Showing posts with label Tips banyakkan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips banyakkan susu ibu. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

RELAKTASI - Memulakan penyusuan susu ibu yang sudah terhenti

As salam.. harap semua yang membaca blog saya sihat hari ni.. alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan satu cerita mengenai ibu kepada salah seorang pesakit saya.

Minggu lepas sewaktu di Klinik Barakah melaksanakan tugas, ada sepasang suami isteri muda membawa masuk anak comel mereka dengan tujuan ingin mendapat rawatan untuk masalah kulit anaknya.

Ketika itu anak comel tersebut baru berusia 4 bulan dan anak itu menghidapi masalah eczema. Eczema menyerang siapa sahaja terutama mereka yang ada sejarah asthma atau resdung.
Tetapi tahukah anda dengan penyusuan badan yang ekslusif anda mampu mencegah serta merawat eczema. Terbukti susu ibu terlalu banyak antibodi dan immunisasi natural buat bayi.

Nak ceritanya di sini ibu tersebut tidak lagi menyusukan anaknya kerana tiada susu. Kalau tidak silap saya menyusu selama sebulan sahaja kemudian campur susu formula. Saya pun apa lagi, peluang ada depan mata saya jadi saya pun sampaikan kebaikan penyusuan susu ibu dan kepentingan susu ibu dalam memastikan kesihatan anak serta kebolehan kita untuk relaktasi.

Apa itu RELAKTASI?? haaaa relaktasi ini maksudnya memulakan penyusuan susu ibu.
Ada dua konteks disini iaitu kepada ibu yang sudah bersalin dan menyusu serta kepada ibu yang mengambil anak angkat.
Hari ini saya nak fokus kepada ibu yang bersalin dan menyusu. Ibu ini berhenti menyusu dan memberi susu formula kepada anak seperti ibu kepada pesakit saya..
Boleh ke susu ibu keluar selepas kita berhenti menyusu? Ya boleh.
Yang penting ibu tersebut perlu tekad dan yakin akan kemampuannya menyusu susu ibu.
Ibu tersebut perlu berusaha untuk pump susu selang 2 hingga 3 jam sehari. Dan ibu boleh mengambil supplement kesihatan untuk mendapat tenaga serta keyakinan untuk menghasilkan susu. Selain itu ibu boleh mengambil pil maxolon atau domperidone untuk merangsang hormon prolaktin yang mana akan menghasilkan susu.
Semua ini tetap bergantung kepada konsep permintaan dan penghasilan atau 'demand & supply'. Maksudnya lebih banyak kita rangsang payudara atau kosongkan breast maka lebih banyak lagi susu yang akan dihasilkan.

Apa yang membuatkan saya gembira hari ini??
Petang tadi ibu kepada pesakit saya datang semula ke klinik dan saya tanya khabarnya.. alhamdulillah.. dengan pengambilan pil iaitu domperidone dan tekad yang kuat sudah membuahkan hasil susu semula. Dan permulaanya sedikit, namun saya tetap memberikan kata kata semngat buat beliau malah sempat saya pesan padanya untuk merekodkan semua hasil pump supaya kelak senang saya nak share dengan semua mommies diluar sana.. alhamdulillah dengan izin Allah ibu tersebut berjaya melakukannya..

Jadi anda juga berpeluang begitu. Pasti boleh.
Penyusuan susu ibu hanyalah berkenaan dengan kesungguhan dan tekad seorang ibu.
Jika anda fikirkan anda boleh maka anda memang boleh melakukannya.
Saya mohon semua mommies atau sesiapa sahaj yang membaca artikel ini, kita doakan ibu tersebut berjaya menyusukan anknya semula..
InsyaAllah jika diizinkan akan saya kongsikan kisahnya.

Ok oleh kerana dah cerita topik ni dan ramadhan pun hampir tiba.. bolehla saya sharekan supplement saat berpuasa.
Vita lea untuk tambah tenaga ibu di bulan puasa
Alfalfa untuk merangsang penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.
Vita c untuk memastikan kesihatan ibu kekal mantap
Ostematrix sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu
Esp protein tambahan untuk ibu menghasilkan susu
Performance drink utk ibu kekal bertenaga dan tidak terhidrasi atau rasa haus semasa puasa dan selepas pump.

