Tuesday 19 March 2013

Proses Pendaftaran Perniagaan di SSM


Tekad untuk mendaftarkan perniagaan di SSM!

Alhamdulillah semalam merupakan satu lagi hari bersejarah kami. Setelah setahun berkecimpung dalam perniagaan online dari perhiasan rumah ke craft tangan dan mainan soft toy bayi kini dan selamanya akan bersama Shaklee, kami nekad untuk mendaftarkan XERCESTOUCH sebagai nama perniagaan kami.

Kebetulan hubby cuti semalam jadi hubby pun pergila daftarkan XERCESTOUCH ENTERPRISE di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Image
Balik daripada SSM tu hubby pun share la pada sy proses-proses pendafttarannnya yang mudah.

Kepada mereka yang ingin mendaftarkan syarikat dekat SSM bolehlah ikut langkah mudah ini:

  1. Sediakan peralatan dan dokumentasi – fotostat kad pengenalan, pen, RM70 (kalau nak daftar menggunakan bukan nama sendiri dan mendaftar untuk setahun) – yuran mungkin berlainan bergantung kepada nama syarikat anda dan jenis pemilikan.
  2. Pergi ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan borang. Cakap je dekat pegawai dekat kaunter nak daftar syarikat baru.
  3. Isi borang
  4. Dapatkan angka giliran
  5. Tunggu giliran untuk berurusan dengan kaunter pembayaran (kaunter 1-4)
  6. Berurusan dengan kaunter pembayaran
  7. Tunggu untuk dapatkan sijil di kaunter 10 (anda mungkin dipanggil oleh pegawai di kaunter ini untuk berurusan mengenai nama dan lain-lain masalah berkenaan nama dan lain-lain sebelum sijil dicetak dan dikeluarkan)
  8. Mendapat sijil syarikat baru anda

Pada mulanya nak letak nama Xercestouch sahaja. Tapi pegawai di kaunter 10 mintak tambah perkataan lain. Maka jadilah Xercestouch Enterprise. Bila dah maju nanti mungkin ubah lagi jadi Xercestouch Group of companies pulak. Hehe..
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami menamakan xercestouch ini sampai pegawai kat SSM tu ckp selalunya yang touch-tocuh ni company Mak Andam atau Make Up jer.. sila baca entry Kenapa Xercestouch?
p/s: Nombor giliran bertuah 2078. Hubby berurusan di SSM cawangan Shah Alam di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi jenis kaunter mungkin berbeza.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya. Sekarang perlu bekerja keras untuk memajukan perniagaan kami. InsyaAllah sy mengimpikan financial freedom dan bekerja dari rumah sahaja..sebab sekarang ni setiap hari bermasalah nak pujuk anak time pergi kerja..Hancur luluh hatiku melihat ragam dan rajuk amru setiap kali sedih umminya nak pergi kerja.. :)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.


2 comments:

Unknown said...

wah!!! congratulations!!! semoga sentiasa maju...dan terus maju!!

www.mummysayf.blogspot.com

Unknown said...

Cgrate....sy pon nk dftr gak...tggu ms free je..huhu

www.mistahaisa.blogspot.com

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design