Sunday 29 December 2013

Pabila dapurku berasap: Bebola ikan buat my little khalifah, Amru!

As salam..
Syukur diberi peluang oleh Allah bernafas di bumi Malaysia..
Percutian kami sudah sampai ke penghujungnya.. hari ni kami semua sudah mula bekerja semula..alhamdulillah mencari rezeki buat keluarga.
Terasa nak buat sesuatu untuk amru..sebab amru suka makan..
Selalunya sy akan sediakan makanan yang siap dimasak sebelum keluar bekerja..kadang buat time weekend dan frozenkan buat amru..
Bila mahu dimakan cuma tinggal pesan pada maid, maid panaskan dan beri amru makan..
Pada saya hidangan yang dimasak sendiri oleh ibu lebih menyentuh hati anak2 kerana kita memasak bersulamkan kasih sayang...tambah-tambah ibu mertua pernah pesan..time masak gaul lawan arah jam..sambil-sambil berzikir..mudah mudahan juadah yg kita masak akan memberi tenaga buat keluarga kita beribadah...secara tidak langsung penuh kasih sayang..
Mak saya selalu cerita, dulu dulu mak bangun 4 5 pagi sabab nak masak juadah makan pagi, tghahri dan ptg buat kami sebelum keluar bekerja. Dan masakan mak la yang kami selalu idamkan...sedap betul mak masak!!
Ok dah panjang membebelnya... jom buat bebola ikan.. homemade with love!!
Bahan-bahannya:
3/4 cawan ikan tenggiri
1sudu makan tepung jagung
Secubit garam
Secubut lada hitam
1. Ambil isi ikan tenggiri, asing tulangnya
2. Letak tepi tulang dan kulit ikan (boleh buat stok ikan)
3. Masukkan isi ikan tadi ke dalam pengisar beserta tepung jagung, garam dan lada hitam
4. Kisar sehingga halus dan sebati, rasa garam dan lada sulah, if tak cukup tambah secukupnya
5. Tuangkan kedalam bekas, ambil adunan dan uli sehingga sebati dan licin (ambil doh dan baling semula ke besen, ulang berkali)
6. Didihkkan air, bentukkan bebola, madukkan dalam air mendidih tersebut
7. Bila dah masak angkat (bebola timbul di atas permukaan)
Selamat mencuba!!
P/s: sy simpan bebola dalam plastik milk storage bag eve love yang sudah di pakai..re use la ni.. packing sy untuk 2 kali makan.. nnt bila nak masak sup ikan ke, nasi goreng ke, sup sayur ke... add on je bebola ni.. simpan dalam compartment sejuk beku..

Wednesday 18 December 2013

Hari pertama kursus kaunseling penyusuan susu ibu 40 jam (17 Disember 2013)

Alhamdulillah berjaya menempuh hari pertama kursus!
Menarik! Sangat informatif dan ramai kenalan baru...
Hari ni kami belajar perkara perkara asas seorang kaunselor perlu tahu seperti apa kebaikan penyusuan susu ibu, kebaikan susu ibu kepada ibu dan bayi, fisiologi payudara, kandungan nutrien dalam susu ibu, susu ibu vs susu formula, teknik pelekapan dan hisapan bayi, posisi penyusuan, ubat-ubatan semasa menyusui bayi, hormon hormon yang mempengaruhi penghasilan susu ibu, kaedah pemerahan susu ibu dan penyimpanan susu perahan.
Dalam banyak banyak topik di atas.. yang paling best part buat breast palsu dan patung bayi sendiri menggunakan stoking dan tuala je..
Dah tentunya makan yang best!
Sebarang persoalan mengenai susu ibu boleh sms atau whatsapp 0177164989 (safuhah)

Tuesday 17 December 2013

Big Bad Wolf book fair!

Assalamualaikum!
InsyaAllah akan berkursus di johor bharu mulai 17 disember ni.. jd pendik cerita saya dah di kampung..hihii...
Kicauan burung-burung memecah kesunyian pagi yang tenang damai... angin sepoi sepoi menampar pipi..chewaaaaaahhhh mcm novel pulak..
Sungguh damai suasana sini..
Just nak share ngan semua la.. kelmarin 10disember tiba-tiba hubby ajak pg Big Bad Wolf book fair.. kami pun sebenarnya pertama kali ke pesta buku ni.. katanya ada 3 juta buku buku untuk dijual..sebenarnya pesta buku ni diadakan saban tahun..cuma bezanya kali ni ia berlangsung selama 10hari terus menerus 24jam.. kalau tak silap 5disember sehingga 16 disember!!

