Thursday 23 January 2014

Baby Led Weaning (20/01/14) with El Hannan ;)







Baby Led Weaning! Cara Baru Memperkenalkan Makanan Pelengkap kepada Bayi.

Apa itu Baby Led Weaning?

Baby led weaning ni cara terbaru untuk memperkenalkan makanan pelengkap pada anak kita.
Prinsipal di sebalik istilah 'baby led weaning' adalah untuk membolehkan anak kita makan dengan sendiri makanan yang bersesuaian mengikut umurnya dengan perkembangan usia mereka.
Ini bermaksud anak kita akan memasukkan sendiri makanan yang terhidang kedalam mulutnya dan dia akan makan yang dikehendakinya sahaja.
Dalam erti kata lain makanan tidak ditempatkan dalam mulutnya, tetapi anak kita terpaksa berusaha untuk mengambil makanan yang mana dan banyak mana yang ingin di makannya.
Pelbagai kajian dilakukan menunjukkan kaedah ni jauh lebih baik daripada kaedah menyuap makanan kepada baby.

Nanti boleh baca seterusnya mengenai baby led weaning di sini  http://www.babyledweaning.com/


Alhamdulillah dah cuba teknik ni pada baby Hannan masa die umur 180 hari.. sangat excited actually tgk telatah dia makan dan rasa.
Pada pendapat saya, insyaAllah rasa teruja nak bagi baby Hannan makanan yang digemarinya namun kaedah Baby Led Weaning ni perlu pengawasan daripada dewasa. Disebabkan Hannan di jaga oleh maid..maka kami setuju untuk menyuap makanan biasa untuk bayi sewaktu ummi bekerja.. dan baby led weaning semasa saya berada di rumah sahaja.


Hari pertama Hannan merasai makanan pelengkap, kami berikan makanan sunnah iaitu puree kurma. Senang je nak buat puree ni:

5 biji kurma di buang kulit dan biji

sedikit susu EBM ibu

Air zam zam.


Masuk semua bahan dalam pengisar baby.. kisar sehingga halus dan kepekatan yang sesuai buat baby k.
siap..

Alhamdulillah Hannan berselera.. adalah dah nak habis tu die macam geli-geli masam kurma tu..it was fun!

Then lunch saya start dengan bubur kosong sahaja... haaa dinner pula, ummi buat steamed carrot. Inila reaksi baby hannan bila baby led..

  http://youtu.be/SadPi_iiTcE


ok guys..sampai sini dulu.. esok sambung lagi..
Any questions berkenaan penyusuan susu ibu boleh sms/whataspp saya safuhah 0177164989.
~Kasih Hawa Buat Semua~

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design