Showing posts with label tips tambah susu. Show all posts
Showing posts with label tips tambah susu. Show all posts

Tuesday, 8 July 2014

TIPS TAMBAH SUSU IBU DI BULAN RAMADHAN

Salam Ramadhan untuk semua.
Hari ni saya nak share dengan semua mommies tentang cara atau tips nak tambah Susu Ibu di bulan Ramadhan.
Sebenarnya tips ini boleh je diguna pakai di bulan bulan lain. Konsep sama sahaja iaitu banyak permintaan maka lebih banyak penghasilan (Konsep Supply Vs Demand).


  • Disiplin dengan jadual pump yang teratur- saya akui bulan puasa ni ramai yang lemau atau letih, di sini la dugaan atau cabaran untuk kita elak atau tertinggal pump susu. Bila kurang permintaan maka kurangla penghasilan susu ibu. Mungkin jika kita takut kehabisan tenaga di siang hari, kita boleh mengurangkan kadar dan masa perahan di siang hari dan melebihkannya di malam hari. InsyaAllah susu akan bertambah.
  • Kerapkan penyusuan susu ibu mengikut permintaan bayi- maksudnya apabila mommies berada bersama bayi, kerapkan penyusuan susu ibu. Di bulan puasa ini bila ibu menyusukan bayi, mommies akan rasa relaks dan tenang sehingga mungkin boleh terlelap dan ini membolehkan mommies kurang tekanan dan akhirnya akan menyebabkan lebih banyak oksitosin dialirkan.
  • Tekad mommies yang Kuat- semua mommies yang menyusu anak pasti mempunyai tekad dan keazaman yang tinggi. Dan mommies harusla berdisiplin. Anda memilih dan menentukan yang terbaik untuk anak anda. Dari pengamatan saya, mommies yang kurang azam atau cepat mengalah akan rasa putus asa dan akhirnya memilih jalan pintas menambah susu formula.
  • Jangan banding kuantiti perahan susu ibu dengan orang lain- senang cerita mommies jangan terpedaya atau tergugat dengan kuntiti perahan orang lain. Yang penting mommies kena yakin dan kerap kosongkan payudara mommies.
  • Fikir positif dan sentiasa ceria- dengan ini mommies akan merangsang lebih banyak hormon oksitosin maka akan lebih banyak susu yang dialirkan keluar,
  • Berdoa dan bertawakkal- ini merupakan usaha yang paling penting kerana segala yang berlaku itu pastinya dari ketentuan Allah SWT. Memohon dimurahkan dan dicukupkan susu ibu di bulan Ramadhan yang mulai ini.
  • Bersyukur dengan hasil pump setiap waktu
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat- terutamanya di waktu puasa ini, mommies kena bijak memilih makanan untuk berbuka dan bersahur. Antara makanan yang disarankan ialah kurma, air zam zam, makanan kaya protein, halba, tauhu, tempe, bijirin, oats dan sebagainya
  • Pengambilan air yang mencukupi- sepanjang bulan Ramadhan ini haruslah mommies meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehingga bersahur. Dan setiap kali pump susu atau menyusukan di malam hari cuba sebaik-baiknya untuk minum air suam.
  • Mengamalkan supplement untuk mommies kekal bertenaga- Pada saya tips ini juga amat penting kerana hanya kita sahaja yang tahu kebolehan serta keupayaan diri kita, dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu menyusu serta isteri yang perlu menyediakan juadah dan urusan rumah tangga semestinya memerlukan tenaga luar biasa. Kepentingan supplement adalah untuk mengisi semula kelompongan mineral dan vitamin dalam gizi harian ibu. InsyaAllah dengan mengamalkan supplemen secara konsisten, maka mommies akan mendapat atau berasa bertenaga. 


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Friday, 20 June 2014

Kenapa Susu Badan Kurang Walaupun Sudah Ambil Set Susu Shaklee?

Soalan ini sering saya terima daripada kebanyakkan kastemer... beli dengan semangat membara untuk meningkatkan penghasilan susu badan namun selepas mencuba masih tidak mendapat jumlah yang diingini..

KENAPA SITUASI SEPERTI INI BERLAKU?
Kerana seperti yang biasa dan sering saya katakan... penyusuan susu ibu ini perlu rangsangan. Dan rangsangan ini didapati daripada kesan hisapan bayi serta mengosongkan payudara dengan cara pump susu. Sekiranya proses ini tidak dipraktiskan maka susu ibu ini tidak akan terhasil walau banyak mana sekalipun anda mengambil supplement atau tukar tukar produk.

Mommies semua kena ingat bahawanya konsep ' Demand And Supply' ini amat penting dalam memastikan penghasilan susu yang berterusan.
Supplement atau milk booster adalah untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu serta memberikan mommies kesihatan yang lebih baik.
Yela.. mommies semua mesti sibuk menguruskan hal hal rumah tangga kemudian menyusukan anak pula.. banyak tenaga yang digunakan.
Tambahan pula, zaman ini pemakanan mommies tak sebaik atau sempurna pada zaman ibu ibu kita.. banyak pengawet dan tida sihat.
Maka dengan mengamalkan supplement kesihatan shaklee atau supplement penyusuan shaklee ini, maka secara tidak langsung membekalkan semua zat dan garam galian yang diperlukan oleh tubuh ibu dan seterusnya bayi.

Apabila mommies ceria dan bertenaga barulah boleh membentuk keluarga bahagia.. insyaAllah.
Kita hanya berusaha yang terbaik, selebihnya Allah tentukan.

Berbalik kepada soalan kita hari ini, iaitu kenapa susu saya kurang walau dengan pengambilan supplement shaklee ini, saya ingin berpesan dengan mommies kena kerapkan penyusuan dan pump susu ibu untuk mendapatkan susu ibu yang banyak...

Jom kita cabar diri.. kalau tak percaya cubala..
Boleh share komen anda dan hasil perahan di ruangan komen jika anda telah mencuba apa yang saya katakan. InsyaAllah saya akan pilih pemenang.

Tips utk berjaya:
1. Kerap menyusu atau pump susu sekurang2nya 2 hingga 3 jam sekali
2. Sentiasa minum air masak sekurang2nya 3liter
3. Merangsang penghasilan oksitosin dengan mood ceria dan sentiasa teringat ke anak
4. Mendapat sokongan dan dorongan suami
5. Sentiasa bersyukur dengan hasil perahan yang diterima pada hari tersebut.
6. Berfikiran positif
7. Mengamalkan pemakanan tinggi protein rendah lemak
8. Mengamlkan supplement shaklee :)

Sebarang pertanyaan tentang supplemen dan penyusuan susu ibu boleh sms atau whatsapp 0177164989.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design