Thursday 17 April 2014

Untukmu insan yang bergelar IBU,UMMI,MAK,MA,AMMA,MOMMY,MAMA dan seterusnya




Petang-petang ni terasa gembira kerana berjumpa, salam dan cium mak yang baru sampai dari kampung.. Alhamdulillah, Terima Kasih MAK!!

Tiada ucapan yang menggambarkan KASIH SAYANG seorang ibu.


Ma.. i love you.. Moga mak diberi kesihatan yang baik serta sentiasa dalam barakah Allah SWT! :)

Sesi Pump waktu pagi, rutin wajib sorang ibu bekerjaya!

Assalamualaikum mommies semua!! 

Salam ceria hari khamis.. jadual saya agak penuh hari ni.. tapi sempat nak share sikit ni.. kebetulan lepas pump dapat idea bernas!! Ting..

 Ha yang kat gambar atas ni, adalah hasil saya pump sesi pagi ni. Setiap hari saya akan memulakan rutin pump sebaik sahaja masuk pejabat. Selalunya selepas morning discussion saya akan pump. Saya akan jalankan tanggunjawab saya sebagai ibu dahulu sebelum saya keluar buat case. Sekiranya saya tiada case pada hari tersebut, maka saya akan pump susu sambil membuat report-report saya. Sesi pump susu lebih senang, mudah dan praktikal menggunakan breastpump FLEXI eve love yang handsfree. Dalam masa 30 minit saya dapat hasil sebanyak 8oz.


Kenapa hasil kiri dan kanan berbeza? Ini kerana saya baru sahaja menyusu Hannan belah kiri sebelum datang kerja. Ini adalah ruti ibu berkerjaya untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Selain daripada itu semalam saya tidur menghadap kiri dan banyak menyusu di sebelah kiri. Jadi untuk terus merangsang yang kanan, kita kena pump bagi kosong. Maka susu akan dihasilkan setelah mendapat rangsangan daripada otak. 


Setelah pump, saya mesti mengambil supplement harian saya. Supplement ini akan membuatkan saya kekal bertenaga sepanjang hari. Ibu-ibu yang menyusu perlukan tenaga tambahan kerana setiap titik susu yang keluar dari badan adalah kalori iaitu memerlukan tenaga yang banyak. Sebab tu kalau ibu menyusu boleh kurus!! :) 

Jom saya share kenapa saya ambil semua supplement di atas. Kadang kita terlalu taksub dengan iklan-iklan sekarang tentang sesuatu produk..padahal kita tak apply konsep sebenar. Penyusuan susu ibu ini mudah sahaja jika semua ibu memahami apa itu konsep "demand versus supply". Tak perlu pun milk booster!! 

1. Vita Lea : untuk memberikan saya tenaga berpanjangan. Saya makan sebiji sehari waktu awal pagi jam 8.
2. Sustained release Vita C: Untuk meningkatkan sistem immun badan saya dan Hannan. Sebab saya memang ada resdung saya ambil 2biji sehari sekali dengan vita lea.
3. Lecithin : Sebagai bahan pengangkut dan pengemulsi lemak yang banyak kat badan saya ni :) ambil 3 biji sebelum makan 2 kali sehari. Saya ambil before lunch dan dinner.
4. Ostematrix : Sumber kalsium tambahan selain daripada minum susu. Ibu hamil dan menyusu memang memerlukan kalsium yang banyak. Saya ambil 2 biji 2 kali sehari. Selalu ambil jam 10 pg dan 10mlm.
5. Alfalfa complex : Sebagai agen detoks, merangsang susu badan, dan kesihatan wanita. Macam-macam kegunaan alfalfa ni..saya ambil 5biji 2 kali sehari. 


Ok harap semua mommies faham KONSEP SEBENAR PENYUSUAN SUSU IBU. Yang penting kena kerap rangsangkan breast. Sentiasa kosongkan breast supaya otak sentiasa rangsang breast untuk hasilkan susu..

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.





ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design