10disember kami tiba hampir jam 9.30mlm.. amru dah lena atas 'stroller' dan hannan pula sy carry menggunakan boba babycarrier. Dapatla merasa nursing in public and while babywearing! Alhamdulillah.
Sejurus masuk dewan...wahhhhhh adalah impression pertama.. mata terus rambang sbb tak tahu nak pilih buku mana...sbb terlalu MURAH DAN TERLALU BANYAK BUKU!! Rata rata harga sebiji buku hanya RM5 hingga RM10... ada jugak yang RM 50 kebawah..
Hubby semestinya minat buku non fiction dan saya pula mencari bahan bacaan si kecil amru dan hannan serta anak2 saudara yang lain!
Belum sempat kami puas pusing semua baby hannan cranky nak tdo..hari pun dah lewat mlm.. kami buat keputusan pulang selepas membeli buku.
Keesokkan harinya sy kecewa terkilan kerana tak puas cari buku..hubby pun ckp tak puas beli buku.. dia ajak saya pergi semula ke mines inlternationl exchibition centre di seri kembangan utk BIG BAD WOLF book fair sekali lagi!!! Balik balik kerja..tidurkan anak2 kami gerak berdua shj.. alhamdulillah hasrat tercapai dan kami membeli lebih banyak buku...kali ini sy sempat membeli buku resipi, baking, buku anak2 serta hubby menambah koleksi bacaan peribadinya..
Pengalaman yang sangat berharga, tahun depan kami dtg lagi.. worth going and buying!!
InsyaAllah akan berkursus untuk menjadi kaunselor penyusuan susu ibu pada 17 hingga 21 disember!!!
Moga pulang nnt sy mampu membantu ramai ibu-ibu diluar sana!!
Hubungi saya utk membeli barangan penyusuan susu ibu eve love atau konsultasi susu ibu!!
Safuhah 0177164989 (sms/whatsapp)

Wednesday 4 December 2013

Omegaguard Shaklee sebagai supplement pemakanan Unggul!

Jom kita kenal apa itu Omegaguard Shaklee.

1. Kaya dengan sumber asid lemak tak tepu yang memenuhi standard farmaseutikal dan diperolehi dari sumber minyak ikan.
2. 3biji softgel ini mampu memberikan kita 1000mg acid lemak omega 3(545mg eicosapentaenoic (EPA) 360mg DHA dan 95mg acid lemak semulajadi)
3. Omegaguard shaklee memberikan kesemua 7 jenis keperluan asid lemak tak tepu dalam badan terutamnya acid lemak omega 3 dan acid lemak omega 6 yang seimbang.

Omega 3 boleh didapati daripada ikan tongkol, ikan salmon dan ikan siakap.
Omega 6 pula boleh didapati daripada tumbuh tumbuhan, daging dan produk tenusu.




BAGAIMANA OMEGAGUARD SHAKLEE BERTINDAK?

Asid lemak omega 3 sangat diperlukan untuk penghasilan sel, membran, sex hormone dan bahan seperti hormon yang dikenali sebagai prostaglandin.
Maka ia banyak digunakan untk:

1. Mencairkan darah dan memecahkan ketulan darah beku. 
2. Membakar lemak tepu di dalam darah yang akan mengakibatkan tekanan jantung
3. Memulihkan sistem immun badan dengan mngurankan reaksi radang 
4. Membantu mengekalkan keseimbangan electrolite dalam badan.
5. Lemak ini sangat diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat bagi bayi semasa kehamilan.



