Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Friday, 3 May 2013

HIIT - Senaman Bagi Mereka Yang Kesuntukan Masa

HIIT - high intensity interval training. Training atau senaman bagi mereka yang mahukan senaman yang membakar lemak tapi mengambil masa yang lebih singkat daripada senaman cardio biasa seperti jogging atau berbasikal. HIIT ialah senaman high intensity iaitu senaman yang memerlukan tenaga yang lebih tinggi. Ia terdiri dari senaman sprint yang diselang seli dengan senaman yang lebih ringan seperti brisk walk atau jogging.




Yang membezakan HIIT dengan senaman cardio biasa adalah tempoh masa yang diperlukan untuk senaman HIIT lebih singkat iaitu cuma mengambil masa 15 - 20minit. Selain itu melalui beberapa kajian, HIIT dikatakan dapat membakar lemak dengan lebih efektif dan pantas berbanding senaman cardio biasa. Melalui kajian juga didapati HIIT membakar 10% lebih banyak kalori selepas 24jam bersenam berbanding senaman berterusan yang 'steady' ini bermakna metabolisme semasa berehat bagi mereka yang mengamalkan HIIT adalah lebih tinggi. Kajian juga mendapati HIIT dapat mengurangkan penghasilan enzim yang menghasilkan lemak.



Ada pelbagai jadual yang boleh dibuat untuk melaksanakan senaman HIIT. Di sini saya ingin kongsikan salah satu regime yang digunakan bagi penggemar-penggemar HIIT. Regime ini terdiri daripada 4fasa yang mengambil masa 8minggu.

  • fasa 1 (minggu 1-2): 15saat high intensity exercise diikuti 60 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 15saat high intensity exercise.
  • fasa 2 (minggu 3-4): 30saat high intensity exercise diikuti 60 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
  • fasa 3 (minggu 5-6): 30saat high intensity exercise diikuti 30 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
  • fasa 4 (minggu 7-8): 30saat high intensity exercise diikuti 15 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
Selepas ini bolehlah suamiku cuba HIIT untuk kurangkan lemak di perut. Lagi berkesan kalau disepadukan dengan diet sihat dan pengambilan Cinch Shaklee. Performance Drink pula untuk prestasi senaman yang optimum.


Sunday, 28 April 2013

Dah Gemuk

72kg. Suamiku mengadu. Badannya dah gemuk. Biasanya dalam lingkungan 60kg sahaja. Paling berat pun 65kg.

Mungkin perlu buat sesuatu. Seluarnya mula ketat. Banyak seluar ke tempat kerja yang baru dibeli. Kalau tak kuruskan badan, nanti tak selesa ke tempat kerja. Saya tertanya-tanya apa perempuan yang gemar berpakaian ketat rasa. Tidak selesa langsung!

Shaklee menawarkan Cinch untuk mereka yang ingin kuruskan badan. Kalau lapar 'makan' Cinch. Saya bercadang untuk mengesyorkan Cinch kepada suami saya. Perkembangan positif akan saya kongsikan bersama nanti. Insya Allah.



Cinch adalah minuman berkalori rendah yang tinggi protein. Protein yang tinggi akan ‘mengeyangkan’ perut. Anda akan kenyang dan berhenti makan. Dengan 3 rasa istimewa chocolate, coffee latte dan vanilla, setiap container cinch mengandungi 765g serbuk cinch bersamaan 15 servings. Cara membancuhnya sangat mudah. Cuma campurkan 2sudu cinch dengan segelas susu rendah lemak atau campurkan dengan segelas ESP.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design