Showing posts with label diet tinggi protein. Show all posts
Showing posts with label diet tinggi protein. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Diet Atkins Cara Terbaru Untuk Kurus!!-Bahagian Kedua

Atkins menukarkan badan anda kepada fat-burning machine.


Metabolisma  adalah proses yang menukarkan apa yang anda makan kepada tenaga atau kepada bahan simpanan dalam badan. Makan makanan yang betul dapat meningkatkan penggunaan metabolisma tubuh badan anda dan mengawal lemak dalam badan. Apabila badan kurang bergantung kepada karbohidrat untuk mendapatkan tenaga, badan anda akan bertukar kepada mesin membakar lemak untuk supaya dapat hasilkan tenaga.

Keluar daripada kebiasaan metabolisma gula dalam darah!


Apabila anda mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, ia akan ditukar kepada glukosa, yang akan dibawa melalui salur darah anda ke seluruh badan anda. Kandungan glukosa dalam darah yang tinggi dalam badan akan mengaktifkan insulin, iaitu hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah anda dan saya.

Disebabkan badan kita hanya dapat menyimpan tak lebih daripada separuh tenaga yang diperlukan setiap hari dalam bentuk glukosa - tidak seperti lemak yang boleh menyimpan tenaga berlebihan - maka badan akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga sebaik sahaja dicerna dan diserap ke dalam darah. Selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat, badan akan berhenti menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan mula menggunakan glukosa yang dihasilkan oleh insulin untuk mengelakkan darah tinggi dengan gula. Maka tenaga dihasilkan daripada karbohidrat.

Lemak akan di'anaktiri'kan dan sentiasa dibelakangkan sebagai penyumbang kepada metabolisma tenaga. Anda boleh mengubah situasi ini dengan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan bukan lagi karbohidrat. Inilah teori yang Dr. Atkin cuba ketengahkan.

Dengan mengubah imbangan karbohidrat, lemak dan protein dalam diet anda, anda akan tingkatkan tenaga dan menstabilkan pada aras yang tetap.

Bila anda makan makanan yang terdiri daripada protein, lemak dan serat maka tubuh anda akan kurang merembeskan insulin. Apabila karbohidrat yang anda ambil dalam bentuk high fiber whole food, glukosa akan ditukarkan dengan lebih perlahan, paras gula dalam darah anda akan lebih stabil dengan lebih lama.

Untuk lebih jelas, makan lemak bukan buatkan anda gemuk asalkan anda memastikan badan membakar lemak untuk tenaga!!!


Dua kesalahan dalam diet yang tidak sihat : overeating atau terlalu banyak makan dan karbohidrat. Inilah rahsia Atkins Diet dan kunci kepada penurunan berat badan dan pengekalan berat yang ideal - tanpa kelaparan dan kempunan.

Dapatkan berat badan yang ideal mulai hari ini!! Apa pun cara anda, yang penting usaha, pemakanan seimbang, kerap bersenam, tekad dan paling penting tawakkal!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Thursday, 21 March 2013

Diet Atkins Cara Terbaru Untuk Kurus!!-Bahagian Pertama

Diet Atkins??

Saya mengenali Diet Atkins daripada seorang kawan semasa menuntut di kolej perubatan dahulu. Kawan saya ini memperkenal, mengamalkan diet Atkins dan mengakui keberkesanannya.

Prinsipnya mudah. Menukarkan badan daripada menggunakan karbohidrat sebagai tenaga kepada lemak. Ini bermakna lemak akan dibakar untuk membekalkan tenaga. Lebih banyak lemak dibakar lebih kuruslah anda.
fat
Tetapi sebelum badan dapat menggunakan lemak sebagai tenaga, kesemua karbohidrat dan simpanannya perlu digunakan. Maka terbitlah idea 4 fasa pemakanan berdasarkan tahap penggunaan karbohidrat (carb.) dan lemak.

Semasa anda mengamalkan diet atkins anda akan mengambil makanan seperti biasa malah anda dibenarkan mengambil ayam goreng dan makanan lain yang berlemak tetapi di'haram'kan sama sekali menjamah makanan berunsurkan karbohidrat.

Ini bermakna anda boleh makan daging burger sahaja tanpa rotinya, makan lauk pauk tanpa nasi, makan topping piza tanpa roti piza.
burger without bun

Apabila sumber karbohidrat anda makin berkurangan badan akan mula menggunakan sumber tenaga yang lain seperti lemak dan protein. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Segala lemak-lemak yang berkumpul dalam badan akan dibakar untuk ditukar kepada tenaga. MUDAH BUKAN?

Saya bercerita panjang tentang diet Atkins ini tapi saya tidak mengamalkan sepenuhnya disebabkan faktor sy masih menyusu Amru. Saya buat diet ini time malam jer iaitu tak makan nasi dan hanya makan sayur seta protein..Perbezaan?? Saya tak timbang tapi mak ayah, nenek atok dan sahabat ada menegur sy sedikit kurus...TETAPI suami saya berjaya menurunkan berat badan 5kg lepas mengamalkan diet atkins selama sebulan. Beliau bukan pengamal atkin tegar tetapi mengamalkan secara sambilan. Nasi dikurangkan portion. Makan nasi sekali sehari je masa lunch. Malam makan lauk! Minum air banyak. Rajin berjoging.







jogging
InsyaAllah

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design