Wednesday, 13 March 2013

Diari Seorang Ibu: Penjagaan kulit ketika hamil

Penjagaan kulit ketika hamil?

Anda semua faham maksudnya?
Jika sebelum ini sy pernah menceritakan tentang tanda-tanda kehamilan, sy ada bercerita tentang perubahan kulit ketika hamil yang akan menyebabkan kulit sensitif, pigmentasi dan lain-lain.
Kalau orang tua-tua ckp pembawakkan budak....


Alhamdulillah hamil anak kedua sejak bulan Oktober 2012. Kini usia kandungan sudah mencapai 21 minggu.
Kehamilan yang kedua ini agak berbeza dari yang pertama. Ramai yang cakap mungkin berlainan jantina baby dalam rahim ni..tak kisahla, yang penting semua selamat.
Apa yang paling ketara kelainannya ialah 'morning sickness' perubahan kulit dan tiada selera makan.
Tapi hari ini saya nak share tips2 atau cara saya mengatasi masalah kulit ketika hamil ini.

Di awal-awal usia kandungan lagi saya dah nampak perubahan kulit badan dan wajah saya. Wajah kusam, minyak berlebihan, jerawat tumbuh menyubur dan kulit gatal. Saya terbaca satu artikel dari Pa & Ma.



Perubahan hormon yang dialami sepanjang kehamilan menyebabkan kulit turut terkena tempiasnya. Dr Helena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakit puan dan perbidanan dari KL Fertility& Gynaecology Centre, Kuala Lumpur menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut.


Lazimnya, ada pendapat menyatakan wanita akan kelihatan lebih berseri ketika hamil. Ada juga yang beranggapan sebaliknya. Ketahuilah, keadaan ini bergantung kepada gen dan jenis kulit yang mana ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras fizikal anda. Walau bagaimanapun, ia hanya bersifat sementara dan akan hilang selepas kelahiran berlaku.

Topeng Kehamilan/ Chloasma


Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.

Untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan produk penjagaan kulit shaklee iaitu NUTRIWHITE Daily Defence Whitening Essence dan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15.

Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.

Untuk mengatasi masalah ini, saya menyapu vita E di bahagian rekahan dan mengambil vita c dan vita lea sebagai supplemen dalaman saya. 




Linea Nigra

Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.



Jerawat Dan Bintik-bintik

Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.

Untuk masalah ini saya menggunakan Enfusalle Purifying Cleansing Gel dari Shaklee. Ianya selamat dan bebas kimia serta baunya sangat harum!

Spider Naevi/Spider Veins

Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.


Varicose Veins

Berkemungkinan ada di kalangan anda yang mengalami masalah urat biru besar terutamanya di bahagian kaki yang kadang kala menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Bagi mengatasi atau mengurangkannya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu-satu masa, pakai stoking khusus dan tinggikan laras kaki berbanding kepala sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari apabila berbaring. 

Seri Kehamilan

Perubahan inilah yang dinanti-nantikan! Ketika hamil, aliran darah di bahagian kulit akan meningkat. Jadi, lebih banyak sebum atau minyak dihasilkan lalu menjadikannya semakin berminyak. Hasilnya, kulit wajah kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.

Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.

Untuk masalah ini, saya hadapinya lebih awal seusia kandungan 16 minggu. Dr Siti dari KPJ Selangor menyarankan saya menggunakan Seba Med Anti Stretch Mark cream. Alhamdulillah hilang gatal dan kesan stretch mark lama pun semakin pudar.


Alhamdulillah hampir semua masalah kulit saya ketika hamil sudah kurang dan kulit makin berseri. Moga perkongsian di atas memberi sedikit sebanyak tips untuk anda semua. Yang penting penjagaan makanan yang seimbang dan pastikan anda menggunakan produk bebas kimia dan toksik!! 

Selamat mencuba...

Tuesday, 12 March 2013

AIR..Bahaya kepada bayi!!

AIR bagus untuk dewasa tetapi BAHAYA untuk BAYI!!

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jangan beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun  segelintir ibu bapa yg masih mengamalkan beri air masak kepada bayi mereka. Antara sebabnya ialah desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
 

Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
 

Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal

 

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.


Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya


Jadi kesimpulannya di sini, menyusula dengan susu ibu sepenuhnya..Tiada yang lebih berharga selain dari susu ibu! Ingat Human Milk For Human Babies!!

Friday, 8 March 2013

Mulakan Hari Anda Dengan SHAKLEE :)


Alhamdulillah setiap hari rutin kami begini, usai solat subuh, kami bersiap sedia ke tempat kerja. 

Tugas sy sebagai isteri menyediakan sarapan terbaik buat bekalan suami, sy yakin sarapan itu adalah permulaan penting untuk sehari.. ia merupakan makanan wajib bg kita setelah diberi makanan rohani (solat subuh/quran) sebelum memulakan hari yang indah!! Maka

Suami saya memulakan hari beliau dengan supplement Shaklee.


ESP yang di”shake” bersama-sama collagen Shaklee dan oligo koko untuk menambahkan kesedapan ESP. ESP diminum sebagai sumber protein tambahan serta menceriakan pemikiran. Collegen untuk kecantikan kulit. Omega guard dan garlic pula untuk menurunkan cholesterol beliau.

Thursday, 7 March 2013

5 GOLDEN HEALTH TIPS

Something to ponder about!!

bila fikir2 balik nampak mudah TAPI berapa ramai yang amalkannya??
InsyaAllah moga kebaikan akan terus tersebar dan sama-sama la kita menjaga kesihatan yang Allah SWT kurniakan pada kita!

Jom ubah cara pemakanan dan cara hidup kita!! :)


ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design