Sunday, 28 April 2013

Dah Gemuk

72kg. Suamiku mengadu. Badannya dah gemuk. Biasanya dalam lingkungan 60kg sahaja. Paling berat pun 65kg.

Mungkin perlu buat sesuatu. Seluarnya mula ketat. Banyak seluar ke tempat kerja yang baru dibeli. Kalau tak kuruskan badan, nanti tak selesa ke tempat kerja. Saya tertanya-tanya apa perempuan yang gemar berpakaian ketat rasa. Tidak selesa langsung!

Shaklee menawarkan Cinch untuk mereka yang ingin kuruskan badan. Kalau lapar 'makan' Cinch. Saya bercadang untuk mengesyorkan Cinch kepada suami saya. Perkembangan positif akan saya kongsikan bersama nanti. Insya Allah.



Cinch adalah minuman berkalori rendah yang tinggi protein. Protein yang tinggi akan ‘mengeyangkan’ perut. Anda akan kenyang dan berhenti makan. Dengan 3 rasa istimewa chocolate, coffee latte dan vanilla, setiap container cinch mengandungi 765g serbuk cinch bersamaan 15 servings. Cara membancuhnya sangat mudah. Cuma campurkan 2sudu cinch dengan segelas susu rendah lemak atau campurkan dengan segelas ESP.

Thursday, 25 April 2013

Suamiku, PD dan Muscle Cramp

Mendung. 515pm. Venue: Taman Rakyat, Klang. PD ready. Nike free run ready. Nike GPS watch ready. GO!!!

Hari ni suamiku berlari lagi. Bermula dengan rentak perlahan pada km pertama dan semakin laju di pertengahan perjalanan dan menamatkan larian dengan catatan masa 37mini 14saat.

PD sebelum larian. PD selepas larian. Cukup menyegarkan.



Setelah di'rehatkan' 3 hari dek cuaca yang tidak mengizinkan hari ni larian suamiku tidak lagi terganggu dengan muscle cramp kaki kirinya. Mungkin apa yang dikatakan adik suamiku yang juga runner tegar ada benarnya. Muscle cramp tempoh hari disebabkan muscle kaki yang 'tertekan'.

Mungkin selepas ini perlu buat jadual berlari untuk mengoptimumkan larian.

Tuesday, 23 April 2013

Collagen, ESP dan Eczema

Suamiku ada eczema dah bertahun-tahun. Eczema di bahagian kaki kanannya. (kaki kiri selalu cramp bila berlari, kaki kanan ada eczema pulak..kesiannya) Pelbagai cara dah cuba. Ubat dari hospital dah cuba. Ubat dari farmasi dah cuba. Ubat tradisional pun dah cuba. Hemopati pun dah cuba. Semua tak berjaya.

Bagi mereka yang baru dengar perkataan eczema, eczema adalah istilah perubatan yang digunakan untuk menerangkan keadaan kulit yang kering dan gatal disebabkan faktor genetik selalunya. Eczema biasanya ada di bahagian pelipat anggota badan seperti di depan siku atau di belakang lutut. Juga terdapat di bahagian belakang telinga.



Tetapi sejak beberapa minggu lepas, kulit di bahagian eczema tu dah licin. Terkejut juga. Supplement apa yang suamiku makan atau sapu sampai licin dan tak gatal dah. Fikir punya fikur baru teringat. Sejak dua bulan lepas suamiku giat mencuba Collagen Shaklee dan ESP Shaklee untuk kulit muka beliau. Rupa-rupanya kesan pada kulit eczema di kaki lebih ketara daripada di muka. Kulit di muka pun makin licin. Tapi masih ada kesan jerawat yang dah bertahun-tahun tidak dirawat.

Di bawah ni gambar eczema yang dah licin. Kitorang tak ambil gambar sebelum treat dengan collagen dan ESP Shaklee sebab tak terlintas di fikiran eczema yang tak ada harapan nak sembuh tu dah licin macam gambar di bawah. Cuma ada kesan parut luka sebab digaru. Gatal sangat.





Monday, 22 April 2013

Bolehkah Senaman Menjadikan Kita Lebih Bijak?

Senaman boleh melambatkan proses penuaan secara fizikal mahupun secara mentalnya. Dalam satu kajian di Kanada terhadap perempuan berumur 65 tahun ke atas, terdapat perkaitan di antara senaman dan kesihatan otak. Mereka yang selalu bersenam aerobik memiliki penyaluran darak ke otak yang lebih baik berbanding mereka yang tidak bersenam. Saluran darah ke otak yang lebih baik membolehkan aktiviti memproses maklumat lebih laju. Bahkan mereka yang bersenam mendapat 10% skor lebih tinggi dalam ujian fungsi otak.



Kajian juga mendapati mereka yang rajin bersanam memiliki memori yang lebih kuat, mampu melaksanakan tugasan mental dengan lebih baik dan memiliki daya tumpuan yang lebih tajam berbanding mereka yang tidak bersenam.

Dalam artikel "Exercise: Working Out the Memory as Well as the Muscles" saintis mengesahkan bahawa senaman dapat meningkatkan daya ingatan dengan melancarkan saluran darah ke bahagian otak yang penting dalam memori iaitu bahagian hippocampus.
Jadi kepada anda di luar sana jom ambil kasut jogging masing-masing dan mari kita berlari beramai-ramai. Badan sihat otak cerdas.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design