Wednesday 11 June 2014

National Conference Shaklee Jun 2014

Lama menyepi dari mencoret sesuatu di sini..
Ada sedikit musibah yang melanda saya ketika saya baru nak berhenti kerja. Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik buat saya..
Saya syukur nikmat tak terhingga itu...
Kini saya bergelar seoarang ibu yang berkerjaya dari rumah.. atau bahasa orang putihnya work at home mom!! (WAHM)

Hanya seorang ibu yang memahami perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak anak dan keluar bekerja. Sentiasa terikat dengan jadual kerja dan lebih banyak masa di luar.. dan akhirnya saya memberanikan diri untuk membuat keputusan yang tidak pernah saya jangkakan sebelum ini!!
Syukur Ya Rabb..

Okla hari ini saya nak share tentang apa itu National Conference Shaklee. Kebetulan masih panas dan masih terasa aura NC yang baru beelangsung pada 7 hingga 9jun lepas.
Sewaktu saya join shaklee kira kira pada oktober 2012 yang lepas, saya hanya ingin berbisnes sampingan dan dengan kerjaya sebelum ini sebagai seorang doktor, tiada sebarang push factor untuk saya dapatkan duit lebih. Hidup saya cukup selesa. Alhamdulillah.
Saya memang minat berniaga dan adalah pengalaman beeniaga kecil kecilan di kolej dulu.
Sejak berkecimpung dalam shaklee, saya belajar mengenai perniagaan online. Saya mula kenal apa itu blog, saya mula pelajari apa itu page..dan akhirnya saya semakin seronok dan suka dengan apa yang saya lakukan.

Saya seorang doktor dan sesungguhnya dengan mengenali shaklee dan setelah mengamalkan shaklee saya dapati perubahan kpd kesihatan keluarga saya secara menyeluruh.
Keberkesanan serta keyakinan shaklee terhadap setiap produknya menyebabkan saya tidak teragak agak untuk berkongsi kebaikan tentangnya.

Pada saya mencegah lebih baik daripada merawat. Alhamdulillah ramai warga Malaysia yang tahu tentang kebaikan shaklee dan ramai juga yang tahu tentang peluang yang dibentangkan oleh shaklee.. seperti yang kongsikan di atas, saya sertai shaklee hanya untuk suka-suka. Maka saya memang tidak pernah terfikir untuk menang sebarang anugerah.

Pernah pada bulan april lepas mommy saya tanya tentang pembelian tiket NC.. Hati sy rasa saya akan dpt award, tp saya beli juga sekeping untuk back up. Akhirnya saya dapat email daripada shaklee yang saya telah dianugerahkan bukan 1 malah 4 anugerah tahun ini!! Dan saya layak penginapan hotel 5 bintang untuk 3hari 2malam.

Alhamdulillah..syukur rezekiMu ya Allah..
Dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..
Pengalaman manis yang luar biasa untuk insan biasa meraih kejayaan...
Kejayaan yang dikongsi bersama sama sahabat seperjuangan yang benar benar mahukan perubahan dalam hidup!
Dan NC tahun ini telah membuka mata saya seluas luasnya.. tentang peluang shaklee..
Ramai masters daripada masyarakat melayu dan sistem yang telus serta halal.
Tiada front loading.
Tiada head hunting.

Siapa usaha dia dapat!!
Ok tadi saya cakap 4 award dan penginapan 3hari 2 malam kan..
Rupanya saya dapat lebih lagi...
Saya dapat RM200 cash vouchers, RM100 elaun makan 2kali, Sebotol coq health, 8sachet collagen powder, 8 strip cinch tea mix, 8 strip nutreferon, tuala shaklee, beg shaklee, t-shirt muslimah, jemputan makan malam bersama CEO shaklee Roger Barnet, tiket masuk sunway lagoon dan saya memenangi sebotol GLA complex dan pill box untuk lucky Draw!!
Selain itu saya juga dapat sedikit cenderahati drpd upline dan sideline yang sama sama raikan kejayaan masing masing!

Sudah pastinya pengalaman majlis yang penuh aura positif yang mampu menginspirasikan sesiapa sahaja yang pergi serta kami balik dengan semnagat baru!!

Semangat untuk buat lebih, lebih lagi dan lebih baik lagi supaya saya dapat lebih banyaj award dan hadiah tahun hadapan!

Sesungguhnya shaklee bukan sahaja mengubah kesihatan sesoarang, malah shaklee mengubah kehidupan seseorang kepada kehidupan yang jauh lebih baik! Dan setiap persahabatan yang terjalin pada mulanya di alam maya, namun pabila bersua sungguh indah terasa ukhuwwah fillah tersebut!
Kerana kami semua saling memahami dan sentiasa bersama sama tika susah dan senang..

Terima kasih buat mommy shaklee ku wan fatihanum, sahabat #GBH master farhah, master fa, maria, fuzza, halilah, irnawati, dan ummi hanifah! Kalian yang sentiasa membakar semangat juangku!

Terima kasih kepada nanny lyna Noh serta apak zainul untuk semua tunjuk ajar.

Dan tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong usahaku daripada belakang..terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa disisi serta adik beradik yg selalu menyokong!!

InsyaAllah saya janji akan lakukan yang lebih baik tahun hadapan.. :)

Jom join shaklee di bawah empayar kami..
Hubungi saya 0177164989 ya.. insyaAllah saya bantu anda..

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design