Thursday 16 January 2014

Pemakanan bayi untuk 2 tahun Pertama

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah nak setengah tahun bersalinkan khadeeja el hannan!
Perasaan indah tak terkata dapat melahirkan 2 permata hati yang tak ternilai.. melahirkan membesarkan dan membelai mereka setiap hari adalah saat berharga buat saya!
www.facebook.com/breastpumpevelove

Saya yakin mommies lain pun begitu.. mungkin sesetengah pihak berfikiran sy terlalu obses tentang penyusuan susu ibu ni namun mommies yang pernah merasai pengalaman menyusukan anak pasti tahu sebab disebaliknya!
www.facebook.com/breastpumpevelove


Cecair Emas ciptaan Allah buat anak anak kecil ini adalah yg terbaik buat mereka. Mereka berhak mendapatkannya sehingga 2 tahun. Kecanggihan Sains pun tidak mampu menyangkal kebaikan susu ibu terhadap bayi..terlalu banyak kebaikan nya..antaranya merapatkan bonding, susu lengkap pelbagai khasiat, kaya antibodi, mudah hadam dan banyak lagi....errr mungkin saya share lagi kemudian.



www.facebook.com/breastpumpevelove

Pemakanan 2 tahun pertama penting kerana mereka membesar dgn cepat dalam tempoh masa ini.
Jom kita share berapa banyak susu yang bayi kita perlukan?
*0-1bulan 60ml setiap penyusuan. Diberi dalam 8 kali sehari
*1-2bulan 90ml setiap penyusuan. Diberi dalam 7 kali sehari
*2-4bulan 120ml setiap penyusuan. Diberi dalam 6kali sehari
*4-6bulan 150ml setiap penyusuan. Diberi dalam 6kali sehari



www.facebook.com/breastpumpevelove


Namun ia bergantung kepada kepeluan bayi atau anak anda.. kerana mengikut polisi penyusuan kita menyusu 'on demand'. Selagi anak mahu menyusu kita layan kan aje.. :)

Apabila bayi bertambah besar dan aktif keperluan tenaga dann pemakanannya juga bertambah. Susu ibu tidak lagi dpt memenuhi keperluannya apabila anak mencapai 6bulan.
Sekarang mereka memerlukan makanan tambahan atau 'complementary feeding' selain daripada susu ibu. Maka dapatlah membantu membekalkan tenaga dan nutrient lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A.

Panjang dah cerita.. sebenarnya sharing ni sebab teringat 20jan ni genapla khadeeja el hannan 180hari atau 6bulan! Maka kena start dah fikir menu complementary feeding buatnya!
InsyaAllah pasti akan berkongsi dengan mommies semua!

p/s: promosi breastpump evelove januari 2014 masih berlangsung..cepat dapatkannya..sebarang pertanyaan dan konsultasi susu ibu boleh sms/whatsapp 0177164989 (safuhah)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design