Friday 17 January 2014

Apakah itu cecair emas atau KOLOSTRUM susu Ibu?

Kolostrum susu Ibu?

Cecair emas? Kenapa dipanggil sebagai cecair emas?? Kerana KOLOSTRUM susu ibu tidak ternilai harganya malah lebih mahal dari emas permata.

www.facebook.com/breastpumpevelove


Apa itu KOLOSTRUM susu ibu:

Kolostrum susu ibu ialah cecair bewarna kuning keemasan yang pekat dan likat dirembeskan seawal kelahiran sehingga hari ke 5 selepas kelahiran. Kolostrum ini tinggi dengan immunoproteins yang lengkap dan sempurna untuk bayi. Susu awal ibu ini tidak memancut-ancut kerana ia dihasilkan sesuai dengan saiz perut bayi. Kolostrum ini bertindak sebagai penghalang pada sistem penghadaman bayi (orang putih cakap 'shield'). Oleh yang demikian kita tidak wajar memberi anak yang baru di lahirkan minum air masak kerana air akan memusnahkan lapisan pelindung ini.
www.facebook.com/breastpumpevelove
alhamdulillah ni adalah cecair emas yang dikurniakan oleh Allah buat Hannan. Saya simpan stok kolustrum ni sebagai persediaan saya sebelum masuk dewan bedah. Supaya selepas pembedahan andai kata saya mamai, masih ada susu badan saya untuk diberi oleh staff nurse kepada hannan! Alhamdulillah saya achieve breastfeeding within 1 hour post delivery. 


Fisiologi jumlah isipadu kolostrum:

  • Total kolustrum dihasilkan dalam 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi yang baru dilahirkan.
  • Secara puratanya hanya 37ml kolostrum dihasilkan sehari.
  • Jumlah ini akan beransur-ansur bertambah dalam 36jam pertama dan bertambah dengan mendadak dalam 49 hingga 96 jam berikutnya.
  • Pada hari kelima jumlah isipadu total akan mencapai 500ml/sehari.
  • Jumlah ini akan semakin meningkat ke 750ml/sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara ekslusif.
  • Apabila bayi mencapai usia 6 bulan, purata pengambilan susu ialah 800ml/sehari.
Berdasarkan fisiologi kolostrum di atas inilah, ramai ibu-ibu yang sering mengadu atau mengeluh kekurangan susu pada 3 hari terawal selepas kelahiran. Sesungguhnya susu awal atau kolostrum ini cukup mengikut saiz bayi. Jadi ibu-ibu tidak harus risau ya... Allah dah sediakan secukupnya bagi bayi kita. Maka soalan tidak cukup susu/ tiada susu tidak harus diperkatakan lagi!! Yang penting teruskan penyusuan bayi secara ekslusif.
www.facebook.com/breastpumpevelove

InsyaAllah next entry saya cerita fungsi kolustrum ye!

Kasih Hawa Buat semua!!

Jom like www.facebook.com/breastpumpevelove, ada tawaran menarik sampai 31st januari 2014 ni..jangan lepaskan peluang anda!


ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design