Sunday 29 December 2013

Pabila dapurku berasap: Bebola ikan buat my little khalifah, Amru!

As salam..
Syukur diberi peluang oleh Allah bernafas di bumi Malaysia..
Percutian kami sudah sampai ke penghujungnya.. hari ni kami semua sudah mula bekerja semula..alhamdulillah mencari rezeki buat keluarga.
Terasa nak buat sesuatu untuk amru..sebab amru suka makan..
Selalunya sy akan sediakan makanan yang siap dimasak sebelum keluar bekerja..kadang buat time weekend dan frozenkan buat amru..
Bila mahu dimakan cuma tinggal pesan pada maid, maid panaskan dan beri amru makan..
Pada saya hidangan yang dimasak sendiri oleh ibu lebih menyentuh hati anak2 kerana kita memasak bersulamkan kasih sayang...tambah-tambah ibu mertua pernah pesan..time masak gaul lawan arah jam..sambil-sambil berzikir..mudah mudahan juadah yg kita masak akan memberi tenaga buat keluarga kita beribadah...secara tidak langsung penuh kasih sayang..
Mak saya selalu cerita, dulu dulu mak bangun 4 5 pagi sabab nak masak juadah makan pagi, tghahri dan ptg buat kami sebelum keluar bekerja. Dan masakan mak la yang kami selalu idamkan...sedap betul mak masak!!
Ok dah panjang membebelnya... jom buat bebola ikan.. homemade with love!!
Bahan-bahannya:
3/4 cawan ikan tenggiri
1sudu makan tepung jagung
Secubit garam
Secubut lada hitam
1. Ambil isi ikan tenggiri, asing tulangnya
2. Letak tepi tulang dan kulit ikan (boleh buat stok ikan)
3. Masukkan isi ikan tadi ke dalam pengisar beserta tepung jagung, garam dan lada hitam
4. Kisar sehingga halus dan sebati, rasa garam dan lada sulah, if tak cukup tambah secukupnya
5. Tuangkan kedalam bekas, ambil adunan dan uli sehingga sebati dan licin (ambil doh dan baling semula ke besen, ulang berkali)
6. Didihkkan air, bentukkan bebola, madukkan dalam air mendidih tersebut
7. Bila dah masak angkat (bebola timbul di atas permukaan)
Selamat mencuba!!
P/s: sy simpan bebola dalam plastik milk storage bag eve love yang sudah di pakai..re use la ni.. packing sy untuk 2 kali makan.. nnt bila nak masak sup ikan ke, nasi goreng ke, sup sayur ke... add on je bebola ni.. simpan dalam compartment sejuk beku..

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design