Sunday 28 October 2012

Teknik 'Power Pumping' untuk penghasilan susu yang super dooper best!

salam.. saya terbaca suatu document tentang teknik power pumping ini.. saya pun baru tahu mengenainya walaupun sy telah lama mengaplikasikannya.. sejak dalam pantang.. tapi sy buat tak konsistent dan tak cukup disiplin. Disebabkan kesibukan kerja (walaupun saya tahu bukannya alasan, sebenarnya malas) sy kurang pump sejak anak sy berumur 6bulan lebih.. tp sy still beri lebih bnyak direct feeding berbanding dulu..

   Akhirnya susu menjadi kurang.. dah macam2 saya cuba, halba, maxalon dan mcm2 lagi.. susu tak jugak best.. tapi anak still minum susu sy sepenuhnya dan tiada formula.. Akhirnya Allah buka hati sy untuk mencuba supplement Shaklee ni.. banyak dapat info menarik dari sis Wan Fatihanum yang selalu beri support and tak jemu2 jawab soalan sy yang bertubi2 mengenai product ini.. yelah kan nak melabur sesuatu tu kt kena selidik untung ruginya.. lgpun kt2 ni isteri yang kena dapat izin suami.. Alhamdulillah berkat doa, supplement Shaklee, power pumping dan direct feeding berterusan susu sy makin banyak and best! Alhamdulillah rezeki anak saya..

  Jadi hari ini saya nak share pasal POWER PUMPING ni..
artikel ni sy baca dari satu dokument dlm Fb sis Farihah


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Boleh juga baca artikel ini:
1. http://www.lowmilksupply.org/powerpumping.shtml
2. http://www.mobimotherhood.org/mm/article-lms.aspx

Moga entry ini membantu mereka-mereka yang ingin terus menyusu badan. Support breastfeeding!






0 comments:

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design