Ibu juga boleh mengambil maxolon atau domperidone untuk merangsang penghasilan susu ibu yang merundum.

InsyaAllah disulam dengan pengambilan air yang berterusan serta doa dan zikir, pasti susu anda banyak.
Boleh hubungi saya Safuhah 0177164989 untuk pertanyaan dan pembelian produk shaklee atau breastpump eve love.

Wednesday, 21 May 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu- Variasi payudara ibu


Tips banyakkan susu ibu dengan memahami konsep penyusuan dan fisiologi payudara ibu. Ini sangat penting agar ibu akan teruskan penyusuan walau badai melanda. 

Jom kenali payudara ibu menyusu!

  • bentuk, saiz, dan warna payudara wanita dipengaruhi oleh peta genetik manusia yang berbeza antara satu sama lain
  • 1 hingga 2% daripada masyarakat mempunyai lebihan puting ataupun payudara di badan mereka
  • Lebihan tisu payudara atau puting ini biasanya timbul disepanjang garisan susu ini
  • Ada individu yang mempunyai puting sahaja ataupun tisu payudara tanpa puting ataupun kedua-duanya sekali
  • Ia tidak akan mengganggu penyusuan  tetapi ada kalanya tisu payudara ini membesar semasa wanita hamil dan menghasilkan susu.
  • 10 hingga 30% puting wanita yang hamil anak pertama agak leper. Dengan teknik penyusuan yang betul dan seiring bertambahnya pengalaman puting akan timbul seperti wanita lain.
  • Kelahiran dan penyusuan anak berikutnya dapat membantu puting menjadi lebih timbul dan fleksibel.
  • Sekitar 3% wanita mempunyai puting terbalik (inverted nipples)
  • Ia dapat dikesan dengan membuat satu ujian yang dipanggil 'pinch test'


"Pinch Test" teknik untuk mengesan puting terbalik atau inverted nipples

1. Tekan areolar kira kira 1 inchi daripada puting dan lihat sama ada puting itu terkeluar ataupun tidak.
Puting normal timbul apabila ujian ini dibuat.
2. Puting terbalik pula tidak timbul malah lebih tenggelam ke belakang. Dengan bantuan pakar ataupun kaunselor laktasi, penyusuan dapat dilaksanakan oleh wanita yang mempunyai puting terbalik.


Mudah je kan ujian ini?
Jadi mommies yang mempunyai masalah puting terbalik boleh hubungi saya SAFUHAH 0177164989 untuk bantuan. Lebih baik jika belum melahirkan dah hubungi supaya kami bantu puan memberi susu ibu.

<3 Jom sebarkan kebaikan SUSU IBU <3

Kasih Hawa untu semua!


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 20 May 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu-Penyusuan 'On Demand'


Penyusuan 'On demand'
Ok ibu-ibu semua, hari ini nak share pulak mengenai penyusuan 'on demand' sebab dengan mengaplikasikan teknik ini anda mampu mempertingkatkan penyusuan anda, insyaAllah.

Apa maksud on demand ni??
~ kalau bahasa melayu nya penyusuan semasa permintaan
~Penyusuan ekslusif diberikan kepada bayi pada bila bila masa mengikut keperluan bayi atau bila bayi lapar.
~susukan bayi mengikut selama mana yang bayi mahu sehingga dia mendapat susu akhir hind milk dan melepaskan sendiri payudara (bayi kenyang)
~Susukan bayi sekiranya payudara ibu terasa penuh.
~Kejutkan bayi yang tidur lama untuk disusukan.

APA KEPENTINGAN PENYUSUAN 'ON DEMAND' ?
# memudahkan ibu menyusukan bayi
# mengekalkan penghasilan susu ibu- tips banyakkan susu ibu
# meransang pengeluaran susu dengan cepat
# mengurangkan bengkak payudara

Info dari Pusat Laktasi Kebangsaan

Jom sebarkan kebaikan susu ibu!!

Kasih Hawa Buat Semua 

Jemput tengok promo FLEXI BREASTPUMP:
http://tinyurl.com/koqgz3n


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design