Wednesday, 1 January 2014

Pengalaman pump susu sambil 'Drive' menggunakan breastpump Eve Love!


Actually entry ni bertarikh 16 disember 2013. 
Namun disebabkan teknikal error maka berkesempatan 'edit' hari ni di tahu baru 2014!!
Selamat tahun baru buat kalian mommies semua!
InsyaAllah azam baru, tekad baru menuju WAHM!!
Niat untuk menyampaikan ilmu 'breastfeeding' kepada semua mommies dan moga Allah permudahkan jalan buat saya.
Dan semoga usaha saya yang sebesar zarah ni diberkati Allah selalu..


Nak cerita pengalaman saya menggunakan breast pump EVE LOVE FLEXI sambil drive kereta.
Kebetulan saya terpaksa drive sebab en.hubby bekerja.
Perjalanan kami mengambil masa 3 jam. So nak tak nak saya kena la pump susu untuk hannan.


Pertama sekali pakai pakaian sesuai dan mudah penyusuan dan pastikan aurat tertutup rapi.
Selesakan anak-anak di ruangan belakang atau 'car seat'. 
Siap pasang peralatan untuk pump susu sebelum memulakan enjin.
Start stimulation pphase selama 2 minit dan teruskan ke expression phase. 
Jika selesa dan susu perahan/EBM mengalir elok boleh memulakan perjalanan anda.
Alhamdulillah selepas 30 minit sy berhenti di stesen minyak berhampiran dan berhenti pump susu.
Bersihkan semua perkakas. Letak susu perahan dalam cooler bag.
Alhamdulillah rezeki hannan 12oz sekali perah.



Baru memulakan perjalanan
Sesi perahan setelah hampir 20 minit

Amru dan toys dalam kereta

InsyaAllah nanti saya share kan pengalaman saya pump susu dalam kursus. 

***************
SIAPA Admin ??!!
***************

✓ Pengedar SAH Online Breastpump Evelove, berdaftar atas nama XERCESTOUCH ENTERPRISE (SA0253406-H) & Review Pam terdapat dalam Majalah PaMa Edisi September 2013 Ruangan KISAH MAMA, Muka Surat 58 dan Pam ini adalah hasil penemuan Pakar Laktasi Tempatan.

✓ Admin merupakan seorang yang berpengetahuan dalam bidang perubatan dan berpengalaman selama 1tahun dalam penjualan barang-barang penyusuan ibu dan sebagai kaunselor laktasi admin memberi khidmat nasihat penyusuan susu ibu secara PERCUMA kepada mommies. 

✓ For more info, LIKE us on :https://www.facebook.com/breastpumpevelove

Semoga mommies boleh membeli breastpump eve love dan berjaya menyusukan anak dengan Jayanya!! 
Happy shopping and breastfeeding!

Sunday, 29 December 2013

Pabila dapurku berasap: Bebola ikan buat my little khalifah, Amru!

As salam..
Syukur diberi peluang oleh Allah bernafas di bumi Malaysia..
Percutian kami sudah sampai ke penghujungnya.. hari ni kami semua sudah mula bekerja semula..alhamdulillah mencari rezeki buat keluarga.
Terasa nak buat sesuatu untuk amru..sebab amru suka makan..
Selalunya sy akan sediakan makanan yang siap dimasak sebelum keluar bekerja..kadang buat time weekend dan frozenkan buat amru..
Bila mahu dimakan cuma tinggal pesan pada maid, maid panaskan dan beri amru makan..
Pada saya hidangan yang dimasak sendiri oleh ibu lebih menyentuh hati anak2 kerana kita memasak bersulamkan kasih sayang...tambah-tambah ibu mertua pernah pesan..time masak gaul lawan arah jam..sambil-sambil berzikir..mudah mudahan juadah yg kita masak akan memberi tenaga buat keluarga kita beribadah...secara tidak langsung penuh kasih sayang..
Mak saya selalu cerita, dulu dulu mak bangun 4 5 pagi sabab nak masak juadah makan pagi, tghahri dan ptg buat kami sebelum keluar bekerja. Dan masakan mak la yang kami selalu idamkan...sedap betul mak masak!!
Ok dah panjang membebelnya... jom buat bebola ikan.. homemade with love!!
Bahan-bahannya:
3/4 cawan ikan tenggiri
1sudu makan tepung jagung
Secubit garam
Secubut lada hitam
1. Ambil isi ikan tenggiri, asing tulangnya
2. Letak tepi tulang dan kulit ikan (boleh buat stok ikan)
3. Masukkan isi ikan tadi ke dalam pengisar beserta tepung jagung, garam dan lada hitam
4. Kisar sehingga halus dan sebati, rasa garam dan lada sulah, if tak cukup tambah secukupnya
5. Tuangkan kedalam bekas, ambil adunan dan uli sehingga sebati dan licin (ambil doh dan baling semula ke besen, ulang berkali)
6. Didihkkan air, bentukkan bebola, madukkan dalam air mendidih tersebut
7. Bila dah masak angkat (bebola timbul di atas permukaan)
Selamat mencuba!!
P/s: sy simpan bebola dalam plastik milk storage bag eve love yang sudah di pakai..re use la ni.. packing sy untuk 2 kali makan.. nnt bila nak masak sup ikan ke, nasi goreng ke, sup sayur ke... add on je bebola ni.. simpan dalam compartment sejuk beku..