Antara kesan-kesan kekurangan asid lemak OMEGA

1. Kulit Kering
2. Kerap kena jangkitan kuman
3. Koordinasi badan yang lemah
4. Masalah ingatan dan fokus
5. Tekanan Darah Tinggi
6. Penyakit-penyakit akibat keradangan seperti ECZEMA, RHEUMATOID ARTHRITIS DAN  PSORIASIS.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

www.facebook.com/behealthy
www.facebook.com/breastpumpevelove

Tuesday 3 December 2013

Kelebihan mendaftar sebagai ahli shaklee (shaklee independant distributor)

Rasanya agak lama sy menyepi dari dunia blogging!
Alhamdulillah diberi Allah SWT kesempatan dan  kenikmatan untuk menulis entry kali ini.

Saja nak update kat u all, sy dah selamat melahirkan seorang puteri pada 24 july 2013 bersamaan 15 ramadhan.. insyaAllah akan sy share dalam next entries ye..

Sejak 2 menjak ni sering rakan rakan laman sosial atau pun di tempat kerja bertanya tanya mengenai shaklee.


Apa itu shaklee?? Bagaimana shaklee membantu?? Kenapa pilih shaklee? Beza shaklee dengan syarikat lain? Kelebihan ahli shaklee..

Teringat dulu dalam setahun lepas.. sy join shaklee under master wan fatihanum dengan membuat belian rm650++ utk dapatkan keahlian percuma.. masa tu dok kumpul order dari mak and kawan kawan sepejabat. Jumlah belian sy hampir rm700++, maka atas nasihat master sy jadikan rm800 utk dapatkan free postage pula.. alhamdulillah terus menjadi ahli shaklee.


Waktu tu blur and tak tahu nak buat apa..tapi mmg dah nekad nak tambah pendapatan keluarga dan alhamdulillah sy bersyukur kerana berpeluang join group shaklee ini. Upline upline kami semua hebat dari segi mental fizikal dan rohaniyah.

Satu perkara yang membuatkan saya tertarik melakukan bisnes shaklee adalah kerana kita sering kali di ingatkan untuk sentiasa mengingati 'bisnes partner kita yg Utama' yang sentiasa bersama tika suka dan duka. Amalan ruhani, zikrullah, dhuha, amalan surah al waqiah dan sebagainya sering kali ditekankan oleh upline kami..sedikit sebanyak selepas mengaplikasikannya mmg alhamdulillah sales menderu masuk. 

Cukup untuk kisah saya..mari kita pulang ke pangkal jalan...hihi
Ok shaklee tak sama macam MLM yang lain sebab shaklee ni:
1. Dah lebih 50 tahun di pasaran dan shaklee sangat mementingkan kualiti serta keberkesanan produk produknya. Tidak hairanla jika shaklee sanggup mengeluarkan belanja puluhan juta untuk klinikal testing.
2. Bekerja sebagai satu pasukan dan upline dibayar bonus untuk mendidik dan meggilap bakat downline dan downline mampu menyinar lebih daripada upline sekiranya downline bekerja keras. Errrr confused ke? Pendik cerita siapa usaha dia dapat. Sekiranya upline goyang kaki..upline takde sales, tapi downlines sales mencanak naik.. maka hanya downline yang dpt bonus.. adil bukan??
3. Shaklee ada sijil halal yang diperakui oleh JAKIM malaysia.
4. Tiada 'front loading' ataupun belian stok dahulu lepas keahlian.. kita hanya bertindak sebagai agent marketting dan shaklee akan uruskan postage untuk kita.. semudah A B C
5. Sekarang dah ada 'online' service. Ahli hanya perlu order barang bagi pihak kastemer melalui online sistem shaklee2u dan selebihnya shaklee uriskan..mudah bukan??
6. Beli harga pada harga ahli. Setiap belian ada unit volume (UV) yg dikumpul setiap bulan supaya dapat ditukar kepada duit cash! Bonus la ni..shaklee bagi..
7. Setiap bulan ada item promosi..iaitu beli 6 percuma 1..kalau beli time ni dapat harga murah murah..

 

Maka tiada alasan untu tidak menjadi ahli shaklee sekiranya anda ingin mengubah pendapatan keluarga..
Ada 2 cara!
1. Dengan hanya bermodalkan rm75 seumur hidup (sabah sarawak rm85)
2. Dengan belian rm650 keatas untuk keahlian percuma

Sms atau whatsapp sy 0177164989 utk mendaftar hari ni!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.



ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design