daripada makan dan minum selama 12 jam atau lbh.. maka keadaan ini akan atau boleh mengakibatkan seseorang ibu yang menyusukan anak itu terdedah kpd dehidrasi atau kekurangan cecair badan. Antara tanda-tanda dehidrasi yang biasa ialah sensasi dahaga yang teramat atau haus, pening atau pitam dan air kencing terlalu pekat warna kuning likat. Mereka yang mempunyai simptom2 ini dibolehkan berbuka..kajian juga membuktikan keperluan untuk minum sgt ketara bg seorang ibu yang menyusukan anak dibawah umur 6 bulan...
Ibu-ibu yang menyusukan anak mereka seharusnya mengambil 500kalori lebih daripada mereka yang tidak menyusu.


Jadinya pada bulan puasa ni kita sepatutnya mengambil berat tentang nutrisi seimbang terutama pada waktu sahur dan berbuka. 

  • ibu-ibu seharusnya focus kepada kualiti dan zat makanan tersebut dan bukannya kuantiti. Ini dengan memastikan setiap hidangan yang diambil lengkapdengan nutrisi penting.
  • elakkan daripada tidak bersahur di bulan ramadhan/berpuasa
Jangan minum banyak air sewaktu bersahur sebaliknya minum air masa berbuka dan sepanjang malam . Ini kerana jika minum banyak sewaktu bersahur, perut akan kenyang dengan air dan kurang mengambil makanan. Kita disarankan untuk mengambil 1liter air untuk setiap 25kg berat.

Antara menu atau makanan yang disyorkan semasa berpuasa:

Sahur 


  • Makan karbohidrat kompleks dan berserat seperti mee,nasi,oats, cereals
  • Hadkan pengambilan susu/keju/yogurt kerana ia dipercayai boleh memekatkan cecair badan.
  • Kurma/salad buah
  • Amalkan pengambilan jus hijau seperti Alfalfa/pegaga/bayam/spirulina/celery
  • Ambil makanan yang dimasak bersama halba/telur/kekacang
  • Makanan daripada gandum seperti muffin lobak merah/pancake/lempeng/capatti
  • Ambil supplements seperti B-complex dan vitamin C untuk tambahan tenaga dan kecerdasan
  • Elakkan makanan tinggi garam kerana ia menyebabakan kita lebih cepat dahaga

Berbuka



  • Berbuka dengan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 udara
  • Berbuka dengan segelas jus dan 3-4 biji kurma untuk mendapatkan tenaga segera.
  • Elakkan minuman bercaffeine dan berkarbonat kerana ia bersifat diuretiks yang akan menyebabkan kehilangan air yang ketara dari badan (kerap kencing)
  • Elakkan berbuka dengan makanan pedas untuk elakkan gastritis
  • Perbanyakkan sayuran dan buah
  • Mengambil supplements tambahan seperti ESP/mealshake/vita lea/b-complex untuk tenaga tambahan untuk berpuasa esok hari serta pengahsilan susu di waktu malam.

Supper/Moreh



  • Susu/air soya (ESP)
  • Supplements seperti kalsium (OSTEMATRIX) dan minyak ikan (OMEGA GUARD)


Selain daripada itu kita disarankan untuk berlatih berpuasa sambil menyusukan anak untuk kita train diri sendiri dan untuk lihat respond anak terhadap penyusuan semasa berpuasa. Kita boleh la start puasa isnin khamis atau berpuasa sunat di bulan Syaaban. Namun apa yang penting adalah TEKAD KEAZAMAN DAN DOA untuk terus meneruskan penyusuan susu ibu ini kerana susu ibu begitu berharga buat anak kita!!



Tips-tips ini saya perolehi sewaktu menghadiri seminar dan bengkel penyusuan susu ibu di Hotel De Palma Ampang anjuran USIM. Dan penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan ini disampaikan oleh DR. Nurzarina Abdul Rahman (Pensyarah anatomi USIM). Bukan semua daripada beliau, ada yang saya olah ikut pengalaman saya.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! Nantikan entry blog saya berkenaan tips elakkan kehabisan tenaga di bulan ramadhan dan tips pengepaman susu ibu di bulan ramadhan!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design