Wednesday, 18 December 2013

Hari pertama kursus kaunseling penyusuan susu ibu 40 jam (17 Disember 2013)

Alhamdulillah berjaya menempuh hari pertama kursus!
Menarik! Sangat informatif dan ramai kenalan baru...
Hari ni kami belajar perkara perkara asas seorang kaunselor perlu tahu seperti apa kebaikan penyusuan susu ibu, kebaikan susu ibu kepada ibu dan bayi, fisiologi payudara, kandungan nutrien dalam susu ibu, susu ibu vs susu formula, teknik pelekapan dan hisapan bayi, posisi penyusuan, ubat-ubatan semasa menyusui bayi, hormon hormon yang mempengaruhi penghasilan susu ibu, kaedah pemerahan susu ibu dan penyimpanan susu perahan.
Dalam banyak banyak topik di atas.. yang paling best part buat breast palsu dan patung bayi sendiri menggunakan stoking dan tuala je..
Dah tentunya makan yang best!
Sebarang persoalan mengenai susu ibu boleh sms atau whatsapp 0177164989 (safuhah)

Tuesday, 17 December 2013

Big Bad Wolf book fair!

Assalamualaikum!
InsyaAllah akan berkursus di johor bharu mulai 17 disember ni.. jd pendik cerita saya dah di kampung..hihii...
Kicauan burung-burung memecah kesunyian pagi yang tenang damai... angin sepoi sepoi menampar pipi..chewaaaaaahhhh mcm novel pulak..
Sungguh damai suasana sini..
Just nak share ngan semua la.. kelmarin 10disember tiba-tiba hubby ajak pg Big Bad Wolf book fair.. kami pun sebenarnya pertama kali ke pesta buku ni.. katanya ada 3 juta buku buku untuk dijual..sebenarnya pesta buku ni diadakan saban tahun..cuma bezanya kali ni ia berlangsung selama 10hari terus menerus 24jam.. kalau tak silap 5disember sehingga 16 disember!!

10disember kami tiba hampir jam 9.30mlm.. amru dah lena atas 'stroller' dan hannan pula sy carry menggunakan boba babycarrier. Dapatla merasa nursing in public and while babywearing! Alhamdulillah.
Sejurus masuk dewan...wahhhhhh adalah impression pertama.. mata terus rambang sbb tak tahu nak pilih buku mana...sbb terlalu MURAH DAN TERLALU BANYAK BUKU!! Rata rata harga sebiji buku hanya RM5 hingga RM10... ada jugak yang RM 50 kebawah..
Hubby semestinya minat buku non fiction dan saya pula mencari bahan bacaan si kecil amru dan hannan serta anak2 saudara yang lain!
Belum sempat kami puas pusing semua baby hannan cranky nak tdo..hari pun dah lewat mlm.. kami buat keputusan pulang selepas membeli buku.
Keesokkan harinya sy kecewa terkilan kerana tak puas cari buku..hubby pun ckp tak puas beli buku.. dia ajak saya pergi semula ke mines inlternationl exchibition centre di seri kembangan utk BIG BAD WOLF book fair sekali lagi!!! Balik balik kerja..tidurkan anak2 kami gerak berdua shj.. alhamdulillah hasrat tercapai dan kami membeli lebih banyak buku...kali ini sy sempat membeli buku resipi, baking, buku anak2 serta hubby menambah koleksi bacaan peribadinya..
Pengalaman yang sangat berharga, tahun depan kami dtg lagi.. worth going and buying!!
InsyaAllah akan berkursus untuk menjadi kaunselor penyusuan susu ibu pada 17 hingga 21 disember!!!
Moga pulang nnt sy mampu membantu ramai ibu-ibu diluar sana!!
Hubungi saya utk membeli barangan penyusuan susu ibu eve love atau konsultasi susu ibu!!
Safuhah 0177164989 (sms/whatsapp)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design