Sunday 20 April 2014

Pusat anak tertimbul? Normal ke?

Mommies... tiba tiba teringat soalan seorang mommy yang hadir ke klinik yang saya buat locum td.

Ibu yang bawa baby nak cucuk kuning tu tanya pusat anak die tersembol keluar.
" Dr, normal ke pusat anak saya ni? "
Selepas di periksa mmg normal. Keadaan ini dinamakan umbilical hernia. Selalunya keadaan ni akan hilang dengan sedikit tekanan kepada pusat bayi selepas tali pusat jatuh sepenuhnya.
Dulu Hannan pun mcm tu juga, sampau mak saya yang jaga pantang pun risau. Akhirnya untu sedapkan hatinya kami mendapat kepastian daripada doktor ketika check baby.
Yang penting anak atau bayi tu aktif, tidak meragam dan boleh kentut atau buang angin seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Hari ini saya bertemu dengan 3 orang ibu yang menyusu badan. Antara soalan yang ditanya oleh ibu ibu tersebut:
1. Dr. Susu saya bengkak. Hari ni dah hari ke 5, anak saya tak minum ke?
Jawapan: selalunya memang susu ibu akan meningkat mendadak pada hari ke 5 hingga ke 7. Seminggu pertama adalah pengeluaran kolustrum dan selepas seminggu hormon oxytocin dan prolaktin tinggi.

2. Dr. Kenapa puting saya luka? Padahal anak saya menyusu kuat.
Jawapan: salah satu sebab anak menyusu kuat sebab anak tak dapat susu dan kenapa anak tak dapat susu sebab teknik pelekapan yang kurang tepat.
Periksa semula teknik pelekapan. Ada 4 point.
1. Selari
2. Dagu bersentuh payudara
3. Bibir bawah terjeluir
4. Sokongan.

InsyaAllah saya sambung cerita pelekapan kemudian.. nak tidokan hannan dan ada seorang pelanggan nak jadi ahli shaklee.
Untung jadi ahli shaklee ni, badan sihat, keluarga terjaga dan boleh peroleh pendapat sehingga 7angka sebulan!
Jika berminat jom hubungi saya 0177164989.
Hanya dengan rm65 boleh merubah hidup anda!!
Kalau berminat nak jadi agen dropship jualan barangan penyusuan eve love pun boleh hubungi saya. ;)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design