Showing posts with label bisnes online. Show all posts
Showing posts with label bisnes online. Show all posts

Friday, 13 June 2014

WAHM atau ibu bekerja dari rumah : Realiti dan Fantasi

Pada 31 Mei lepas, sy meletakkan jawatan saya sebagai seorang pegawai perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah setelah genap 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Ramai yang agak terkwjut dan terkilan serta sedih dengan keputusan yang saya buat namun saya rasa inilah keputusan yang terbaik buat anak anak saya.

Di kala saat ini ramai antara teman teman satu universiti dahulu berebut rebut menduduki peperiksaan Master utk menjadi pakar perubatan. Ya ia merupakan angan nganku jua dahulu, ketika tiada amru dan hannan dalam hidupku.

Mungkin ada sebilangan mereka mereka diluar sana yang fikirkan sy mencari kerja yang lebih senang dan tidak tahu bersyukur dengan apa yang saya ada.. Hakikatnya saya mencari KEBEBASAN, KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN yang mana saya lebih nampak dengab berniaga. Ya sudah 2minggu saya dirumah sudah macam macam nikmat yang saya rasa..
Anak anak membesar sihat dan ceria di depan mata.

Jika anak sakit macam amru hari ini, saya tidak perlu lagi memikirkan hal untuk beritahu boss tentang kelewatan atau ketidak hadiran saya bertugas, saya boleh sentiasa berada disamping amru, boleh pantau 24jam tanpa rasa gelisah.. Ibu mana yang mampu melihat anaknya sakit.

Walaupun kadang duduk dirumah atau bekerja dari rumah bukanlah semudah yang diimpikan..bahkah realitinya lebih sukar dan menggunakan lebih banyak tenaga.. saya akan bangun seawal yang boleh utk menyiapkan semua kelengkapan anak anak sebelum anak anak bangun dan selepas mereka tidur, saya masih berjaga untuk meneruskan perniagaan online saya..
Alhamdulillah saya syukur nikmat Allah SWT beri dan saya betul betul gembira dengan apa yang saya dapat hari ini..

Jika kerja dengan kerajaan gaji masuk cukup bulan 25 haribulan.. tidak kira la ita sakit ke atau kita bersenang lenang di supermarket waktu kerja atau tidur di ofis, jumlahnya tetap sama...
TETAPI jika bekerja dari rumah, anda kena ada target dan hala tuju sendiri.. jika target terkeluar dari landasan maka kurangla gaji atau pendapatan bulan tersebut..

Anda usaha anda dapat.. nikmatnya pendapatan.. setiap duit adalah perih jerih sendiri.. :)

Jom join saya berniaga dari rumah.. saya bantu anda..
InsyaAllah pasti boleh mendapat pendapatan lumayan.. :)

Sms atau whatsapp 0177164989.

Tuesday, 19 March 2013

Proses Pendaftaran Perniagaan di SSM


Tekad untuk mendaftarkan perniagaan di SSM!

Alhamdulillah semalam merupakan satu lagi hari bersejarah kami. Setelah setahun berkecimpung dalam perniagaan online dari perhiasan rumah ke craft tangan dan mainan soft toy bayi kini dan selamanya akan bersama Shaklee, kami nekad untuk mendaftarkan XERCESTOUCH sebagai nama perniagaan kami.

Kebetulan hubby cuti semalam jadi hubby pun pergila daftarkan XERCESTOUCH ENTERPRISE di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Image
Balik daripada SSM tu hubby pun share la pada sy proses-proses pendafttarannnya yang mudah.

Kepada mereka yang ingin mendaftarkan syarikat dekat SSM bolehlah ikut langkah mudah ini:

  1. Sediakan peralatan dan dokumentasi – fotostat kad pengenalan, pen, RM70 (kalau nak daftar menggunakan bukan nama sendiri dan mendaftar untuk setahun) – yuran mungkin berlainan bergantung kepada nama syarikat anda dan jenis pemilikan.
  2. Pergi ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan borang. Cakap je dekat pegawai dekat kaunter nak daftar syarikat baru.
  3. Isi borang
  4. Dapatkan angka giliran
  5. Tunggu giliran untuk berurusan dengan kaunter pembayaran (kaunter 1-4)
  6. Berurusan dengan kaunter pembayaran
  7. Tunggu untuk dapatkan sijil di kaunter 10 (anda mungkin dipanggil oleh pegawai di kaunter ini untuk berurusan mengenai nama dan lain-lain masalah berkenaan nama dan lain-lain sebelum sijil dicetak dan dikeluarkan)
  8. Mendapat sijil syarikat baru anda

Pada mulanya nak letak nama Xercestouch sahaja. Tapi pegawai di kaunter 10 mintak tambah perkataan lain. Maka jadilah Xercestouch Enterprise. Bila dah maju nanti mungkin ubah lagi jadi Xercestouch Group of companies pulak. Hehe..
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami menamakan xercestouch ini sampai pegawai kat SSM tu ckp selalunya yang touch-tocuh ni company Mak Andam atau Make Up jer.. sila baca entry Kenapa Xercestouch?
p/s: Nombor giliran bertuah 2078. Hubby berurusan di SSM cawangan Shah Alam di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi jenis kaunter mungkin berbeza.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya. Sekarang perlu bekerja keras untuk memajukan perniagaan kami. InsyaAllah sy mengimpikan financial freedom dan bekerja dari rumah sahaja..sebab sekarang ni setiap hari bermasalah nak pujuk anak time pergi kerja..Hancur luluh hatiku melihat ragam dan rajuk amru setiap kali sedih umminya nak pergi kerja.. :)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.


ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design