Sunday 27 April 2014

Menarik Sangat Ke Sabah? Day 1

Kundasang!!! Adalah destinasi wajib pergi semua pengunjung yang bercuti ke Sabah! Kami  juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan panorama alam yang indah ini..
Perjalanan percutian kami di sabah hari ini adalah menuju kundasang. Kundasang ni ala ala cameron jika di semenanjung. Kami gerak dah dlm pukul 8pagi dan tiba di kundasang jam 12tghr. Sebenarnya takdela jauh sangat dalam 2jam je, tapi hari ni jalan jam sebab ada road block. 
Sepanjang perjalanan menuju kundasang kami melintasi beberapa buah daerah iaitu tamparuli, pekan nabalu dan akhirnya kundasang sebelum ke ranau.
Setibanya di kundasang jam pkl 12 tghr jadi belum boleh check in, kami terus ke pekan ranau. Di kundasang ni susah nak jumpa kedai makan halal. Jadinya kami ke ranau untuk makan tengahri.
Selesai makan kami bergerak ke Poring Hot spring. Di sini ada kolam air panas yang telah dialirkan kepada beberapa biji kolam persendirian. Ada juga rock pool dan mini taman tema. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke tempat ini ialah rm3 seorang dewasa dan kanak kanak 7 tahun percuma. Ramai pelawat yang datang ke sini untuk merehatkan badan dan minda selain menikmati terapi air panas.

Setelah selesai berendam kaki, kami menuju ke kg. Luanti fish massage. Ha... tempat ni paling kami enjoy hari ini!! Pengalaman baru buat kami semua. Di sini pengunjung perlu bayar rm3 dewasa untuk sekali masuk. kat sini kami semua di tunjukkan tempat ikan kelah ini suka duduk dan sangat manja. 

Sebaik sahaja kaki memijak air, ikan ikan kelah yang sangat mesra terus menyapa dan mencium kaki kami serta menghisap daki daki kaki kami. Perasaannya? Sesungguhnya saya amat geli tapi hannan berani dan relax. Gelak gelak die main air.. Amru pula berani dari jauh sahaja. Cuma boleh duduk sini selama 15 minit sahaja. Apa pun pengalaman yang sangat berharga dan kami semua gelak sampai terbatuk batuk melihat aksi masing-masing. ;)
Setelah bersiap siap lepas mandi kami bergerak pula ke sabah tea. Sabah tea ini sebenarnya ladang teh macam boh cameron tu... alhamdulillah pemandangan yang memukau.. tapi cameron lagi cantik dan nyaman. Mungkin kerana jenis teh yang berbeza. Di sini jalan nak ke ladang dan restoran ni sangat mencabar. Orang yang tak loya pun boleh loya. Sempatla minum teh panas serta kuih untuk minum petang. 

Jam dah pkl 5lebih hampir 6 ptg. Masa untuk bergerak pulang ke hotel untuk berehat.
Kami menginap di kinabalu pine resort. Bestla, cantik.. yang paling best bukan sekadar dpt breakfast free tapi mereka bagi dinner free lagi and lauk pun banyak!
Secara keseluruhan, kami sangat puas hati ;)
Okla letih ni.. esok sambung!

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design